DUGAAN-DUGAAN KETIKA SOLAT

Saturday, November 23, 2013 Rahim Aim21 0 Comments


Assalamualaikum,Alhamdulillah.....entry pada hari ini,A little bit ISTIMEWA bagi saya kerana ianya merupakan entry ke  saya...YEAH!!!dah seratus entry dah saya taip serta share cerita dengan korang semua...ucapan terima kasih,saya ucapkan kepada semua pembaca setia serta para follower saya yang tidak jemu SUPPORT blog saya.. :)..



Ok.berbalik kepada topik kita pada hari ini,mesti korang pernah ditimpa dugaan serta ujian kan ketika menunaikan solat?tidak kiralah sama ada solat itu di masjid mahupun rumah,berjemaah,mahupun bersendirian,kita tidak akan terlepas dari segala dugaan yang melanda…hehehe..(susah kot nak khusyuk time solat.. )


Herm….dugaan tersebut kekadang mebuatkan kita leka serta alpa..dan mungkin kekadang,kita sendiri terlupa,sudah berapa rakaatkah kita bersolat atau mungkin kita akan ragu-ragu sama ada,kita sudah bertahyat awal ataupun belum…(jujur,kekadang berlaku pada diri saya sendiri..)

Sebelum saya menyambung cerita,marilah kita bermuhasabah diri sebentar,merenung diri kita sendiri di hadapan cermin,letakkan tangan di dada,lalu bertanya pada diri :

Apakah Sah Solatku Selama Ini?

Baiklah,di sini,saya ingin menyenaraikan beberapa dugaan ketika solat.

1)      Dugaan solat ketika panas serta hujan

Dugaan solat ketika panas kebiasaannya berlaku ketika kita bersolat di tempt yang tidak mempunyai/rosak Air-cond mahupun Kipas.Badan akan mulai berpeluh,fikiran akan mula terawang-awangan sambil memikirkan KENAPAL PANAS SANGAT?/BILAKAH SOLAT INI AKAN BERAKHIR…

Dugaan solat ketika hujan pula,tidak bererti,kita solat di dalam bangunan,akan tetapi,solat dalam keadaan suasana yang padat menyebabkan kita terpaksa solat tanpa bumbung.Solat ini kebiasaannya berlaku pada 2 solat sunat hari raya serta solat JUMAAT.Mereka yang solat dalam hujan ini,wajib meneruskan solat walaupun hujan menujah-nujah tubuh serta membasahi pakaian mereka(andai solat yang ditunaikan adalah solat wajib lar..)…

2)      Dugaan lapar dan kenyang

Hah!ni satu lagi dugaan yang kita tidak dapat elakkan iaitu lapar ketika solat.(tu lar,siapa suruh tak makan awal-awal)….Tapi,walaupun di sarankan untuk makan terlebih dahulu sebelum solat,korang janganlah pula makan sampai kenyang sebelum solat,karang,tak pasal-pasal korang rasa berat je nak tunaikan solat….(kan aniaya diri sendri namanya tu)..haha..

3)      Dugaan nyamuk serta gatal-gatal

Dugaan ni lagi la tak boleh bla…Sebab apa?sebabnya kadang-kadang,baru je kita mula membaca doa iftitah,mulalah tangan dan kaki kegatalan,mulalah kita menggaru sana-sini,walhal kita tahu,hakikatnya,3 kali pergerakan dalam solat membuatkan solat kita terbatal.Herm,tapi,nak buat camne kan,kita ni manusia biasa,yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan… (#_#)”..

4)      Dugaan mata

Dugaan ini,tidak lah dugaan yang besar,akan tetapi,dugaan ini berlalu tanpa kita sedari.Biasalah,manusia,akan mencari-cari sesuatu yang menarik perhatiannya.Mata akan mula melilau-lilau ke kiri,ke kanan,ke barat barat laut mahupun timur laut…Demi mencari sesuatu yang menarik perhatian minda serta matanya…MasyaAllah…

Dan pelbagai lagi dugaan yang kita hadapi ketika kita melakukan solat,yang saya fikir,membuatkan kita lari dari niat yang sebenar iaitu SOLAT ITU DILAKUKAN KERANA ALLAH.ni tak,bila ditimpa dugaan je,akan terdetik dalam hati kita,untuk mempercepatkan solat agar segala dugaan berakhir..,(Ish3,dah salah niat tu…..musibah2 muhasah diri semula..)

Ayuh perbetulkan niat kita semua,tegakkan tiang agama kita ini sebaik-baiknya.

QUOTES untuk semua :

Tanpa Solat yang sempurna,
Kita hanya manusia biasa...


Dari Insan Yang Mendamba Cinta Ilahi......MAASSALAMAH.... 

0 orang telah tinggal komen: