JOJO, TORA dan DING DANG

Friday, December 18, 2015 Rahim Aim21 12 Comments

JOJO, TORA dan DINGDANG


Dulu selalu minta ayah dan emak belikan.... 


Bismillah... 
Alkisah...




Assalamualaikum dan selamat malam. Tadi pergi kedai runcit berdekatan dengan rumah. Niat asal nak beli MAMEE CHEFF perisa TOM YAM THAI yang CUP punya. Sedang berdiri di hadapan kaunter, sementara menunggu untuk barangan di kira harga, tiba-tiba mata Along terpandang dua buah KOTAK di atas (seperti dalam gambar), Along cuba cari kotak keTIGA, tetapi, hampa. Along tidak menjumpainya. Secara tiba-tiba itu jugalah, NOSTALGIA LAMA mula memalit semula kotak fikiran Along. Semuanya berkisar sewaktu Along kecil-kecil dahulu, sewaktu berumur sekitar 5-10 tahun.

Dulu, bila pergi sahaja ke MANA-MANA kedai RUNCIT bersama AYAH atau EMAK, pasti Along akan MINTA agar mereka belikan Along JOJO, TORA ataupun DING DANG. Tak kesah lah, mana-mana pun yang mereka belikan, asalkan dapat pun dah cukup membuatkan Along berpuas hati. Semuanya berpunca daripada pengaruh TV. Ya lah, kan dulu, setiap hari, ada sahaja iklan baru berkaitan dengan JOJO, TORA dan DING DANG ni. Macam-macam permainan ada di dalamnya. Dari yang MENARIK, sehinggalah yang KURANG MENARIK. Semuanya ada. Biasalah, KANAK-KANAK. Bila dengar tentang PERMAINAN, pasti akan mahu dimilikinya. Along juga tidak terkecuali pada waktu itu.

Korang mesti ada pengalaman macam Along kan? Hahaha, gelak-gelak! Korang sebenarnya dalam proses gelakkan diri sendiri, sama seperti Along gelakkan diri sendiri sekarang ini. Kanak-kanak zaman dahulu kan berbeza dengan kanak-kanak zaman sekarang. Kalau dulu, kita semua kurang didedahkan dengan TEKNOLOGI. Kanak-kanak sekarang? TEKNOLOGI merata tempat. Terlalu "ADVANCE" orang kata. Baru sekolah rendah, telefon bimbit mengalahkan orang yang sudah bekerja. Sabar je lah.

Ingat lagi dulu, bila permintaan untuk memiliki JOJO atau TORA ataupun DING DANG ini tidak ditunaikan, memang mengamuk sakan lah. Hati membentak-bentak. Rasa sedih yang amat sangat. Merajuk gila-gila dengan emak dan ayah. Bila fikir semula, "BODOHNYA AKU", hahaha. Hanya kerana nak MAINAN dalam kotak-kotak ni, sanggup maarh-marah bila tak dapat. Bila masa semakin berlalu pergi, kita akan LUPA. LUPA bahawa dahulu kita amat mengGILAi permainan-permainan yang ada di dalam 3 jenis KOTAK ini. Dan akhirnya, kita terus LUPA untuk memilikinya lagi dan lagi seperti mana kita kecik-kecik dahulu.

Jom kita "EXPLORE" apa ada dalam 2 KOTAK di atas ( Memandangkan, Along tidak beli DING DANG kerana kedai tersebut tidak menjualnya)

1 - KINOS JOJO



Kalau dulu, selalu dapat bebola COKLAT sebagai makanan RINGAN yang ada di dalam kotak. Sekarang? berubah 100%. Sumi? Sumi? Adeyh, kenapa SUMI? Entahlah, sukar untuk Along menjawabnya. SUMI pun SUMI lah, asalkan boleh di makan, hehehe. Permainan yang Along dapat adalah MOTOR warna HITAM. YEAH!!! Lepas ni, boleh lah tunggang motor tu pergi KULIAH.  Motor lama boleh SIMPAN buat PEKASAM. Yeah!!!

2 - KINOS TORA



Sebenarnya, makanan RINGAN yang dalam ni pun, lebih kurang ja. berunsurkan COKLAT juga. Tapi la ni, dah berubah juga makan RINGANnya. Permainan yang Along dapat setelah Along EXPLORE kotak TORA ni adalah, HERM.... Tak tahu namanya apa! Hahaha. Dia macam PINBALL, dia macam MAZE. Entahlah. PINBALLMAZE kot. Hehehe.

Bila beli GUNA DUIT SENDIRI kotak-kotak ni, rasa MENYESAL pun ada. Buat Along terfikir. Apa perasaan EMAK dan AYAH sewaktu Along minta belikan kotak-kotak ni dulu ek? Dah lah mereka TAK DAPAT apa-apa. Malahan mereka sanggup mengeluarkan belanja untuk memenuhi permintaan Along, walaupun barangan tersebut, tidak membawa apa-apa kebaikan kepada Along ketika itu. Mainan yang ada dalam kotak-kotak itu pula kebiasaannya MUDAH HILANG dari JAGAAN Along sendiri. Herm, membazirnya! Namun, mereka tetap membelinya. Kerana apa? Kerana nak tengok Along GEMBIRA!!!! Sayu pula rasa hati ini. Huhuhu... (T_T).

Namun, Along BELI atas dasar untuk BERKONGSI CERITA, jadinya, tak ada lah menyesal mana. Hahahaha. Sekurangnya, Along ada KOLEKSI PERMAINAN JOJO dan TORA di waktu Along berumur 21 tahun ni, Dah tua-tua pun, Along ada koleksi permainan yang berada dalam kotak-kotak ni. KAU HADO?! WHY BOTHER, WHY BOTHER. Hahaha.



(n_n)
Salam Ukhuwah....
Adios...
MAASSALAMAH....


p/s : Terima Kasih Emak dan Ayah, Engkau telah membesarkanku dengan sepenuh kasih sayang.

12 orang telah tinggal komen:

PENAT JAGA JODOH ORANG LAIN

Monday, December 14, 2015 Rahim Aim21 16 Comments

PENAT JAGA JODOH ORANG LAIN


Sesuatu yang engkau rancang, tidak semestinya berakhir dengan kebahagiaan yang engkau impi...


Bismillah...
Alkisah...

IHSAN : Google


Assalamualaikum dan selamat malam semuanya. Bila bicara soal jodoh, semua orang ada perancangan yang tersendiri berkaitan dengan JODOH ini. Ada yang merancang untuk berkahwin di usia muda. Ada yang merancang untuk berkahwin bila kewangan dan kerjaya telah stabil. Ada yang merancang untuk menunggu JODOH itu DATANG sendiri. Ada pula yang langsung TIDAK MERANCANG apa-apa. Semuanya diRANCANG dan diATUR oleh MINDA yang dikawal oleh FAKTOR-FAKTOR tertentu yang menguasai DIRI.

Ada yang bersungguh-sungguh dan bermati-matian mempertahankan JODOH yang dia percaya merupakan JODOH yang telah ditetapkan oleh sang pencipta buat dirinya selama ini. Ada pula di antara kita, sanggup BUNUH DIRI demi JODOH yang tidak pasti ini. Gantung diri lah, telan racun lah, lompat dari atas bangunan yang tinggi lah dan sebagainya. Ada sesetengahnya, jadi GILA kerana JODOH yang TIDAK KESAMPAIAN.

PENAT JAGA JODOH ORANG | Pernah tak terfikir, JODOH atau PASANGAN yang kita ada sekarang ini, suatu hari nanti bakal bersama orang lain? Maksud Along, dari aspek PASANGAN yang belum KAHWIN lah. Yang dah kahwin tu, Alhamdulillah. Jodoh korang dengan pasangan korang memang KUAT. Yang belum kahwin macam Along ni, macam korang yang sekadar berpasang-pasangan tanpa IKATAN perkahwinan tu, pernah tak kita semua terfikir suatu hari nanti, pasangan kita yang sekarang ni rupanya bukanlah JODOH yang telah ditetapkan oleh Ilahi untuk kita, bahkan mereka adalah JODOH orang lain. Pernah tak?

Berpenat lelah kau jaga JODOH yang kau SAYANG tu, macam-macam pengorbanan yang telah kau lakukan demi JODOH yang kau CINTAI itu. Rupanya, telah lama tertulis sejak AZALI lagi, DIA bukanlah JODOH engkau yang telap ditetapkan. Apa kau rasa? Penat bukan? Sebab itulah sesetengah orang berkata, BERCINTA dan BERKASIH itu biarlah berpada-pada. Jangan melebihkan CINTA manusia berbanding CINTA Yang Maha Esa. Ada juga yang berkata, BERCINTALAH DENGAN PEMILIK CINTA TERLEBIH DAHULU, BARULAH BERCINTA DENGAN PEMINJAM CINTA.

Tetapi, kalau korang rasa memang nak sangat-sangat JODOH yang engkau jaga sekarang ini, menjadi yang HALAL buat kau. Berusahalah, Bertawakal lah. Buat cara yang sepatutnya, JUMPA IBU BAPA dia, JUMPA KELUARGA dia. Minta RESTU. Jangan berlama-lamaan dalam BERHUBUNGAN. Percepatkan NIAT BAIK korang tu. Akhirinya CEPAT-CEPAT dengan sebuah PERNIKAHAN. Takut bajet tak cukup? Buatlah secara BERSEDERHANA. Senang bukan? Tak payahlah buat sampai jadi "WEDDING OF THE YEAR" hanya kerana kau atau pasangan kau tu anak TUNGGAL dalam keluarga. NIKAH jangan disusahkan. Buat ikut SYARIAT sudah. ADAT? Tolak tepi sahaja semua itu.

ANDAI perancangan kau GAGAL sebelum ianya BERJAYA. Kenapa kau mengeluh dan menyalahkan TAKDIR? Kan sesungguhnya PERANCANGAN ALLAH itu lebih BAIK berbanding perancangan MANUSIA. Kau marah takdir? Pernah terfikir atau tidak, kau marah siapa sebenarnya? Along sendiri takut, Along sendiri sukar untuk menerima takdir andai JODOH yang Along jaga selama ini, bukannya milik Along. Jujur, ini pengakuan dari hati Along. Tetapi, selagi mampu, selagi itu Along akan berusaha untuk menjaganya. Tetapi, jika sudah tertulis, JODOH itu bukan milik Along, Along REDHA. Penat memang PENAT! PENAT JAGA JODOH ORANG LAIN! Tetapi, kena relakan juga, Kan itu TAKDIR Allah. Siapa Along untuk menolaknya.( T_T).



(n_n)

Salam Ukhuwah....
Adios...
MASSALAMAH....

16 orang telah tinggal komen:

KESENANGAN YANG MENYESATKAN

Monday, December 14, 2015 Tinta ilmiah 6 Comments

KESENANGAN YANG MENYESATKAN


Kepercayaan kita pada suatu kemudahan dan kesenangan, kadangkala, boleh membuatkan kita jauh daripada jalan yang diredhainya...


Bismillah...
Alkisah...

Keluar dari Maze
Ihsan : GOOGLE

Assalamualaikum dan selamat petang... Korang semua dah solat zohor belum? Bagi yang dah, ALHAMDULILLAH. Bagi yang belum? MASYAALLAH. Kenapa solat lambat-lambat ni? Apa? Makan? Tengah memandu? Tengah mandi? Terkunci dekat luar rumah kerana kunci tinggal dekat dalam kereta yang kebetulan kunci kereta tertinggal dalam kereta? Ish, ish, ish. Korang semua jangan lupa solat ya? Solat itukan tiang agama. Solat juga boleh mencegah dri kita daripada kemungkaran. Itupun, jika kita SOLAT DENGAN CARA dan KAEDAH yang BETUL.

Tetapi! Ada beberapa perasaan yang kita mudah rasa dalam hati kita. PERTAMA, "AKU SOLAT DAH SEMPURNA DAH. NAK UBAH APA LAGI?". KEDUA, "AKU PERLU PERBAIKI SOLAT AKU, MASIH BANYAK KEKURANGAN NI.". KETIGA "AKU RASA SOLAT AKU NI DAH OK. ASALKAN AKU SOLAT DAH LA KAN? DARIPADA AKU TINGGAL SOLAT TERUS. KAN BERDOSA.". Dan bermacam-macam lagi perasaan serta bisikan-bisikan hati yang wujud di dalam diri kita bila berkaitan dengan perkara yang melibatkan agama.

Along yakin, korang mesti tertanya-tanya kan? Kenapa dan mengapa Along mulakan ENTRY ini dengan bercerita berkaitan dengan solat? Kenapa? Sebab tajuk macam tiada kena-mengena? Begitu? Beginilah, Along akan kaitkannya dengan cara yang mudah. Korang semua solat kan? Along yakin, korang yang berkunjung singgah ke blog Along ni, semestinya rajin-rajin solat belaka. Tiada seorang pun yang tidak solat. Tetapi! Apakah semua orang yang SOLAT itu sama perangainya? HAH! Jawab, jawab! Dalam Alquran Allah berfirman :

IHSAN : Google


Hah! Khusyuk! Semua orang khusyuk ke? Along sendiri kurang khusyuk. Along mengaku kerana Along sendiri insan biasa, yang masih dalam proses mencari sinar cahaya dalam kegelapan. Masih meraba-raba untuk mencari jalan keluar dari semua kekurangan diri yang ada.

KESENANGAN YANG MENYESATKAN | Dalam dunia ini, kita hidup dengan pelbagai ragam dan sikap manusia. Ada yang kita tahu kehidupan dan cara hidup mereka dengan hanya melalui pembacaan sahaja. Ada pula yang kita tahu melalui tayangan yang dipertontonkan di layar tv dan internet. Ada pula yang kita ketahui melalui penceritaan yang diceritakan oleh rakan-rakan kita. Semua sikap dan ragam manusia termasuklah sikap dan ragam diri kita sendiri terdiri daripada pelbagai warna yang sungguh abstrak.

Ada di antara kita, apabila mendapat kesenangan di DUNIA walaupun sedikit, LUPA! ALPA! Dari manakah nikmat tersebut datang! Kita kena ingat, DUNIA adalah medan UJIAN. Setiap Nikmat! Setiap Dugaan! Semuanya adalah UJIAN! Ada juga di antara kita, bila di timpa dugaan yang BERAT. Terus-terusan LUPA dan ALPA kepada sang pencipta! Malahan, semakin jauh dan menjauh daripada jalan yang diredhainya.

Nama pun MANUSIA yang di ambil daripada perkataan ARAB iaitu NASIA a.k.a PELUPA. Kita MANUSIA adalah makhluk yang PELUPA. Itu suatu REALITI yang kita tidak boleh sangkal mahupun lari daripada kenyataan yang memeritkan jiwa dan raga. Contohnya, kau seorang lelaki yang mahu menjadi seorang perempuan. Atau seorang perempuan yang mahu menjadi seorang lelaki. Sudah jelas lagi terang kau di ciptakan sebagai jantina yang telah ditetapkan oleh Allah. Kenapa perlu ubah? Kerana Naluri hati? Kerana kau rasa jiwa kau bukan milik tubuh yang roh kau diami ini?

Apa jadi bila golongan ini, cuba untuk mengubah jantina, di tambah pula ada dikalangan kita yang menyokong apa yang mereka cuba lakukan? Pasti mereka akan merasa SELESA dan SENANG atas apa yang bakal dan akan mereka lakukan. Dan semestinya mereka akan terus melaksanakan niat mereka itu tanpa pandang ke belakang lagi. Inilah yang Along maksudkan KESENANGAN YANG MENYESATKAN. Masih tidak faham? Begini, Contoh mudah, kau nak guna basikal jiran, tetapi jiran kau tak ada. Kawan-kawan kau meyakinkan kau supaya guna sahaja tanpa meminta sebarang kebenaran. Kau pun teguhkan hati guna sahaja basikal itu. Kau rasa seronok dengan apa yang kau lakukan. Perasaan bersalah kini hilang lenyap dari diri kau. Kerana apa? Syaitan telah berjaya menghasut kau! Telah berjaya meyakinkan kau bahawa perbuatan tersebut tidak salah. Itulah dia, KESENANGAN YANG MENYESATKAN!

KESELESAAN dan KESENANGAN DUNIA adalah UJIAN buat semua MANUSIA. Begitu juga KEPAYAHAN dan KESUSAHAN DUNIA, Kadang-kadang, kau rasa ALLAH itu kejam terhadap KAU! Dengan memberikan UJIAN yang terSANGAT berat ke atas diri kau. TETAPI! Apakah kau sedar? Jika ALLAH kejam sepertimana sangkaan kau, Kenapa Allah masih berikan kau nyawa? Masih beri peluang kepada kau untuk menghidup udara ciptaannya? Masih beri kau peluang melihat DUNIA? Biar tak ada tangan, tak ada kaki, asalkan kita masih berNAFAS untuk terus hidup, menjadi seorang hamba yang BERTAQWA. Bukan seorang hamba yang kekal KUFUR atas NIKMAT PERNAFASAN yang dipinjamkan olehnya ini.

MUNGKIN kita sudah terlalu selesa bernafas, sehingga kita lupa, siapa pemberi pinjam NIKMAT PERNAFASAN ini. Bersama-samalah kita bermuhasabah diri kembali, merenung hakikat penciptaan diri agar kita tidak tergolong menjadi hamba-hambanya yang KUFUR.

Salam Ukhuwah....
Adios...
MAASSALAMAH....

6 orang telah tinggal komen:

LELAKI JUGA PERLUKAN PERHATIAN

Saturday, November 21, 2015 Rahim Aim21 14 Comments

LELAKI JUGA PERLUKAN PERHATIAN


Kerana lelaki juga ada perasaan...


Bismillah...
Alkisah...

kenapa perempuan perlu beri lelaki perhatian


Assalamualaikum dan selamat malam. Sewaktu Along menulis ni, jam di penjuru bawah kanan di skrin laptop Along menunjukkan pukul 12:08 AM. Sudah lama rasanya Along tidak menaip sebarang ENTRY baru di BLOG Along ni. Mungkin ada yang telah pun melupakan Along, mungkin ada yang masih mengingati Along, dan mungkin juga, ada yang menganggap Along ada ataupun tidak, sama sahaja. Tidak memberi kesan langsung terhadap hidup yang korang lalui, hari demi hari selama ini.

Selamat malam Along ucapkan kepada semua. Kepada mereka yang Along kenali secara realiti ataupun maya. Kepada mereka yang mengenali Along, tetapi Along tidak mengenali mereka, Along tetap ingin mengucapkan terima kasih juga. Terima kasih kerana korang semua sudi berkunjung singgah ke blog Along yang serba putih dan suci ini. Along tahu, blog Along cantik bukan? (Hahaha, penamat untuk semua ayat skema di atas).

Korang-korang di luar sana, KHUSUSnya kaum HAWA. Tahu tak! Sebenarnya, LELAKI JUGA PERLUKAN PERHATIAN! Ingat korang sahaja ke yang sukakan PERHATIAN? Along faham, korang yang kaum hawa ni di gelar INSAN YANG LEMAH. Tetapi, PERASAAN tu, bukan milik korang sorang ok? Perasaan MARAH, GERAM, GEMBIRA, SEDIH, CEMBURU dan sebagainya di rasai juga oleh kaum ADAM. Contohnya beginilah ya, SUAMI ISTERI. Ya, ya. Along tahu, Along belum NIKAH atau KAHWIN dengan SESIAPA lagi, TETAPI realitinya kan, Along LELAKI, SUAMI korang juga LELAKI. Jadi, Along tulis ni adalah mewakili LELAKI. Mungkin akan ada yang kata, "Tak semua LELAKI macam KAU Along". Memanglah tak semua... Sebahagian sahaja ok?

suami isteri merajuk
Ihsan : GOOGLE

Nampak tak CARTA ALIRAN di atas? Terima kasih kepada salah seorang rakan dari EFG atas gambar di atas. Tetapi, gambar di atas Along cari semula di google untuk dapatkan kualiti gambar yang lebih elok, hehe. Ok, tahu tak sebab apa lelaki punya carta aliran tu singkat sangat? Pernah tanya tak suami korang? pernah tanya tak pasangan korang? Beginilah, tutup perkataan SUAMI, tutup perkataan ISTERI. Ganti dengan perkataan PASANGAN. Kerana apa? kerana manusia yang BERCINTA sama ada sebelum ataupun selepas KAHWIN, melalui perkara yang sama seperti dalam carta aliran di atas.

LELAKI punya carta ALIRAN PENDEK bersebab ok? Sebab PERTAMA! Lelaki tak nak MEMANJANGKAN permasalah yang berlaku. sebab KEDUA! Lelaki tak suka memikirkan hal yang remeh temeh. KETIGA? Lelaki lebih suka FOKUS pada penyelesaian MASALAH, bukannya MENCARI PUNCA MASALAH. Sebenarnya, banyak lagi sebab musababnya. Malaslah Along nak taip kan. Eh! Kejap! Jangan tengok yang MALAM PEKENA 1 ROUND tu ya? Kalau SUAMI ISTERI, boleh lah TENGOK. Kalau sekadar PASANGAN yang belum BERKAHWIN, jangan pula korang buat perkara yang tidak sepatutnya! PEKENA NASI GORENG KAMPUNG atau ROTI CANAI dekat kedai makan tak apa, TAPI! Kalau pekena macam laki BINI tu, NAUZUBILLAH. 

Kalau ikut CARTA ALIRAN di atas, SUAMI LUPA KESALAHAN ISTERI. Herm, Sebagai lelaki, ya, lupa memang lupa. TETAPI! Tidaklah sepenuhnya. REALITInya, MUSTAHIL suatu KESALAHAN itu mudah untuk diLUPAkan. Tahu tak? LELAKI sebenarnya sangat hebat dalam memendam apa yang dia RASA. Tetapi, bila lelaki tu sudah TIDAK TAHAN, pasti kan MELETUP juga. Namun, kebanyakan kami LELAKI, MELETUP dalam diam. Tanpa KORANG yang KAUM HAWA tu, tahu. Tahu tak kenapa? Kerana kami nak BERLAGAK KUAT dan MACHO terhadap korang semua sebenarnya. Hahaha. Tipu sahaja. Sebenarnya, KAMI tak nak SAKITI hati korang sungguhpun HATI KAMI korang sakiti. Sebenarnya, kami tak nak langsung susahkan hati korang dengan apa yang kami rasa. Kerana KAMIkan LELAKI. Lelaki kena kuat! Ya tak? Lelaki kenalah TABAH dan tidak MENGALAH! Ya tak? Itu kan yang korang, kaum hawa di luar sana anggap kami selama ni?

Kami LELAKI, kami juga manusia seperti korang semua. Kami perluKAN PERHATIAN. SUARA kami perlu anda DENGARI. LUAHAN HATI kami, perlu anda semua FAHAMI. Along falam, kebanyakan korang yang kaum hawa akan kata, "LELAKI KENALAH MENGALAH, BARULAH GENTLEMEN", takpun, pasti korang akan kata "LELAKI KENALAH FAHAM KAMI" atau ada di antara korang yang akan kata "LELAKI NI, TAK BOLEH DI BERI MUKA SANGAT. NANTI DIA AMBIL KESEMPATAN KE ATAS KITA." Macam-macam lagi sebenarnya alasan yang korang boleh berikan untuk menguatkan HUJAH korang agar LELAKI lebih memberi PERHATIAN ke atas KORANG. Sedangkan, hakikatnya, korang juga sepatutnya membalas SEMUA PERHATIAN pasangan lelaki  korang tu terhadap korang sepertimana lelaki tersebut telah memberi sepenuh perhatian kepada anda. Tetapi, kerana EGO anda semua, anda tidak melakukan perkara yang sama. Walau tidak semua, namun sebahagian dari anda semua pasti seperti mana yang Along katakan.

KERANA EGO, macam-macam boleh terjadi. LELAKI juga EGO. EGO kerana rela memendam rasa demi perempuan yang dia CINTAI. Biar hati tersakiti, asalkan perempuan yang diCINTAInya bahagia dan  gembira. TETAPI! Perempuan kebanyakkannya tak nampak EGO kami ni. Bila kami mula BERONTAK SEDIKIT demi mencari secebis PERHATIAN. Perempuan pasti akan mula merasakan bahawa pasangan mereka telah BERUBAH. TAK SAMA seperti dulu. Bagi sesetengah daripada perempuan pula. PASTI akan mulai rasa CURIGA dengan pasangan mereka. Mulalah timbul di fikiran MEREKA, "LAKI AKU NI DAH ADA PEREMPUAN LAIN KE?" takpun, "LAIN MACAM SAHAJA LAKI AKU NI. DULU TAK PERNAH MACAM NI. TIBA-TIBA SAHAJA MACAM NII? NI MESTI ADA PEREMPUAN LAIN NI!". 

Memanglah tak semua, tetapi! Sebahagian dari korang yang kaum HAWA mungkin seperti mana yang Along tulis di atas. PEMBERONTAKAN KAMI yang hanya ingin menuntut SECEBIS PERHATIAN selalu sahaja di salah ERTI. Along tulis ni berdasarkan apa? PENGALAM ke? PEMERHATIAN terhadap kehidupan ke? PEMBACAAN ke? PERASAAN SEMATA ke? JAWAPAN MUDAH, semuanya SEKALI. Along tulis dari sudut KACA MATA Along sendiri. Korang nak KRITIK? Nak KOMEN NEGATIF? Terpulang. Tetapi, cubalah buka MATA luas-luas. cubalah buka MINDA seluas LAUTAN dengan apa yang Along kongsikan pada pagi ini. :)


SALAM UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH...


p/s : Maaf Panjang Lebar... Harap korang berSABAR sepanjang membacanya. PEACE YAWS!!! Terima Kasih sebab sudi BACA!!!

14 orang telah tinggal komen:

Antara Al-Quran dan Smartphone

Tuesday, November 03, 2015 Rahim Aim21 4 Comments

ANTARA AL-QURAN DAN SMARTPHONE


Kisah Harian Manusia...


Bismillah...
Alkisah...

IHSAN GOOGLE


Assalamualaikum dan selamat malam. Selamat kembali ke BLOG Along. Blog yang Along kira, penuh dengan INFORMASI menarik, sebagai PEDOMAN juga PENCERAHAN dalam bentuk perkongsian cerita berkaitan dengan kehidupan seharian yang kita semua lalui sebagai HAMBA Allah yang Esa. Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang. Jika tiada api, masakan nak masak bagaimana? Fikirkan... Eh?

Malam ni, Along ingin kongsikan sebuah kisah KLISE. Along yakin, semua orang sudah tahu. Along juga yakin semua orang angggap ianya suatu perkara BIASA. Kerana apa? Kerana perkara yang JANGGAL apabila, kita sudah lama terBIASA dengannya, akan membuatkan diri kita menganggap ianya BIASA juga. Bak kaat pepatah, ALAH BISA TEGAL BIASA. Apa juga perkara yang telah menjadi suatu keBIASAan bagi kita, walau hakikatnya ianya tidak patut jadi begitu, PEMIKIRAN kita telah melabel perkara itu sebagai perkara BIASA. Tidak perlu di ubah, tidak juga perlu di perbaiki.

ANTARA AL-QURAN DAN SMARTPHONE. Kenapa ya? Kenapa tajuk ENTRY Along berkaitan dengan 2 BARANGAN tersebut? Dari bangun pagi, sampailah tidur kembali. Cuba korang bayangkan, berapa lama SMARTPHONE berada dalam genggaman tangan korang bebanding Al-Quran? Berapa banyak AYAT yang korang baca di SMARTPHONE korang? Tidak kisahlah dari aspek WHATSAPP, TELEGRAM, INSTAGRAM dan sebagainya. Berapa banyak? Bagaimana pula dengan Al-Quran? Berapa banyak Ayat Al-Quran yang telah korang baca? Yang telah korang hayati? Yang telah korang fahami? Atau, hafal mungkin?

Jangan salah anggap. Along bukanlah nak kata : "AKULAH LELAKI KACAK YANG SEMPURNA. SMARTPHONE APALAH SANGAT BAGI AKU. AL-QURAN SENTIASA DALAM GENGGAMAN AKU." Tak ok? Jangan salah anggap Along sebegitu. Along kan selalu kata, semua penulisan Along, adalah lebih kepada MUHASABAH DIRI Along sendiri. Apa Along tulis, lebih kepada REFLEKSI diri, dalam meniti kehidupan hari esok, untuk menjadi INSAN yang lebih baik. Along sendiri, jika dibandingkan, tempoh masa membaca dan memegang Al-Quran berbanding dengan tempoh masa membaca dan memegang SMARTPHONE, MEMBACA dan MEMEGANG smartphone itu lebih lama. Kadang-kadang tu, berhari-hari juga tidak memegang dan membaca Al-Quran. Kenapa? Kerana Alah Bisa, Tegal Biasa.

Korang nak kata : "ALAH, KAU TULIS, TAPI KAU SENDIRI TIDAK BUAT." Terpulang. Bukan Along tidak terima teguran dan nasihat. macam Along selalu kata. penulisan Along di BLOG Along ni, lebih kepada TEGURAN buat DIRI Along SENDIRI.

Eh? Dalam SMARTPHONE kan boleh INSTALL Al-QURAN. Boleh baca di mana-mana sahaja. Bila-bila masa. Kenapa nak bandingkan AL-QURAN dengan SMARTPHONE pula? Jwapannya cukup mudah sebenarnya. Pertama sekali, cuba CEK smartphone kalian semua, korang INSTALL tak applikasi AL-QURAN? Mungkin korang semua yang membaca ENTRY ini, telah pun INSTALL sejak dari pertama memiliki SMARTPHONE lagi. Alhamdulillah. Soalan kedua, Korang rajin ke buka dan baca Al-Quran yang korang INSTALL tu? Mungkin sebahagian dari kita jawab ya, sebahagian lagi jawab tidak. Soalan ketiga, korang lebih banyak baca Al-Quran atau baca WHATSAPP? INSTAGRAM? Dll yang ada dalam SMARTPHONE korang tu? Soalan terakhir, korang ada rasa perbezaan tak, bila baca AL-Quran menggunakan SMARTPHONE berbanding dengan membaca KITAB AL-QURAN itu sendiri? Ada tak?

Along tahu, Along tahu. masa 24 JAM tidak mencukupi bagi kiat sebagai manusia biasa. Macam-macam HAL DUNIA yang perlu kita selesaikan. Sehinggakan kadang-kadang, kita megetepikan HAL AKHIRAT semata-mata untuk membereskan HAL DUNIA terlebih dahulu. Kerana apa? Kerana perkara yang tidak sepatutnya menajdi suatu keBIASAan pada kita, telah menjadi BIASA. Terlalu BIASA. Along sendiri, ada je applikasi Al-Quran INSTALL dalam SMARTPHONE ni, JARANG juga buka dan BACA. Itu REALITI. Along tulis, bukan atas DASAR Along SEMPURNA. Tetapi, atas dasar MOTIVASI diri untuk menjadi INSAN yang TERBAIK.

Jika kita meletakkan HATI kita, AKAL kita, JIWA kita dan ROH kita di tempat yang benar, InsyaAllah, kita semua akan mampu menjadi INSAN yang TERBAIK. Kenapa TERBAIK? Kerana, jika Along kata, insan yang lebih baik, semua orang nak jadi insan tersebut. Tetapi, untuk jadi insan yang TERBAIK, tidak ramai yang berusaha ke arah tersebut. 

Mudah-mudahan... Apa Along kongsikan pada malam ini, akan memberi manfaat buat Along, anda dan mereka yang berada di luar sana. Akhir kata, Doakan Along agar berubah menjadi INSAN yang TERBAIK, dan Along doakan korang semua turut menjadi INSAN yang TERBAIK. Dari aspek Akhlak mahupun Sahsiah. Dari aspek hidup secara bersyariat dan menjalani kehidupan sebagai hamba yang TAAT...


Salam UKHUWAH....
ADIOS...
MAASSALAMAH...


p/s : Sejauh mana, DUNIA telah MAJU. Kitan Al-Quran tetap menjadi pilihanku...

4 orang telah tinggal komen:

AKU PELAT

Friday, October 30, 2015 Rahim Aim21 14 Comments

AKU PELAT


Pelat itukan COMEL...


Bismillah...
Alkisah...

Sekadar HIASAN : IHSAN google


Assalamualaikum dan selamat malam buat semua. ENTRY untuk kali ini, sekadar luahan perasaan Along semata. Along tak tuju kepada sesiapa. Along sekadar ingin berkongsi CERITA. Eh! Sekejap! Along bukan nak kongsikan lagu AKU PELAT nyanyian SALAMMUSIK ft ZIONDREAD tu ok? Korang tak tahu ke lagu apa tu? Alamak, Along tersalah sangka lah pula. Herm... Sebagai menebus SALAH Along ni, Along bagi LINK untuk LAGU tersebut di bawah ni :


Korang dengarlah sendiri ok? Nak dengar sambil baca BLOG Along pun ok juga. Lebih menghayati gitu. Korang tahu tak apa itu DEFINISI PELAT? Tahu tak? PAsti korang tahu kan. Mustahil korang tidak tahu. Korang kan bijak belaka. kita semuakan PENGGUNA INTERNET tegar. Jika kita tidak tahu sekalipun, semestinya kita akan cari maklumat di INTERNET. Betul tak? Kita lebih mudah mempercayai SUMBER INTERNET daripada BUKU. Kan? (Tetiba pula masuk TOPIK lain)...

Along nak buat SUATU PENGAKUAN. Along PELAT dan Along BANGGA menjadi seorang yang PELAT. Dalam dunia ni, macam-macam PELAT wujud kan? Pelat huruf "R", pelat huruf "S", pelat huruf "T", pelat huruf "V" dan sebagainya. Jadinya, cuba teka. Along pelat yang mana 1? Cuba teka, cuba teka.

Pelat R dan pelat S kebiasaan memang pelat yang sukar untuk di ubah. Boleh jadi, pelat tersebut kekal sehinggalah ajal menjemput kita. Tak payah pening-pening, CONTOH terdekat adalah LISA SURIHARI SURIHANI. Siapa tidak kenal dia, semestinya korang adalah orang-orang yang TERLEBIH BAIK. Kenapa? Agak JARANG SEKALI orang-orang zaman MORDERN seperti Along, korang dan MEREKA tidak mengikuti perkembangan ARTIS Tanah Air. Tak banyak, sedikit pun tetap ada. Korang tahu kan dia pelat huruf apa? Apa? B? K? Bila masa pula ada pelat yang sebegitu. Semestinya dia pelat "R". Begitu jelas, terang lagi nyata. Sebutan R dia sedikit pelat daripada orang lain.

Pelat T? Pelat V? Lebih kepada pelat yang dibuat-buat. Kenapa? Ok, pernah dengar tak perkataan. TITE, TELAMAT, TENAPA dan sebagainya. Pernah dengar? Tak? Ruginya hidup korang. Baik betul persekitaran korang. Hehehe. Temuanya atalah ayat-ayat mante ala-ala tedik gitu. (#TETIBA). Bagaimana pula dengan perkataan VAVI, VANGANG, VENGONG dan sebagainya. Pernah dengar tak? BUKAN! Along bukan nak ajar korang mencarut ke, apa ke. Along datangkan CONTOH dalam dunia REALITI sahaja. Betapa KREATIFnya orang-orang MELAYU kita dalam menyusun perkataan sedia ada dengan menggantikan salah satu hurufnya. Sebutan jadi lain, tapi membawa maksud yang sama.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Antara kesemua pelat-pelat di atas, Along kategori PELAT yang mana? Along yakin, semua ada jawapannya. Bagi yang RAGU-RAGU, mari Along tolong selesaikan KERAGUAN korang tu dengan berkongsi CERITA. Along sebenarnya, KEMBAR tidak seiras, lain emak,lain bapak yang tiada sebarang pertalian sama ada darah mahupun kekeluargaan dengan Kak LISA SURIHANI. Persamaan kami hanyalah pada pelat "R". hahaha (Bangga sekejap. Sekejap sahaja, tak boleh lama-lama).

Along cuma nak meluahkan satu perkara. Along tahu, ramai yang CEMBURU dengan keCOMELan kePELATan Along ni. Sebab tu ramai yang mengAJUK bila Along sebut perkataan yang ada huruf R. Mujur menaip di BLOG bukan menggunakan SUARA. Kalau tak, herm... Ramailah yang bakal mengAJUK cara Along bercakap. Along faham, korang CEMBURU. Tetapi, janganlah tunjuk sangat ok? Kekadang tu, bila ada yang BARU TAHU Along ni PELAT "R", siap ajar Along lagi macam-macam cara untuk MEMBAIK PULIH sebutan "R" Along ni. Ada yang kata, berkumur-kumur di waktu pagi lah. Ada yang suruh Along garu lidah lah. Ada pula tu suruh Along berLATIH buat RRREE dan sebagainya. HEY! WAKE UP! Along dah besar ok? Dari kecik Along dah usaha. Dah tak berjaya, nak buat macam mana kan? Bukan Along mengalah, tetapi dah REALITInya Along tidak boleh. Maka tidak boleh lah. Huhuhu...

Along faham, korang CEMBURU BUTA. Tak mengapa. Along maafkan. Bukan selalu kan Along ada suatu kelebihan yang korang semua tak ada? Hahaha. Jadi, teruskan CEMBURU. Usaha kan TANGGA kejayaan. Ekeke...



Salam UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH...

14 orang telah tinggal komen:

THENAMYBLOG 1ST ANNIVERSARY

Wednesday, October 28, 2015 Rahim Aim21 12 Comments

THENAMYBLOG 1ST ANNIVERSARY

1ST BLOG ANNIVERSARY by THENAMYBLOG


Bismillah...
Alkisah...

Rasanya baru semalam memulakan Entry Bismillah.


Alhamdulillah.
 Setahun sudah usia THENAMYBLOG.

Assalamualaikum dan selamat malam. Berbekalkan MINDA yang KOSONG daripada IDEA untuk MENULIS. Along, mengambil keputusan untuk MENYERTAI satu SEGMEN yang agak menarik sebenarnya untuk kita semua sertai. Kenapa Along sertai? Along sebenarnya, suka menambah kenalan dalam dunia BLOGGING. Jadi, dengan menyertai SEGMEN dari blogger lain, secara tak langsung, dapatlah Along menambah kenalan. Ye tak? Hehehe.

Bagaimana untuk menyertai? Mudah sahaja sebenarnya. sila ambil peduli 4 perkara dibawah;

1. Follow THENAMYBLOG and/or Google + namy yul
2. Buat satu entry berkenaan THENAMYBLOG 1st ANNIVERSARY
3. Last but not least, jangan lupa tinggalkan URL entry diruang komen ya. 
*Bukan ruangan komen Along ya? Tetapi di ruangan Komen di Blog thenamyblog. (SINI)
4. Dateline: tengah malam 31 Oktober 2015

Semudah ABC bukan? Apa tunggu lagi? Dateline hanya tinggal 3 hari sahaja dari sekarang. Jom sama-sama SUPPORT EACH OTHER! :)

Salam UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH...

12 orang telah tinggal komen:

Aku Tak Sempurna

Wednesday, October 28, 2015 Rahim Aim21 8 Comments

AKU TAK SEMPURNA


Kerana Aku Manusia Biasa...


Bismillah...
Alkisah...

Sekadar Hiasan ; IHSAN GOOGLE


Assalamualaikum dan selamat petang. Along nak minta maaf kepada semua. Untuk bulan ni sahaja, baru 6 ENTRY(Termasuk ENTRY ini) Along tulis termasuk yang ini. Sejujurnya, Along ada WRITER BLOCK. Kejujuran yang kedua pula, Along rasa seoalah-olah jiwa Along tidak berapa nak tenang sahaja sejak akhir-akhir ni. Along tak tahu mana puncanya, apa sebabnya. Along rasa seolah-olah dunia cuba untuk MENDESAK Along. Seolah-olah DUNIA ingin lihat Along gagal. Entahlah, mungkin sekadar perasaan, mungkin sekadar REALITI hasil CIPTAAN minda Along sendiri yang hakikatnya, 

Perkara ni, buat Along terfikir. AKU TAK SEMPURNA kerana Aku Sekadar Manusia Biasa. Along tahu, semestinya akan ada yang kata, Apa Along  fikir ini sangat KLISE dengan pemikiran orang lain juga. Namun, Along ingin katakan, kadang-kadang, perkara KLISE itulah sebenarnya hakikat kepada mencari identiti dalam sebuah kehidupan. Tiada siapa yang sempurna, itu REALITI. Tetapi, orang yang tidak sempurna, kebanyakannya, ingin mencari kesempurnaan, itu juga REALITI.

Along minta maaf, andai selama ini, Along banyak menyusahkan semua orang. Tidak kisahlah, sama ada korang tu lelaki ataupun perempuan, rakan ataupun taulan, Ada hubungan kerabat ataupun kekeluargaan, sama ada seumur hidup ataupun sesaat perkenalan. Along minta maaf. atas semua kesalahan, sama ada sengaja ataupun tidak disengajakan, sama ada Along sedar ataupun tidak sedar atas semua kekhilafan, Along hanya ingin minta maaf. Maafkan Along.

(HISH! Apa ni? Sesi maaf bermaafan pula? Kau dah kenapa RAHIM?)

Hidup kita ni.. Takkan selalunya berada di atas dalam SETIAP perkara. Kadang-kadang, tanpa kita sedar, kita telah pun berada di bawah. Kerana kita lupa, kita adalah manusia biasa. Manusia yang tak lari dari berbuat kesalahan dan dosa. Sebab itulah, kita disarankan agar setiap malam, sebelum kita kembara ke alam mimpi, berdoa kepada Allah agar, segala kesalahan ORANG LAIN terhadap KITA, Allah mengampuninya. Begitu juga, kita perlu berdoa agar segala kesalahan KITA terhadap ORANG LAIN, turut di ampunkan sepenuhnya. Namun, tidaklah bermakna, kita tidak perlu memohon MAAF sesama MANUSIA. Doa sahaja tidak mencukupi andai tiada USAHA untuk memohon maaf sesama manusia. Kan? Tetapi, kekadang, mesti ada sebab kan kenapa sukar untuk kita memohon maaf sesama manusia? Pohon dan pintalah kepada Allah, agar segala urusan kita dipermudahkan olehnya. Bukan susah pun kan?

Sekadar coretan ringkas, sebagai pengingat buat diri, juga pengingat buat teman-teman dan rakan taulan semua. Sama ada BLOGGER atau PEMBACA BLOG, sana ada PEMBACA TEGAR atau PENGUNJUNG BARU dan sebagainya. Sesiapa sahaja yang berkunjung singgah ke BLOG Along, secara RELA HATI ataupun tidak, Along ingin ucapkan TERIMA KASIH kerana sudi membaca CORETAN-CORETAN, perkongsian CERITA Along selama ini. Doa Along, sering mengiringi kalian agar kita sama-sama berubah menjadi insan yang lebih baik. Dalam perubahan, tiada pengakhiran. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu, perubahan tetap perlu diteruskan. :)


Salam UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH....

8 orang telah tinggal komen:

Itu Halal, Ini Haram

Tuesday, October 20, 2015 Rahim Aim21 8 Comments

ITU HALAL, INI HARAM


Buka Mata Hati...


Bismillah...
Alkisah...

IHSAN GOOGLE


Assalamualaikum dan selamat malam. Selamat kembali dan selamat berkunjung singgah semula ke blog Along yang semakin suram dengan ENTRY FRESH, SEGAR dan BARU hasil daripada PERAHAN IDEA dan KERAHAN OTAK untuk berfikir agar JARI-JEMARI dapat menghamburkan segalanya dalam bentuk penulisan berilmiah buat santapan motivasi korang semua. Walau hakikat, segala karya penulisan Along, adalah teguran dan NASIHAT buat diri Along sendiri. Seorang PENDOSA TEGAR yang masih mencari sinar cahaya, untuk keluar daripada kegelapan ruang yang kelam.

ITU HALAL, INI HARAM. Ya, kita tahu. Kita semua tahu. Apa itu HALAL, apa itu HARAM. Bagi sesetengah kita, meletakkan HALAL dan HARAM dalam bentuk MAKANAN. Ada yang lain, menambahnya dalam bentuk PRODUK KECANTIKAN dan KESIHATAN. Dan perlbagai lagi. Mungkin apa Along bakal tulis ini juga, menjadi salah satu titik TOLAK dalam hal berkaitan dengan HALAL dan HARAM bagi kehidupan seharian korang semua. Tetapi, tidak mengapa. Along tetap kongsikannya juga. Sebagai nasihat buat diri sendiri, Muhasabah tanpa henti agar diri sendiri sedar betapa kerdilnya diri ini, dalam menongkah liku-liku kehidupan sebagai seorang hamba.

Dari aspek perbuatan juga ada HALAL dan HARAM. Contohnya, langkahan kaki kita ke tempat-tempat yang baik adalah HALAL, manakala langkahan kaki kita menuju ke tempat-tempat yang wujudnya maksiat itu adalah HARAM. Contoh lain, Cakap perkara-perkara yang baik itu HALAL, manakala cakap perkara-perkara yang buruk itu pula adalah HARAM.

Bagaimana pula dengan penglihatan kita? Melihat perkara yang dihalalkan itu HALAL, mehihat perkara yang diharamkan pula tetap kekal sebagai HARAM. Tetapi masyarakat kita sekarang ni, terutama sekali diri Along sendiri, tidak jaga HALAL dan HARAM sepenuhnya. Dari aspek pandangan mata Along telah kalah, apatah pula hati. Sekarang ni, zaman sekarang ni. Aurat di dedah, di buka, di tayang merata-rata. Maaf Along katakan, kebanyakan dari kita, ISLAM sekadar pada NAMA dan IC semata. Nak tonton TV? YOUTUBE? FILEM dan sebagainya? KONFIRM mata takkan lari dari melihat AURAT, sama ada aurat LELAKI mahupun PEREMPUAN. Itu dari segi DUNIA MAYA. Dunia REALITInya? Sama sahaja. Pandangan mata kita tetap akan melihat AURAT yang bukan MUHRIM pada kita dalam kehidupan seharian kita. Kenapa Along bicara soal pandangan mata? Kerana dari situlah antara titik tolak Pertambahan dan Pengurangan IMAN kita.

Kadang-kadang Along fikir, ada untungnya bagi si BUTA. Jiwa mereka lebih suci berbanding kita. Pandangan mereka di hijab sepenuhnya dari melihat KEMUNGKARAN DUNIA. Mata hati mereka pula dibuka seluasnya untuk MENSYUKURI NIKMAT ALLAH YANG ESA. Namun, pasti ada hikmahnya, kita lahir sebagai si CELIK yang bisa melihat DUNIA. Sama ada kita, terus-terusan HANYUT menuju ke penghujung DUNIA, atau sedar dan BANGUN dari mimpi yang LENA. Namun, jangan pula kita BUTAkan mata sendiri, kerana ianya semestinya HARAM.

Yang HALAL tetap HALAL, yang HARAM tetap HARAM. Itu hak yang telah ditetapkan ALLAH. Bukan nak kata, Along ingin menghukum sesiapa. Namun, Along nak kata, Hak tetap Hak. Sejauh mana kata, "ITU ANTARA SAYA DENGAN ALLAH", namun, TANGGUNGJAWAB sebagai sesama MUSLIM tetap perlu kita laksana SEBAIKnya. Namun, janganlah mengHUKUM secara EXTREME. Perlu ada teguran dan nasihat secara BERHIKMAH. Contohi Rasulullah dalam menyelasaikan permasalahan UMMAT. Jangan sesekali membuatkan mereka semakin JAUH dari AGAMA ISLAM yang penuh RAHMAT.

Mungkin kita sudah lupa, dari mana datangnya penglihatan kita? Siapa yang beri pinjam kepada kita selama ini? Bagaimana pula dengan apa yang kita pandang? Dari manakah ianya DATANG? Apakah akibatnya buat kita di hari mendatang? Kerana kita NASIA. Nasia yang membawa maksud pelupa. Lupa akan dari mana kita datang selama ini, dan lupa kepada siapa kita bakal pulang dan kembali secara abadi pada suatu ketika yang telah ditetapkan nanti. Sama ada syurga menjadi tempat tinggal kita nanti, atau neraka sebagai tempat tinggal yang bakal kita depani.


Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH...

8 orang telah tinggal komen:

Cerita Sini, Habis Sini

Saturday, October 17, 2015 Rahim Aim21 2 Comments

CERITA SINI, HABIS SINI


Kita Tutup Semua Cerita...


Bismillah...
Alkisah...

SEKADAR HIASAN : IHSAN GOOGLE


Assalamualaikum dan selamat malam agak lama jari-jemari Along ini, tidak menaip sebarang bentuk penulisan di BLOG Along yang semakin bersarang dek kerana keSIBUKkan dunia yang melibatkan ASSIGNMENT dan TUGASAN-TUGASAN dari LECTURER / PENSYARAH yang tidak dapat diELAKkan. Pertamanya, Along mohon maaf kepada PUAN PENGETUA EFG iaitu Kak@Mommy IRRA dari BLOG irrayyan.com kerana tidak dapat menghabiskan CABARAN INSTABLOG 7 HARI EFGKBBA dan terkandas pada hari ke-4 cabaran. Maafkan Along ya? Huhuhu.

Ok, dengan semangat baru yang SEDIKIT membara di dalam HATI, Along gagahkan diri pada malam ini untuk meNAIP sebuah ENTRY yang bertajuk CERITA SINI, HABIS SINI. Cerita apa? Kenapa perlu habis di sini? Sebenarnya, Along ambil ISTILAH : Cerita Sini, Habis Sini dari sebuah Filem lakonan Shuib Sepahtu yang berjudul MAN SEWEL DATANG KL. Siapa pernah tengok cerita tu? Kalau belum, cubalah geledah INTERNET dan tengok FILEM ni secara STREAMING. Korang akan dapati, saat bilakah FRASA : CERITA SINI, HABIS SINI di guna pakai.

Along bukannya ingin memBEBEL tentang FILEM tu. Tetapi, Along sebenarnya ingin kita sama-sama MUHASABAH diri atas semua GOSIP-GOSIP hangat yang kita DENGAR dan SEBAR selama ini. Eh? Kenapa GOSIP? Kerana GOSIP yang berlaku hanya kecil-kecilan boleh menjadi suatu MASALAH besar buat PENYAMPAI juga buat PENDENGAR. Eh? Boleh ke? Boleh! Walaupun tak semua GOSIP macam tu. Namun, Sebahagian besar GOSIP akan berakhirnya seperti itu.

Eh! Kejap! Gosip ni, sekadar gosip ke? Atau berkait rapat dengan perkara lain sekali? Ok, begini, GOSIP ni kan perkongsian CERITA-CERITA HANGAT yang entah BETUL atau SALAH faktanya. Kan? Jadi, bolehlah kan Along katakan, GOSIP ni, macam MENGUMPAT. Kan? Kerana persamaan kedua-duanya adalah maklumat/ fakta yang diketengahkan sebagai topik perbualan belum tentu BETUL belum tentu SALAH. Kan?

Sebagai contoh, bila kita tidak suka akan perangai seseorang, sebahagian dari kita pasti akan mula BERGOSIP secara tidak BERHEMAH. Dari Fakta asal yang kemungkinan di tokok tambah, semuanya kita garap bersama, dan olah bersama sehingga cerita tersebut menjadi SEDAP untuk didengar dan dibualkan. Contohlah kan, Along ada 3 orang kawan, bernama, ABU, ALI dan AHMAD. Sewaktu kami sedang buat GROUP DISCUSSION, secara tiba-tiba ALI ketengahkan TOPIK berkaitan dengan RAZAK (Sekadar contoh nama orang yang tidak di sukai). Ali kata, RAZAK seorang yang suka tidur dalam kelas dan pemalas. Tiba-tiba, Abu pula menambah cerita dengan mengatakan RAZAK seorang yang tidak pandai jaga kebersihan. Ahmad? Semestinya tambah cerita lagi dengan mengatakan dia ternampak RAZAK bertUMBUK dengan pelajar lain. Maka, WUJUDLAH GOSIP tanpa SEMPADAN antara mereka bertiga. Kenapa mereka bertiga? Kerana Along sekadar mendiamkan diri. Along tidak mahu berkata apa-apa berkaitan dengan topik tersebut (Acah-acah INESEN). Kalaulah topik perbualan tersebut sekadar CERITA SINI, HABIS SINI kan bagus. Namun, kebiasaannya, GOSIP-GOSIP tidak sihat ini akan berlarutan sehingga tamatnya sesi DISCUSSIN kami. Jadi, apakah anda semua sudah faham dengan apa yang Along cuba sampaikan?

Apa Along patut buat dalam situasi di atas? Terus membiarkan atau menegur dan menasihati mereka supaya berhenti? Semestinya MENEGUR dan MENASIHATI mereka supaya BERHENTI adalah pilihan terbaik yang Along ada, Andai sekalipun, CERITA tersebut tetap BERLARUTAN pada tempoh masa yang lain sama ada dengan atau tanpa pengetahuan Along, itu bukan salah Along kan? Sebab Along telah pun MENASIHATI mereka. Kerana apa? Kerana MULUT TEMPAYAN boleh ditutup, MULUT MANUSIA? Siapa boleh tutup. Diri sendirilah kan?

Biarlah CERITA SINI, HABIS SINI. Jangan diperbesarkan hal yang kita sendiri belum tentu tahu permulaan dan pengakhirannya. Along tulis ni, bukanlah sebagai tanda Along ingin MEMERLI atau MENGATA sesiapa. Kerana setiap penulisan Along adalah berbentuk MUHASABAH ke atas diri Along sendiri. Bagi yang TERASA HATI, Along minta maaf awal-awal. Takut nanti, tidak sempat untuk minta maaf pula.

Percayalah akan suatu perkara, jika kita TUTUP AIB orang lain, Allah akan TUTUP AIB kita. Andai sekalipun AIB kita di buka oleh orang lain, walaupun kita tidak pernah buka AIB mereka, JANGALAH pula kita membalas perbuatan mereka dengan melakukan perkara yang sama, Apa salahnya kita muhasabah diri kita semula? Apa salahnya kita tanya semula diri kita? Mengapa semuanya terjadi? Apa salahnya kita usaha untuk merubah perspektif orang terhadap kita berbanding kita BERBENDAM dan BERMUSUHAN? Apa salahnya, jadikan semua itu SUMBER MOTIVASI DIRI, dan bukannya PEMUSNAH DIRI? Eh? PEMUSNAH DIRI? Ya! Apabila kita BERDENDAM dan BERMUSUHAN, percayalah, peratusan untuk diri kita musnah adalah tinggi. Musnah dari aspek akhlak dan pemikiran. Musnah dari aspek hati dan perasaan. Musnah, dan terus musnah selagi mana kita tidak berubah.

Salam UKHUWAH...
ADIOS...
MAASSALAMAH...

p/s : Akhirnya siap juga ENTRY di atas ni, hampir SEMINGGU LEBIH juga TERTANGGUH. Agak sibuk kebelakangan ni. Dengan ASSIGNMENTnya, Dengan BISNES LAPTOPnya dan sebagainya. 

2 orang telah tinggal komen:

CABARAN7HARI | PERKARA WAJIB BUAT SETIAP HARI

Saturday, October 03, 2015 Rahim Aim21 14 Comments

CABARAN7HARI | PERKARA WAJIB BUAT SETIAP HARI


Cabaran Hari Ketiga...


Bismillah...
Alkisah...




Assalamualaikum dan selamat malam. Malam yang penuh JEREBU. Siang pun tidak kurangnya. Tetap dipenuhi dengan JEREBU juga. Senang cerita, SELAMAT HARI JEREBU SEMALAYSIA. Boleh ke Along ucap macam tu? Hahaha. Sekadar mampu gelak.



PERKARA WAJIB BUAT SETIAP HARI | Ok, untuk cabaran hari ini, Along UPDATE ENTRY ini agak lewat kerana Along tidak tahu nak kongsikan cerita apa dengan korang semua. JUJUR, memang Along tidak tahu. Kerana banyak sangat PERKARA YANG ALONG WAJIB BUAT SETIAP HARI. Dan realitinya, PERKARA yang Along WAJIB BUAT itu adalah sama dengan PERKARA yang korang WAJIB BUAT setiap hari. Nak Alog senaraikan? Ni hah! Dekat dalam GAMBAR di bawah ni SENARAINYA :


Di manakah terletaknya AKTIVITI MENGHAPDET BLOG ya? Herm, dalam nombor 7 itulah. ONLINE kan merangkumi macam-macam aktivit. ONLINE FACEBOOK, TWITTER, INSTAGRAM, WHATSAPP, TELEGRAM juga termasuk BLOG. Semua tu dalam kategori ONLINE. Kenapa Along tidak tulis secara terperinci? Sebab tak semua orang ONLINE atas tujuan dan penggunaan yang sama. Kan? Di atas sekadar senarai AM aktiviti yang HAMPIR SAMA bagi kebanyakan daripada kita akan buat SETIAP HARI. Atau lebih tepat PERKARA WAJIB BUAT SETIAP HARI. Yang KHUSUSnya? Tempoh bila korang buat semua tu, Alat apa yang korang guna untuk buat semua tu dan sebagainya. Sebagai contoh, Along WAJIBKAN DIRI Along ONLINE setiap hari dan buat sedikit KAJIAN berkaitan dengan SOFTWARE dan WINDOWS. Adakah korang buat perkara yang sama? Mungkin ada, tetapi kemungkinan tu sekitar 00.01% berbalas 99.99% Kan? Sama juga, Apa korang buat, belum tentu Along buat. Sebab tu, Along cakap PERKARA WAJIB BUAT SETIAP hari kita secara UMUM hampir sama.. Tiada beza.. :).. Yang membezakannya adalah pengKHUSUSAnnya. :)

#CaBaRaNiNsTaBLoG7HaRiEFGKBBA
#EfGKbbA
#ExChANgeFeEdGrOuP
#KeLAbBLoGgErBeNAsHaARi


Salam Ukhuwah,,,
Adios...
MAASSALAMAH....



P/S : Jom sertai cabaran ni ramai-ramai! Masih ada masa ni! :)

14 orang telah tinggal komen:

CABARAN7HARI | APA ADA DALAM WALLET ANDA

Friday, October 02, 2015 Rahim Aim21 8 Comments

CABARAN INSTABLOG 7 HARI EFGKBBA | APA ADA DALAM WALLET ANDA


Cabaran Hari kedua...


Bismillah...
Alkisah...



Assalamualaikum dan selamat petang. CABARAN INSTABLOG 7 HARI EFGKKBA di sambung lagi dengan cabaran hari yang ke-2. Alhamdulillah, CABARAN untuk hari semalam berjaya dengan JAYAnya, Mudah-mudahan, cabaran untuk hari ini dan hari-hari yang mendatang akan turut berjaya sehingga ke akhirnya... :)



APA ADA DALAM WALLET ANDA? | Apa ada dalam wallet Along ya? Along rasa, semua benda yang ada dalam WALLET ALONG hampir keseluruhannya sama sahaja dengan apa yang korang ada dalam WALLET KORANG ketika ini, Apa yang mebezakannya adalah, Dari aspek WARNA dan GAMBAR. Eh? Kenapa pula? Warna? Gambar? Apa semua ni? 



Warna sudah semestinya berkaitan dengan DUIT. Along sekadar ada DUIT berwarna HIJAU 1, dan DUIT berwarna BIRU 3 sahaja di dalam WALLET Along sewaktu Along ambil gambar TADI. Sekarang, tinggal SEKEPING DUIT berwarna BIRU sahaja. SADIS betul diri Along ni. Duit tak dak. Herm. (#Abaikan rungutan Along). Perbezaan dari segi GAMBAR pula semestinya GAMBAR pada IDENTITY CARD dan LESEN MEMANDU Along berbeza dengan GAMBAR yang wujud pada IDENTITY CARD dan LESEN MEMANDU korang. Mana boleh sama, ye tak? Kalau sama, maksudnya ada sesuatu yang MISTIK dekat situ. MELAINKAN! MUKA kita HAMPIR SAMA. Mudah-mudahan, tidak lah ya? Along harap, WAJAH Along adalah WAJAH yang 1 00 000 000 dalam 1, Hahaha.. (Harapan, harapan menjadi layu~...)

Selain IC, LESEN MENANDU, DUIT, Semestinya, KAD BANK adalah antara barangan PENTING perlu ada dalam WALLET Along. Mana tidak pentingnya, Andai Tiada KAD BANK dalam WALLET, dan kebetulan Along KEKERINGAN DUIT dalam TANGAN, Along bolehlah ke BANK berdekatan untuk keluarkan DUIT, 3 Kertas putih tu? Tu resit-resit belian. Along pun tak tahu kenapa Along simpan, Apa puncanya dan mengapa ianya di simpan, masih kekal MISTERI. Along rasa, itu sahaja kot perkongsian Along untuk CABARAN7HARI untuk HARI KEDUA ni.

#CaBaRaNiNsTaBLoG7HaRiEFGKBBA
#EfGKbbA
#ExChANgeFeEdGrOuP
#KeLAbBLoGgErBeNAsHaARi

Salam Ukhuwah,,,
Adios...
MAASSALAMAH....


P/S : Jom sertai cabaran ni ramai-ramai! Masih ada masa ni! :)

8 orang telah tinggal komen:

CABARAN7HARI | SELFIE PALING COMEL

Thursday, October 01, 2015 Rahim Aim21 18 Comments

CABARAN INSTABLOG 7 HARI EFGKBBA | SELFIE PALING COMEL


Cabaran Hari Pertama...


Bismillah...
Alkisah...



Assalamualaikum dan selamat petang. Selamat datang kembali dan selamat berkunjung singgah semula ke blog Along yang telah agak lama bersarang dan penuh kulat disebabkan tiada sebarang ENTRY BARU yang ditulis mahupun dinukil dalam tempoh beberapa hari yang lalu. Huhuhu, nak nangis rasanya diri ini. Kerana diri ini disibukkan dengan kerja-kerja DUNIA NYATA, sehingga terabai kerja-kerja di DUNIA MAYA. Rindu sangat-sangat nak menulis BELOG dan berkongsi CHERITA... 

Hari ini, bermulanya CABARAN INSTABLOG 7 HARI EFGKBBA untuk hari yang pertama bertajuk SELFIE PALING COMEL. Along bukanlah ingin KONGSIkan keCOMELan Along di sini dengan meletakkan GAMBAR SENDIRI di dalam ENTRY ini. Along ingin kongsikan suatu barang COMEL yang Along telah simpan untuk BEBERAPA TAHUN atas SEBAB TERTENTU, Mungkin GAMBAR yang Along bakal KONGSIkan, tidaklah di anggap SELFIE, tetapi, takkan barang-barang simpanan Along tu, boleh SELFIE sendiri kan? Jadi, Along yang kena ambil gambar barang-barang tu kan? Hehehe.



Nampak tak dua ekor haiwan yang COMEL tu? Along akan mulakan kisah pendek berkaiatn dengan dua ekor haiwan tak bernyawa yang berwarna oren terlebih dahulu. Sebenarnya, ITIK COMEL yang berwarna OREN tu, di hadiahkan oleh SESEORANG yang SANGAT ISTIMEWA pada Along dari dahulu, sehingga kini. Dan mungkin untuk selamanya. Along dapat hadih tu, sekitar 2009 dan masih simpan sehingga kini, 2015. Bayangkanlah, dah dekat 5 tahun juga Along simpan ITIK COMEL berwarna OREN tu. InsyaAllah, Along akan simpan ITIK COMEL ini, SELAMANYA... Kisah kedua pula berkaitan dengan BERUANG COMEL yang berada di sebelah ITIK COMEL Along tu. Beruang tu sebenarnya Along beli 2 SET, Satu pada Along, satu lagi? Hehehe... Pada seseorang yang istimewa tu lah. Dah, jangan tanya banyak-banyak. Blushing Along dibuatnya. Malu nak cerita semuanya. Hehehe. Tentang pewangi AMBIPUR dengan KOMIK-KOMIK tu, adalah sekadar PROP semata. :)...

Along tahu, REALITInya Along dah sedikit lari daripada TEMA HARI PERTAMA INI iaitu SELFIA PALING COMEL, tetapi, Along sengaja KONGSIkan 2 ekor kesayangan Along yang SANGAT COMEL ni. Kan persamaannya pada perkataan COMEL, ok lah tu kan? :), Dan ia lebih kepada WEFIE yang Along ambil memandangkan kedua-dua kesayangan Along tu bukanlah benda hidup. :)



#CaBaRaNiNsTaBLoG7HaRiEFGKBBA
#EfGKbbA
#ExChANgeFeEdGrOuP
#KeLAbBLoGgErBeNAsHaARi
Salam Ukhuwah,,,
Adios...
MAASSALAMAH....


P/S : Jom sertai cabaran ni ramai-ramai! Masih ada masa ni! :)

18 orang telah tinggal komen:

KOTAK TANPA KEK RED VELVET

Sunday, September 20, 2015 Rahim Aim21 22 Comments

KOTAK TANPA KEK RED VELVET


Perumpamaan yang tiada noktah...


Bismillah...
Alkisah...

KOTAK SECRET RECIPE


Assalamualaikum dan selamat petang. Pernah atau tidak, dalam kehidupan korang semua, pernah tak korang rasa sesuatu, pernah tak korang tengok persekitaran korang dan korang... Pernah tak korang berjalan lalu korang, Pernah tak korang dengar lagu tapi, Pernah tak korang beli kek tapi....

Perenggan di atas sekadar WARM UP sebelum Along memulakan penulisan yang AGAK SERIUS. Tenangkan MINDA dan OTAK dengan soalan-soalan yang lengkap di atas, sebelum jiwa raga korang bakal merasai keTIDAK PUAS hatian dalam penulisan Along yang bakal panjang LEBAR sebentar lagi. Tetapi, bagi orang yang sedang, masih dan selamanya mencari SINAR CAHAYA kebenaran tanpa henti dan putus asa, semestinya AKAN mulai timbul rasa INSAF dalam diri. Along tahu, KERANA Along juga macam korang SEMUA. Manusia BIASA yang tidak SEMPURNA. MANUSIA biasa yang SERING KHILAF dan paling PENTING, MANUSIA biasa yang sering JAUH dari JALAN yang DIREDHAI sang PENCIPTA. 

KOTAK TANPA KEK RED VELVET - Along yakin, korang mesti tertanya-tanya, kenapa RED VELVET? Apa kesinambungannya? RED VELVET merupakan antara KEK yang SANGAT SEDAP. Itu Realiti, Along guna KEK RED VELVET sebab Along peminat kek itu. Itu sahaja. Hehehe. Jadi, Apa maksud KOTAK TANPA KEK RED VELVET? Sekadar PERUMPAMAAN SINIS buat diri Along dan SEGELINTIR MASYARAKAT kita yang sering LUPA, ALPA dan LALAI dengan kehidupan DUNIA. Percaya pada BISIKAN SYAITAN yang ingin menyesatkan kita, dengan mengabaikan beberapa PERINTAH ALLAH yang nyata.

Kenapa? Kenapa Along cakap macam tu? Macam tiada kaitan sahaja kan? Ok, begini. Suatu hari, korang pergi ke kedai KEK, dan katakanlah kedai tersebut adalah kedai SECRET RECIPE (Sebenarnya, kedai lain pun boleh). Korang pun temah KEK RED VELVET ( Sebab kek ini adalah kek yang SANGAT SEDAP). Setelah korang membuat pembayaran, dan diberikan kotak KEK, korang pun bawa balik rumah KEK tersebut. Sesampai korang di rumah, saat korang buka kotak tersebut, korang dapati hanya KEK COKELAT BIASA yang berharga sekitar RM 2 sahaja di dalamnya, sedangkan KEK RED VELVET berharga RM10. Persoalannya, apa yang korang akan buat? Marah? Kembali ke kedai KEK TERSEBUT dan meminta agar pertukaran KEK dilakukan? Atau mendiamkan diri dan membiarkan sahaja perkara tersebut berlaku.? Setiap orang berbeza REAKSI. Ini REALITI dan hakikat sebenar KEHIDUPAN kita sebagai MANUSIA BIASA.

Perenggan di atas sekadar SINOPSIS RINGKAS tentang REALITI kita sebagai HAMBA ALLAH yang HINA. REFLEKS diri kita, Kita kata kita ISLAM, tapi apakah JIWA kita turut ISLAM? Kita kata kita ISLAM, tapi apakah hati dan keseluruhan tubuh kita itu ISLAM? Ibarat PISTOL tanpa PELURU, ibarat BOTOL tanpa AIR, Ibarat PETI AIS tanpa ISI dan pelbagai PERUMPAMAAN yang kita boleh hasilkan SENDIRI untuk menggambarkan JIWA kita itu. Korang jangan pula kata, "NAK MENGATA AKU LAH TU?" ataupun "KAU INGAT KAU SEMPURNA?". Sabar, macam Along katakan, segalanya Along tulis, adalah untuk peringatan buat diri Along sendiri dan korang semua. Along MANUSIA BIASA yang dikenali sebagai PENDOSA.

ISLAM - Mudah untuk kita UNGKAP, tapi sukar untuk kita FAHAM. Kenapa Sukar? Begini, contoh mudah adalah RUKUN ISLAM. 5 Perkara dalam RUKUN ISLAM : 1) Mengucap 2 kalimah syahadah. 2) Solat Fardhu 5 Waktu 3) Berpuasa pada bulan RAMADHAN. 4) Membayar ZAKAT. 5) Menunaikan Haji (bagi yang mampu). Along bukanlah nak cerita tentang SEMUA rukun ISLAN ini. Along sekadar ingin sentuh tentang RUKUN ISLAM yang pertama sahaja iaitu MENGUCAP 2 KALIMAH SAHADAH.

Perasan tak, MENGUCAP 2 KALIMAH SYADAH bukanlah sekadar PENGUCAPAN sahaja. Sebenarnya, UCAPAN KALIMAH SYADAH ini bukan juga sekadar penyaksian semata. Kerana UCAPAN 2 KALIMAH SYAHADAH ini di setai dengan PERBUATAN-PERBUATAN yang diperlukan untuk MEMENUHI KEHENDAK UCAPAN tersebut. Ini FAKTA yang kita LUPA kerana jarang sekali orang BIASA macam Along, anda dan mereka mengingatinya. Amat jarang. Ada di antara kita CUKUPLAH LAHIR DALAM ISLAM, LAKSANAKAN MANA YANG MAMPU mengikut KEEGOAAN AKAL DAN HATI. Mana yang tidak mampu di laksana, di tinggalkan tanpa ada rasa BERSALAH mencengkam DIRI. Inilah yang di maksudkan dengan KOTAK TANPA KEK. ISLAM pada LUARAN tapi, KOSONG pada dalaman.

dalam ISLAM ada apa? Semestinya ada PERATURAN dan HUKUM HAKAM atau lebih TEPAT perintah ALLAH yang perlu kita lakasanakan SEPENUHNYA tanpa ada ALASAN untuk tidak MELAKUKANNYA. Bagaimana ORANG BUKAN ISLAM ingin tertarik pada ISLAM sedangkan pada diri kita sendiri, TIADA CIRI-CIRI ISLAM? TIADA AKHLAK ISLAMIAH? Sekadar SOLAT, PUASA, ZAKAT dan sebagainya tidak CUKUP untuk mengatakan kita telah laksanakan PERINTAH ALLAH sepenuhnya. Kenapa? Kerana, PERINTAH ALLAH itu LUAS! Sangatlah LUAS! PERINTAH untuk melakukan perkara yang WAJIB dan meninggalkan perkara yang HARAM. Tapi, kebanyakan dari kita, seperti ALONG SENDIRI, memilih dalam MELAKUKAN PERKARA YANG WAJIB, MEMILIH JUGA DALAM MENINGGALKAN PERKARA yang HARAM. 

Eh? Korang pelik ya? Along kan PENDOSA. Along kan MANUSIA BIASA. Contoh mudah, begini, Along SOLAT tetapi, Along suka MELWAT-LEWATKAN SOLAT. Solat itu memang dah bagus dah. Yang tak bagusnya, MERINGANKAN solat tersebut. Katalah, Tiba-tiba nyawa ktia di tarik, dan SOLAT TERSEBUT kita tidak sempat melakukannya, apakah STATUS KITA ketika itu? Contoh yang lain, KITA TAHU, HARAM BAGI KITA MELIHAT AURAT YANG BUKAN MAHRAM. Itu kita semua tahu, tetapi, Kenapa kita tetap melihatnya? Dalam DRAMA, dalam FILEM, ataupun REALITI KEHIDUPAN. AURAT di buka di MERATA-RATA TEMPAT. Mata kan, mata. MATA adalah suatu nikmat yang di guna pakai untuk MELIHAT. Kalau tak dapat melihat itu, namanya BUTA.

Sebab itulah, cuba tanya diri kita sendiri, APAKAH ISLAMNYA aku, sekadar pada PERKATAAN TERSEBUT, atau ISLAMNYA aku ini, adalah ISLAM secara MENYELURUH? TEPUK DADA, TANYALAH HATI. PEJAM MATA, MULALAH REFLEKSI DIRI. BUKA MINDA, TERIMALAH KEKURANGAN DIRI. Mulalah bangkit dari TIDUR dan BERHADAPANlah dengan REALITI. Ubahlah STATUS DIRI, dari KOTAK TANPA KEK RED VELVET kepada KOTAK DENGAN KEK RED VELVET yang sangat SEDAP. Dari ISLAM yang sekadar bertapak pada STATUS diri kepada ISLAM yang BERTAPAK di dalam hati.


Salam UKHUWAH....
ADIOS...
MAASSALAMAH...

22 orang telah tinggal komen:

Segmen irrayyan | Hari Malaysia 2015

Wednesday, September 16, 2015 Rahim Aim21 32 Comments

Segmen irrayyan | Hari Malaysia 2015


SELAMAT HARI MALAYSIA


Bismillah...
Alkisah...

Segmen irrayyan : Hari Malaysia 2015
KLIK BANNER untuk SERTAI

Assalamualaikum dan selamat petang Semuanya! Kenal tak HAKAK dekat atas ni? Tak kenal? Korang ni memang suka TIPU kan? Akak dekat atas ni agak FEMES kot dalam DUNIA BLOGGING. Along tipu? Ek eh? Kita pula di label sebagai penipu? Sampai hati korang kan? Huhuhu.. Akak di atas ni pemilik belog irraayyan.com. Kiteorang panggil dia Kak Irra atau nama pena di BLOGnya iaitu MOMMY IRRA. Amal Insyirah! Apa nganga-nganga? Ahha. (Tetiba..) Amal nama anak MOMMY IRRA yang comel tu..

Syarat-syarat segmen MOMMY IRRA bagi mudah sahaja. Kena ikut semua tau. 


1. Folow blog irrayyan.com . 
2. Letakkan banner segmen irrayyan di atas pada permulaan entri.
3. Tajuk Segmen irrayyan | Hari Malaysia 2015 dan linkkan ke entri MOMMY IRRA di irrayyan.com
4. Letakkan satu gambar anda sempena Hari Malaysia. Gambar boleh secara selfie/wefie atau gambar biasa. 
5. Berikan caption ringkas berkaitan gambar tersebut. 



Itu sahaja. Mudah sangat-sangat kan? 
Tarikh tutup penyertaan adalah 16/9/2015 , jam 6 petang. Lebih dari jam 6, MOMMY IRRA tak kira dah penyertaan korang tu.



Dekat bawah ini, adalah GAMBAR penyertaan daripada Along aka BUDAK LELAKI HENSEM yang PERASAN kuat.


Peristiwa 16 September tahun enam puluh tiga,
Titik permulaan kepada suatu perpaduan,
Ternoktahnya sebuah janji demi negara tercinta,
Termaktubnya sebuah ikrar yang dipenuhi harapan.
Pembentukan gagasan yang di beri nama MALAYSIA,
Demi kesejahteraan, Keharmonian dan Keamanan.



Itu sahaja...
Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH...


Nota Kaki :
psst... GIGIH Along lukis sendiri BENDERA tu. Tapi, macam biasalah, TANG WARNA Along sedikit FAILED... Hehehe....

32 orang telah tinggal komen:

TUTORIAL : FOLLOW BLOG YANG TIADA PAPARAN JOIN THIS SITE

Saturday, September 12, 2015 Rahim Aim21 34 Comments

TUTORIAL : FOLLOW BLOG YANG TIADA PAPARAN JOIN THIS SITE


Ruangan FOLLOW ME ada,  PAPARANnya tiada...


BISMILLAH...
ALKISAH...


Ketiadaan PAPARAN di ruang DEAR FOLLOWER Along


Assalamualaikum dan SELAMAT MALAM. Alhamdulillah, Along panjatkan segala keSYUKURAN kepada Yang Maha Esa atas segala KURNIAAN NIKMAT yang telah diberikan ke atas sekalian MAKHLUKNYA. Sesungguhnya, tiada tuhan melainkan ALLAH, Nabi MUHAMMAD itu pesuruh Allah. Allahu, itulah JANJI kita kepada AGAMA kita, AGAMA ISLAM yang kita sayangi ini. Ilham itu tidak datang secara TIBA-TIBA kerana ilham itu datangnya dari Allah yang maha mengetahui segala sesuatu.

Untuk TUTORIAL pada kali ini, Along ingin KONGSIKAN suatu TIPS yang bakal mengubah sedikit PERSEPSI MINDA kita terhadap GOOGLE CHROME. Bukan apa, sebagai BLOGGER, yang MEMANG mengguna pakai GOOGLE CHROME sebagai BROWSER rasmi di LAPTOP ataupun TELEFON PINTAR korang, semestinya akan mengalami perkara ini. RUANG FOLLOW ME ADA, PAPARANNYA TIADA. Bila korang berkunjung ke BLOG yang korang baru sahaja berkunjung, dan nak FOLLOW BLOG tersebut, tetapi, di dapati, PAPARAN pada ruang FOLLOW ME tiada. Semestinya, korang akan REFRESH TAB korang kan? Dan berharap ianya TERPAPAR. Dan semestinya korang akan sanggup REFRESH banyak kali. Kan? Sampailah keluar PAPARAN tu. Tetapi? Korang pasti akan HAMPA.

Bagi pengguna MOZILLA FIREFOX, semestinya PAPARAN : JOIN THIS SITE akan ada, tetapi, apakah semua orang ada FIREFOX? Apakah semua orang suka penggunaan FIREFOX? Semestinya tidak. Along tahu, kerana Along sendiri tidak suka FIREFOX. #FAKTA.

Jadi, apa perlu kita sebagai pengguna TEGAR GOOGLE CHROME perlu buat? Apakah kita perlu INSTALL MOZILLA FIREFOX? Ada ALTERNATIF lain sebenarnya. Jangan TERTIPU dengan MAINAN PERASAAN SENDIRI. Ok? Caranya mudah sahaja. SEMUDAH A,B dan C sampailah Z.

TUTORIAL : FOLLOW BLOG YANG TIADA PAPARAN JOIN THIS SITE


1) Buka INCOGNITO MODE



2) Masuk semula ke BLOG yang kita nak FOLLOW guna INCOGNITO MODE




3) Apa lagi, FOLLOW sahajalah BLOG tersebut. :)

Mudah bukan? 3 STEP sahaja. Tak payahlah korang susahkan diri DOWNLOAD atau INSTALL MOZILLA FIREFOX. Korang perlu PERCAYA 1 PERKARA, jika ada suatu permasalahan, penyelesaian MASALAH tersebut bukan ada 1 sahaja. Banyak lagi ALTERNATIF lain yang korang boleh CUBA.


Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH...

34 orang telah tinggal komen:

NILAI KARNIVAL KONVENSYEN KEUSAHAWANAN ISLAM KE-11

Saturday, September 12, 2015 Rahim Aim21 10 Comments

NILAI KARNIVAL KONVENSYEN KEUSAHAWANAN ISLAM KE-11 (iCEPs11)


2 HARI 2 MALAM, 8.00 Pagi - 10.00 Malam..


Bismillah...
Alksiah...

NILAI CARNIVAL KONVENSYEN KEUSAHAWANAN ISLAM KE-11
POSTER NILAI CARNIVAL 2015

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Wahai semua WARGA NILAI dan yang tinggal di sekitar dengannya. Jemput-jemput, Mari-mari, hadirkan diri korang SEMUA. Sama ada bersama kawan mahupun keluarga ke PROGRAM : NILAI KARNIVAL KONVENSYEN KEUSAHAWANAN ISLAM kali yang Ke-11. Mari memeriahkan PROGRAM ini bersama. Eh? Korang tak tahu ke TESCO Nilai ni terletak dekat mana? Ala, Cuba korang guna GOOGLE MAP, tak pun WAZE. Mesti sampai punyalah nanti, InsyaAllah... :)

Perlu ke Along buang masa lagi? Tak perlu rasanya. Sebab GAMBAR kan biasanya PENGGANTI CERITA berbentuk PENULISAN. Hehehe... Dekat bawah ni, ada lah beberapa KEPINGAN GAMBAR yang Along ambil guna TELEFON BIMBIT LENOVO A806 Along :

Pentas UTAMA yang dekat tengah-tengah tu


Persiapan Untuk PERTANDINGAN NASYID







BOOTH-BOOTH JUALAN


Khemah untuk para PENGUNJUNG


Tempat Permainan untuk KANAK-KANAK


KAMBING BAKAR D`ROYALE WARISAN. Sedap sangat-sangat! RUGI kalau korang TAK MENCUBANYA.

Bukti Pembelian

Dekat sini, Along nak PROMOTE :KAMBING BAKAR D`ROYALE WARISAN ni. Along berani katakan, MEMANG SEDAP. Bukan nak BODEK, tapi ini MEMANG REALITI. Harga bagi KAMBING BAKAR ini adalah RM5.00 untuk 100 GRAM dan RM10.00 untuk 200 GRAM. Bagi peminat DAGING, tidak kisah lah sama ada daging KAMBING mahupun LEMBU, korang mesti CUBA KAMBING GOLEK yang di jual oleh BROTHER-BROTHER dalam gambar tu. TETAPI! Kalau korang rasa tidak puas hati, itu bukan salah Along ok? Sebab citaRASA kita kan berbeza.

Jadi, Apa tunggu lagi? Kenapa masih membuang masa lagi? Memandangkan HARI INI dan ESOK adalah HARI SABTU dan AHAD atau lebih tepat lagi, HARI CUTI di HUJUNG MINGGU, Datanglah beramai-ramai ke iCEPs11 yang berlangsung di kawasan luar TESCO NILAI dari JAM 8.00 PAGI - 10.00 MALAM. Datang jangan tak DATANG!


Salam Ukhuwah,,,
Adios...
MAASSALAMAH...


psst : Geng-geng blogger tu, mana yang BERKELAPANGAN, pakat mailah turun NILAI, meraikan PROGRAM ni. Kalau turun tu, beritahulah. MAna tahukan,kita boleh BERJUMPA. CC: BONDEPCL,  Kak AnaKak Ain dan lain-lain

10 orang telah tinggal komen: