Harga suatu nyawa~

Wednesday, December 25, 2013 Rahim Aim21 2 Comments

Assalamualaikum,salam ukhwah buat semua.Sudah lama agaknya saya tidak berkongsi cerita.Maaf sebab sudah lama tidak POST dalam ruang diari online ini.Sebelum saya memulakan perkongsian cerita,saya ingin bertanya,


"Orang kata,kalau nak tahu lelaki tu,penyayang ataupun tidak,tengoklah sama ada dia sukakan kucing ataupun tidak.Betul ke?Itu persoalan yang korang sendiri ada pelbagai jawapan di benak pemikiran korang."

Berbalik kepada tajuk entry saya pada hari ini,Saya ingin berkongsi pengalaman saya sendiri.Baru-baru ini,pada suatu malam,saya menunggang motosikal menuju ke stesen minyak untuk memenuhkan tangki minyak yang kian kosong(takkan penuhkan tangki perut pulak..hehe)...Tiba di suatu selekoh,saya perlahankan motor kerana saya dapati seekor anak kucing ingin melintasi jalan tersebut.

Saya berhenti kerana ingin memberi ruang untuk anak kucing tersebut melintas dengan selamat,akan tetapi,anak kucing tersebut turut berhenti lalu menatap mata saya.Apa yang bermain difikiran saya,mungkin anak kucing tersebut ingin beri peluang kepada saya terlebih dakulu untuk melalui jalan tersebut.


saya mula menunggang secara perlahan,tanpa disangka,anak kucing tersebut mula mengorak langkah secara perlahan.Saya melajukan sedikit motor saya dengan harapan kucing itu lari ke arah lain,tanpa diduga,anak kucing itu lari menuju ke arah hadapan motor saya.Saya panik,lalu mengelak agar saya tidak melanngar anak kucing tersebut.

Alhamdullah,nyawa anak kucing tersebut tidak melayang dihujung tayar motor saya.Tidak mengapa,walaupun saya mengalami kecederaan ringan,asalkan anak kucing tersebut dapat terus kekal hidup di atas muka bumi ini.

Akan tetapi,

Apakah hikmah di atas segala yang berlaku?Mengapa saya diuji Allah sebegitu rupa?Hikmah yang saya dapat rasakan ialah,mungkin,Allah ingin sedarkan saya agar kembali mengingatinya semula,mungkin saya telah lalai daripada mengingatinya.Siapa tahukan?Allah lebih mengetahui segalanya.

Quotes Untuk Semua :

Bila Allah Mula Menguji Kita,
Tidak Bermakna,Allah ingin Membebani kita,
Tapi Bermakna,Allah ingin kita mengingatinya semula....

Wassalam Gang.....May Allah Bless Us All....

2 orang telah tinggal komen: