Permulaan Hari Baru!

Saturday, January 03, 2015 Rahim Aim21 2 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Tahun baru adalah permulaan hari baru buat semua (Actually, ianya lebih kepada tahun Masihi). Tapi dalam islam, ianya juga adalah berdasarkan tahun baru Maal Hijrah yang kita lalui tiap-tiap tahun... (Jangan terkeliru)...

Let`s Flash Back about 2014 first.....



Ok 2014 adalah tahun yang agak menarik bagi aku, (actually, tak adalah menarik mana)... Tapi, boleh-boleh lah dikatakan menarik.

1) POINTER SEM 2 YANG SYOK

------ Tak perlu tahu berapa rasanya... yang penting masih tak mencapai 3.5, tapi, meningkatlah dari sem 1... Ahha



.::NO PICTURE FOR THIS::.



2) DAPAT KERJA SAMBILAN

----- Ok, kerja sambilan ni ada yang aku dapat sebelum bulan puasa, ada yang aku dapat waktu bulan puasa. Agak menariklah sebabnya, pekerjaan tu benda yang aku agak minat dan "Ayah aku yang carikan aku kerja tu. Tengok gambar dekat bawah ni :

i)
Tempahan kad jemputan kahwin

Syok waktu ni sebanya banyak juga aku peroleh duit daripada buat kerja ni. Dan duit tu pulak cepat je meluncur keluar dari simpanan aku setelah aku pulang ke USIM... Sadis sungguh

ii)
Upah buat dan masak ketupat

Yang ni pulak, aku nak ucap ribuan terima kasih buat emak aku kerana serahkan semua upah buat adn memasak kepada aku ( Upan bermakna duitlah). Walau hakikatnya emak aku banyak membantu sepanjang proses nak siapkan ketupat-ketupat tu.

3) AKU HASILKNA SHORT FILM DENGAN ADIK BERADIK AKU

--------- Video tu tak berapa nak menjadi lah sebenarnya, tapi, korang boleh tengok video aku tu dekat bawah ni.... Alhamdulillah,,,, 200 lebih jugaklah viewnya... Ngeeeee.

#15 - Sketsa Puasa Raya


Sebenarnya ada lagi satu short filem aku yang agak berjaya di mata aku... Kat bawah ni videonya :

Short Film - Husnus Dzhon

Dan... Sebenarnya juga, ada lah beberapa video yang lain aku buat.... Alang-alang dah tengok video kat atas ni, Jemputlah melakukan eksplorasi ke dalam Youtube Channel aku..... Muehehe

4) AKU DAN DSLR EOS 600D

Yang ni pula adalah hasil daripada aku merayu dekat EMAK BAPAK aku... Itupun sebabnya aku ada satu subjek sem ni iaitu subjek Fotografi. Kalau tak ada subjek tu, memang taklah kan diorang nak bagi duit untuk aku beli benda ni. Sunguhpun bukannya DSLR yang first hand, tapi  kondisi DSLR tersebut tetap ditahap yang terbaik dan memuaskan...



) BERTEMU MENTOR

Ini adalah perkara terbaik yang aku lalui sepanjang tahun 2014.... Dan yang paling menariknya, ianya berlaku di penghujung tahun 2014 yaws!!! Yeah!!! Angan-angan jadi impian, Impian jadi cita-cita( Bak kata Joe Flizzow dan Sonaone dalam lagu - Apa Khabar) Giler Bak Hang ( Aku bukan orang utagha....)

This is my mentor yaws!!! The one and only :

AmanWan dan aku selepas bengkel komik yang 
aku kucar kacirkan jadi sesi perkongsian vlogging..


Perasaan gembira yang tak terkata, tapi terluah juga di dalam Vlog terbaru aku... Nak tahu? Tengok video dekat bawah ni :

#18 - Bertemu Mentor

Herm... Aku pun taknaklah cerita panjang tentang TAHUN @)!$ (2014) yang dah berlalu tu. Sekarang ni, aku nak tumpu pada tahun 2015 pulak. Aku sedang cuba untuk berjinak-jinak untuk jadi penulis di bawah Syarikat Blink. Eh, tak! tak! Aku belum lagi jadi penulis untuk syarikat tu, Aku saja nak cuba bakat. Manalah tahukan kalau-kalau penulisan ataupun idea aku diterima oleh mereka. Hehehe.

Aku nak mengorak langkah kecil di tahun baru ni dengan harapan, segalanya bertambah baik buat diri aku tahun ni. Begitu juga buat mereka yang mengenali aku :)... Aku harap kita semua terus bersahabat, berkawan dan juga berteman sehingga ke syurga... AMIIIIN....

QUOTES :

Bila kita bersama orang hebat,
Kita akan rasa hebat....


Adios....... Massalamah................... CHOW!!!

2 comments:

  1. siapa AmanWan tu? x kenai. hahahhaa. wah, vlogging juga eh.. rajinnya. saya buka youtube layan hindustan je. nanti saya tengok okay :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Amy J ernak tengok tak iklan gangster? Hurm.. mungkin tak pernah kot.. Macam mana ek along nak terangkan? AmanWan adalah seorang pelukis komik dibawah syarikat penerbitan BLINK BOOK, seorang vlogger dan juga blogger... ahha... Dah kenal>ekeke...

      Delete