Kawan senang...senang sangat dapat..kawan susah???

Friday, March 15, 2013 Rahim Aim21 0 Comments


KAWAN SENANG,SENANG DAPAT.KAWAN SUSAH?


Assalamualaikum,salam sejahtera kepada para pembaca semua.Apa khabar?Di harapkan,anda semua sihat selalu disamping keluarga serta rakan taulan tercinta.Bagaimana pula dengan rakan anda?Apakah dia juga sihat-sihat seperti anda?

Tajuk yang cuba saya ketengahkan pada hari ini ialah berkaitan dengan KAWAN!!! KAWAN yang ada di sekeliling kita!!!Kawan yang kita kawan daripada kecil!!!Kawan yang kita main masak-masak bersama..main kejar-kejar bersama.Kawan yang diibaratkan seperti dalam lagu Malique ft Black,ketawa bersama..menangis bersama..ku bersumpah harap kita mati pun bersama..Waktu senang,senang je nak bersama....waktu susah?SUSAH PULA NAK BERSAMA!!!!

Ye,itulah fakta tentang kawan.Apa yang kita tahu tentang KAWAN kita??apakah kita kenal sepenuhnya siapa kawan-kawan kita??Adakah kita tahu niat sebenar mereka dalam berkawan??Apakah kita tahu isi hati mereka?Adakah kawan ibarat ayat di bawah ni :

KAWAN.....APA ERTINYA??!! 
Mungkin cam iklan Ali Cafe..... "sahabat sejati sentiasa di hati" 
atau......L'oreal??!! "kerana dirimu begitu berharga" 
tapi kata orang kawan tu bahaya....... 
macam iklan astro..... "macam-macam ada" 
tapi saya tak kisah bagi saya kawan tu macam iklan Fair & Lovely.... "Tiap hari sayang".

Saya yakin semua pernah dapat,pernah baca,siap forward lagi kat rakan-rakan bukan?Persoalannya,adakah kawan ibarat ayat di atas ni?Ya,itulah hakikat sebenar erti kawan dalam kehidupan kita.
Persoalannya,kenapa dan mengapa kawan senang,senang sangat kita dapat?Ianya disebabkan sifat semulajadi manusia.Semua orang sukakan kegembiraan!Semua orang sukakan kebahagiaan!Semua orang sukakan kesenangan!Kalau kita  bertanya kepada orang miskin sekalipun,adakah dia ingin hidup miskin selamanya?Adakah dia merancang dari kecil untuk hidup miskin?Siap buat perancangan rapi lagi dari kecil untuk hidup dalam kemiskinan.Apakah itu jawapan mereka?Jawapannya mestilah TIDAK SAMA SEKALI!!!!!...

Berkaitan kawan susah pula,pernahkah kita timbulkan persoalan,sebelum kita berkawan dengan sesiapa.Apakah mereka ikhlas berkawan denganku?Apakah aku mengenali diri mereka yang sebenar atau sandiwara dunia semata?

QUOTES UNTUK SEMUA :

BERKAWANLAH DENGAN MEREKA YANG BERILMU,
KELAK DIKAU PEROLEH CEBISAN ILMU DARI MEREKA,
BERKAWANLAH DENGAN MEREKA YANG BERAGAMA,
KELAK DIKAU DAPAT MENAMBAH ILMU AGAMA DI DADA,
JANGAN DIKAU MENCARI KAWAN YANG PUNYAI HARTA,
KERANA HARTA TIDAK MENJAMIN KE SYURGA.......


MAASSALAMAH…

0 orang telah tinggal komen: