Gadget Baru Dalam Hidupku

Thursday, October 30, 2014 Rahim Aim21 6 Comments

Assalamualaikum readers.... Thank you because sudi baca blog yang "ENTAH APA-APA ENTAH" ni. So now, i want to share a happy story that happend into my life to you guys/girls/uncles/aunty/whoever that always supporting me and also a new comer supporter, and also non supporter...

Akhirnya, impianku tercapai jua. Sungguhpun sekadar "PENGGUNA KEDUA", hatiku tetap gembira segembiranya. Bahagia sebahagianya. Wajahku tersenyum girang, hatiku bak burung yang sedang terbang. Akalku seakan tidak percaya dengan realiti yang berada di hadapan mata. (BERSASTERA MELAYU SEKEJAP)



DSLR CANON 600D


6 orang telah tinggal komen:

Stoppage Time!!!

Wednesday, October 01, 2014 Rahim Aim21 0 Comments


YOU ARE IN STOPPAGE TIME ZONE,
PLEASE SIT AT YOUR SEAT AND DO NOTHING...


Assalamualaikum!! A very good evening to all... Macam mana kehidupan HANGPA semua pada hari ini? Menarik atau membosankan?? Bahagia atau KUCIWA??? RAJIN ibarat calon suami/isteri mithali atau MALAS bak pengemis jalanan??



Apa perasaan korang andai korang ada kuasa untuk menghentikan waktu?? (Actually, it`s wrong for us to think like that because all power are own by our god, ALLAH).. Ianya sebagai contoh ok?( Hope kalau contoh tu, tak apa lah ye?)... Andai kita boleh hentikan waktu, mesti setiap hari kita akan hentikan waktu.... Dekat bawah ni, sebab-sebab kenapa aku nak hentikan waktu :

0 orang telah tinggal komen:

Jump Up,Fall Down.

Friday, September 26, 2014 Rahim Aim21 2 Comments

Assalamualaikum semua... agak lama saya tidak berkongsi cerita.Jari ini rindu untuk mencoretkan suatu perkongsian untuk semua. Pelbagai situasi, pelbagai peristiwa menjadi halangan untuk saya terus berkarya sama ada berbentuk video mahupun tulisan.

Tajuk perkongsian saya... JUMP UP,FALL DOWN. Well..(amboi dah start speeking dah..).. Sebenanrnya tajuk ini, jika diterjemah satu persatu, ia akan menjadi LOMPAT KE ATAS, JATUH KE BAWAH. Bukan bererti kita perlu melompat untuk jatuh. akan tetapi, apa yang cuba saya ketengahkan adalah, kadang-kadang, apabila kita berada di atas, kita terlupa, ada kemungkinan untuk kita berada di bawah. Sebab itu dikatakan, kehidupan ibarat pusingan roda, kala berada di atas, kala berada di bawah.


LIFE IS JUST LIKE THIS WHEEL

2 orang telah tinggal komen:

Terima Kasih MUSLIM TEENS - SELAMAT BERPUASA

Friday, July 04, 2014 Rahim Aim21 0 Comments


Bismillahirrahmanirrahim buat semua para pembaca blog saya dan juga buat semua pembaca serta pelanggan majalah MUSLIM TEENS keluaran ANA MUSLIM... Alhamdulillah, penantian saya berbaloi. Karya yang saya pernah hantar kepada pihak Abg Dzul, editor bagi majalah MUSLIM TEENS telah pun diterbitkan dalam majalah MUSLIM TEENS bil. 28 bagi ruangan BUANA KARYA..

0 orang telah tinggal komen:

ISU SEMASA : OZIL BERTATU?RAMADHAN DITINGGALKAN?

Tuesday, July 01, 2014 Rahim Aim21 5 Comments

Assalamualaikum buat semua pembaca blog AKU. Hari ini,aku ingin ketengahkan satu isu berkaitan PIALA DUNIA BRAZIL 2014.Isu ini berkaitan dengan seorang pemain bola dari german,yang bermain buat kelab Arsenal buat masa sekarang iaitu MESUT OZIL yang telah bertatu dan dikatakan tidak berpuasa untuk ramadhan pada tahun ini atas sebab-sebab tertentu.

Mengikut sumber dari blog : 

Bagaimanapun Ozil mengakui tidak akan berpuasa selain kini sudah bertatu di lengannya.Untuk beraksi bagi pasukannya beliau mengaku perlu mengambil diet yg diaarankan oleh jurulatih kecergasannya. Kebiasaannya, bintang-bintang profesional ini mengamalkan pemakanan ketat bagi mengekalkan hidrasi dan menjamin kecergasan tubuh. 

Mereka juga perlu menyesuaikan diri dengan atmosfera panas lembap di beberapa tempat perlawanan di Brazil. Waktu dari imsak ke azan Maghrib di Rio de Janeiro mengambil tempoh 11 hingga 12 jam.  -  utaranews.com

5 orang telah tinggal komen:

Mainan PASAR RAYA

Tuesday, June 24, 2014 Rahim Aim21 0 Comments

Assalamualaikum!!!Hai,lama rasanya diri ini tidak mencoretkan apa-apa di dinding be_log,diari angkasa atau boleh dikatakan laman perkongsian mengikut kefahaman diri ini.Semalam,saya berjalan-jalan di pasar raya TESCO,berdekatan dengan universiti tempat saya belajar bersama 2 rakan yang lain.Sedang saya asyik memandang sekeliling akhirnya saya bersendirian,manakala 2 lagi rakan saya yang lain pergi meninggalkan saya.(Sedih,takut,huhu).Sewaktu mata saya melilau-lilau mencari mereka,mata saya tertancap ke arah barangan mainan kanak-kanak.Di sinilah imbauan memori silam bermula..haha..


MAINAN ASKAR KECIK-BAJET PERANG-PERANG


PELBAGAI MAINAN SEPERTI ASKAR,LADANG(FARM) & DINASAUR

THESE kind of thing,saya main sewaktu zaman kanak-kanak,TIME tu,imaginasi still lagi dalam kategori LUAR BATASAN,siap buat bunyi tembak2,buat bunyi orang mati dan sebagainya lah.


UNO CARD GAME

This game i play when i`m in primary school,and still minat main card game ni sampai sekarang,hehehe,best3..

Now,gambar kat bawah ni pula,cer teka-cer teka!!!Gurly toys Ok?? Kanak-kanak perempuan la ni,suka la mainan-mainan camni,dulu mana ada sangat mainan-mainan cenggini kat pasar raya.




Yang ni pula, TOYS FOR THE BOYS zaman sekarang...


But,the best part of it,bukannya mainan sebenarnya,perkara yang paling dapat perhatian oleh mata saya adalah :





PUASA BELUM TIBA LAGI,BELUM JUGA KITA LALUI...KAD RAYA DAH MULA DIJUAL DI PASAR RAYA???!What the???Apa semua ini??Katakanlah ianya tidak benar!!!Katakan!!!...

Mana yang utama sebenarnya?RAMADHAN vs SYAWAL?PUASA vs RAYA?Argh!!!AKU INGINKAN JAWAPANNYA!!!Huhu....takpelah,dikesempatan ini,saya ingin mengucapkan :

SELAMAT MENJALANI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK DENGAN PENUH KEIMANAN SERTA KESABARAN.IKUTILAH PERINTAH ALLAH SERTA JAUHILAH SEGALA LARANGANNYA,BUKAN SAHAJA DI BULAN RAMADHAN,DI BULAN-BULAN LAIN PUN SAMA OK???\


ADIOS.....MAASSALAMAH GENG.....

0 orang telah tinggal komen:

January's Giveaway by Nurizyan & Farisah

Tuesday, January 21, 2014 Rahim Aim21 2 Comments

Assalamualaikum..jom pakat join GIVE AWAY by NURIZYAN & FARISHAH...hehehe....GOOD LUCK TO  ALL...

                                 

KLIK BANNER DI ATAS UNTUK SERTAI..lagi ramai,lagi bagus :)

Wassalam... :)

2 orang telah tinggal komen:

Coretan ditulis,Tiada Komen?

Monday, January 20, 2014 Rahim Aim21 3 Comments



Assalamualaikum....readers2 semua da makan ke belum....ini ada dedak sama sekui,hah!makanlah... hahaha... sorry melalut tetiba.Hye,selamat kembali membaca ENTRY daripada saya.hari ini,saya ingin mengetengahkan suatu tajuk yang ada sesetengah blogger hadapi iaitu,CORETAN DITULIS,TIADA KOMEN.Walaupun apa yang ditulis,ramai yang membacanya(sama ada secara sengaja mahupun tidak,mungkin TERKLIK ke?)akan tetapi,apakah tiada pun yang ingin mengulas tentang entry tersebut?

Saya juga merupakan salah seorang yang diperlakukan begitu,mangsa keadaan globalisasi semasa,(hahaha..sedih x ayat saya?ngee~)haha..tapi,aiman tak kisah(ayat klishe bila hati mengharap..huhu).Teringat pula lawak daripada kumpulan SHIRO pada MLM 2013 yang lepas.nak tahu apa lawaknya?tonton video di bawah ini :

So,apa tunggu lagi,komenlah dengan segera,hehe.Akan tetapi,kekadang terfikir,apakah penulisan saya tidak menepati piawaian antarabangsa dunia blogger untuk diulas serta dikomen?Apakah penulisan saya tidak berkualiti dan tiada kuntiti?Ewm,Allah sahajalah yang tahu.Ni hah,ada pantun untuk semua... :)

Makan lada Makan Ramen,
Sudah Baca Harap Komen.

Tapi,law nak komen tu,jgnla stakat komen coretan ini sahaja,coretan lain jangan diabai juga ok?(mengharap ni..).yela,kalau tiada kualiti,gitau je la.akan diperbaiki dari masa ke semasa.. :)

WASSALAM...SEMOGA BERMANFAAT BAGI BLOGGER YANG JARANG MENDAPAT KOMEN DILUAR SANA.....

3 orang telah tinggal komen:

Amal manakah yang diteri Allah?

Saturday, January 18, 2014 Rahim Aim21 0 Comments



Assalamualaikum w.b.t. buat para READERS semua.Kita ni,takkan lepas daripada tanggungjawab kita sebagai seorang muslim,sama ada tanggungjawab itu kita terima kerana tanggungjawab kita kepada agama,ataupun tanggungjawab kita itu kita terima setelah kita dipertanggungjawabkan untuk menjalankannya.Sama ada ikhlas atau pun tidak,bukan kita untuk menilai tahap keikhlasan diri kita mahupun orang lain.Bukan juga untuk kita menilai sama ada amalan itu,diterima Allah ataupun tidak.

Pernahkah kita terfikir,apakah amalan-amalan kita selama ini diterima Allah keseluruhannya?Apakah kita benar-benar ikhlas dalam melakukan segala amalan yang dipertanggungjawabkan kepada kita selama ini?Kita berkata,"AKU IKHLAS",kita berkata,"AKU BUAT SEMUA NI KERANA ALLAH".Akan tetapi,apakah kata-kata itu sesimetri dengan apa yang kita rasakan daripada hati.Dalam erti kata lain,perasaan sebenar kita ketika beramal dengan amalan-amalan yang baik.

Amal manakah yang diterima Allah?Apakah selama ini,solat kita diterima Allah?Apakah selama ini sedekah,zikir,puasa,membantu rakan-rakan,membuat khidmat masyarakat ataupun sebagainya diterima Allah?Kita yakin ke Allah terima kesemuanya?

Pernahkah kita terfikir,kemungkinan kita menderma RM1 lebih baik daripada kita menderma RM1000?kemungkinan,kita berpuasa sunat isnin dan khamis,lebih baik daripada kita berpuasa hari-hari?Bukan saya ingin mengatakan,sesuatu yang lebih besar itu,kurang baik,akan tetapi,ianya bergantung pada keikhlasan hati kita dalam melakukan amalan-amalan tersebut.

Antara amalan yang mulia,akan tetapi kita tidak berapa suka melakukannya adalah :

1)Mencuci tandas dan bilik air
2)Mengutip sampah
3)Menolong ibu dan bapa
5)Mengalihkan apa-apa sahaja yang boleh memudharatkan pengguna jalan raya
6)Belanja kawan-kawan makan dan minum
7)Dan lain-lain

Apa yang penting,setiap amalan itu dimulakan dengan niat.Sama ianya ikhlas ataupun menunjuk-nunjuk,hanya kita dan Allah yang tahu hakikat sebenar niat kita sendiri,

Quotes untuk semua,harap kalian sukakannya :

Baik pada kita,
Apakah baik pada mereka?
Buruk pada kita,
Apakah buruk pada mereka?
Baik atau buruk,terletak pada pilihan kita,
Bukan atas penilaian mereka...


WASSALAM....SEMOGA IANYA BERMANFAAT UNTUK GENG2 SEMUA.....

0 orang telah tinggal komen:

Tangisan Lelaki,Sandiwara atau Realiti?

Friday, January 17, 2014 Rahim Aim21 2 Comments

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,Pernah suatu ketika,saya berbual dengan kawan saya,dia mengatakan dia terdengar rakannya mengatakan,apabila seorang lelaki menangis kerana seorang perempuan,bererti lelaki tersebut dayus,Betul ke?Ada juga yang mengatakan,tangisan lelaki hanya sandiwara semata kerana takut ditinggalkan oleh si kekasih.Apakah realiti disebalik tangisan lelaki?


Tangisan di alirkan atas beberapa faktor,antaranya kerana cinta sesama manusia,kerana cinta kepada sang pencipta dan kerana taubat.Seperti persoalan yang ditimbulkan,,apakah sandiwara atau realiti?apakah tangisan yang dibuat-buat seperti seorang pelakon,atau seperti seperti seorang bayi yang benar-benar menangis?

Faktor lelaki menaningis :

1)Cinta sesama manusia(kepada emak,ayah,adik beradik,kekasih Dll)

i) Cinta sesama manusia ni,banyak kategorinya.Ok,kita ambil contoh yang tedekat iaitu cinta kepada kekasih(antara lelaki perempuan ok?Gay plus Lesbian tak termasuk)...Bila gaduh je,sesetengah lelaki akan menangis,dan bila hubungan itu tak dapat diselamatkan lagi,mereka akan menangis dan cuba untuk menyelamatkan hubungan itu.Bagi keadaan ini,LELAKI yang menangis kerana cinta,sukar untuk dicari.kerana tidak semua lelaki mudah menangis.terpulang pada si HAWA menilai cinta si ADAM.Akan tetapi,biarlah tangisan itu dialirkan atas dasar kerana mungkin cinta yang dibina tidak diredhai Allah,maka tangisan itu dialirkan atas dasar muhasabah diri serta taubat dan paling penting,tawakkal kepada ilahi.


ii) Cinta kepada family pulak,biasanya tangisan ni dialirkan tidak kira masa,mungkin pada pagi raya,mungkin saat kematian menjemput salah satu family kita dan mungkin,atas faktor musibah yang menimpa family kita sama ada dalam bentuk harta,wang dan sebagainya.tangisan ini kebiasaannya adalah tangisan realiti yang dialirkan oleh lelaki.Cuma kekadang,tangisan ini hanyalah sandiwara semata kerana ingin berebut harta peninggalan si arwah atau sebagainya

2)Cinta kepada sang pencipta

Tangisan yang dialirkan atas dasar hamba kepada sang pencipta.Kebiasaannya,tangisan ini dialirkan apabila kita benar-benar rasa dekat dengan Allah,TAngisan ini dialirkan sewaktu kita membaca Al-quran,ketika berdoa,ketika bersendirian dan sebagainya.Kerana takutnya kita akan azab neraka,serta gembiranya kita mendengar akan nikmat syurga.Kerana takutnya kita untuk berbuat dosa serta di istiqamahkan dalam membuat segala amalan kebaikan.Inilah tangisan seorang muslim sejati.

3)Taubat

Tangisan kerana taubat ini,antara tangisan yang perlu dilakukan dalam islam.Ini adalah kerana,apabila kita melakukan taubat,dengan hadirnya tangisan,tangisan ni,tidak kisahlah sama ada ianya di keluarkan si adam mahupun hawa kerana tangisan ini,tangisan yang bukan dibuat-buat.Akan tetapi,ada juga lelaki yang berlakon dengan berpura-pura menangis  mengucap kata taubat semata-mata ingin memiliki wanita yang berlatar belakangkan didikan agama,lelaki seperti ini ibarat syaitan bertopengkan manusia kerana,disebalik tangisanmada agendanya yang tersendiri.Taubat serta tangisan ibarat permainan sahaja.

Serta pelbagai lagi tangisan yang dialirkan lelaki,sebilangannya mengalirkan dengan air mata,kerana benar-benar menangis,sebilangannya pula mengalirkannya kerana ianya menjadi suatu sandiwara permainan hati dan jiwa.Penilaian yang dibuat,janganla sekadar sehari dua,mahupun sebulan dua.Nilailah tangisan lelaki itu,dari pelbagai aspek yang berbeza..

Quotes untuk para READERS semua...

Tangisan di alir tanda kehibaan,
Mengenang nasib yang kian dimamah kebendaan,
Mencorak kehidupan berpaksikan pengalaman,
Mengukir senyuman setelah peroleh kebahagiaan.

WASSALAM....SMILE ALWAYS GANG......

2 orang telah tinggal komen: