Amal manakah yang diteri Allah?

Saturday, January 18, 2014 Rahim Aim21 0 Comments



Assalamualaikum w.b.t. buat para READERS semua.Kita ni,takkan lepas daripada tanggungjawab kita sebagai seorang muslim,sama ada tanggungjawab itu kita terima kerana tanggungjawab kita kepada agama,ataupun tanggungjawab kita itu kita terima setelah kita dipertanggungjawabkan untuk menjalankannya.Sama ada ikhlas atau pun tidak,bukan kita untuk menilai tahap keikhlasan diri kita mahupun orang lain.Bukan juga untuk kita menilai sama ada amalan itu,diterima Allah ataupun tidak.

Pernahkah kita terfikir,apakah amalan-amalan kita selama ini diterima Allah keseluruhannya?Apakah kita benar-benar ikhlas dalam melakukan segala amalan yang dipertanggungjawabkan kepada kita selama ini?Kita berkata,"AKU IKHLAS",kita berkata,"AKU BUAT SEMUA NI KERANA ALLAH".Akan tetapi,apakah kata-kata itu sesimetri dengan apa yang kita rasakan daripada hati.Dalam erti kata lain,perasaan sebenar kita ketika beramal dengan amalan-amalan yang baik.

Amal manakah yang diterima Allah?Apakah selama ini,solat kita diterima Allah?Apakah selama ini sedekah,zikir,puasa,membantu rakan-rakan,membuat khidmat masyarakat ataupun sebagainya diterima Allah?Kita yakin ke Allah terima kesemuanya?

Pernahkah kita terfikir,kemungkinan kita menderma RM1 lebih baik daripada kita menderma RM1000?kemungkinan,kita berpuasa sunat isnin dan khamis,lebih baik daripada kita berpuasa hari-hari?Bukan saya ingin mengatakan,sesuatu yang lebih besar itu,kurang baik,akan tetapi,ianya bergantung pada keikhlasan hati kita dalam melakukan amalan-amalan tersebut.

Antara amalan yang mulia,akan tetapi kita tidak berapa suka melakukannya adalah :

1)Mencuci tandas dan bilik air
2)Mengutip sampah
3)Menolong ibu dan bapa
5)Mengalihkan apa-apa sahaja yang boleh memudharatkan pengguna jalan raya
6)Belanja kawan-kawan makan dan minum
7)Dan lain-lain

Apa yang penting,setiap amalan itu dimulakan dengan niat.Sama ianya ikhlas ataupun menunjuk-nunjuk,hanya kita dan Allah yang tahu hakikat sebenar niat kita sendiri,

Quotes untuk semua,harap kalian sukakannya :

Baik pada kita,
Apakah baik pada mereka?
Buruk pada kita,
Apakah buruk pada mereka?
Baik atau buruk,terletak pada pilihan kita,
Bukan atas penilaian mereka...


WASSALAM....SEMOGA IANYA BERMANFAAT UNTUK GENG2 SEMUA.....

0 orang telah tinggal komen: