Jump Up,Fall Down.

Friday, September 26, 2014 Rahim Aim21 2 Comments

Assalamualaikum semua... agak lama saya tidak berkongsi cerita.Jari ini rindu untuk mencoretkan suatu perkongsian untuk semua. Pelbagai situasi, pelbagai peristiwa menjadi halangan untuk saya terus berkarya sama ada berbentuk video mahupun tulisan.

Tajuk perkongsian saya... JUMP UP,FALL DOWN. Well..(amboi dah start speeking dah..).. Sebenanrnya tajuk ini, jika diterjemah satu persatu, ia akan menjadi LOMPAT KE ATAS, JATUH KE BAWAH. Bukan bererti kita perlu melompat untuk jatuh. akan tetapi, apa yang cuba saya ketengahkan adalah, kadang-kadang, apabila kita berada di atas, kita terlupa, ada kemungkinan untuk kita berada di bawah. Sebab itu dikatakan, kehidupan ibarat pusingan roda, kala berada di atas, kala berada di bawah.


LIFE IS JUST LIKE THIS WHEEL



Kekadang, kita rasa, kita sudah hebat, sehinggakan kita sanggup memperlekehkan  sesiapa sahaja yang tidak setaraf dengan kita. Bagaimana pula situasi bagi mereka yang sudah lama berada dibawah kita? Mungkin mereka akan merasa hina malahan mereka akan merasa mereka tidak layak untuk berkawan dengan kita.


Mudah di mulut kita menyatakan,sabar itu indah. Mudah bagi kita menyatakan "Aku ikhlas menjalani segalanya"... Akan tetapi, sejauh mana hati kita membenarkan kata-kata tersebut? Saat manusia ditimpa musibah,adakah semua orang sama perjalanan hidupnya? Apakah semua orang mudah meredhai segala ketentuan yang berlaku?

ORANG KATA :

Tepuk dada tanya iman, tanya diri, tanya hati.

Kita lebih mengenali diri kita sendiri berbanding orang lain. Kita lebih tahu, sejauh mana ikhlas itu menjalar dalam salur darah yang berada di sebalik lapisan kulit kita.



ADIOS.....MAASSALAMAH...................

2 comments:

  1. Replies
    1. Tq for your comment bro.. its been awhile since i get any comment on my writing..... yes... #Muhasah_Diri..... semoga kita sentiasa dilindungi Allah dari segala rasa bangga dri,sombong mahupun bongkak....semoga kita semua sentiasa bersederhana... :)

      Delete