BIMBO : Maksud yang tersirat

Thursday, April 23, 2015 Rahim Aim21 12 Comments

BIMBO 

Maksud yang tersirat

Bismillah...
Alkisah...

ihsan : GOOGLE


Assalamualaikum dan salam maghrib buat anda-anda semua..... Sama ada lelaki mahupun perempuan.. Yang sudah berkahwin mahupun belum. Yang tengah makan mahupun minum. Salam ceria buat anda-anda semua. :)..

Maaf atas perenggan pertama yang terlalu FORMAL GILA.. hehehe... Ok, Jom kita berbicara atau menulis tentang BIMBO. BIMBO ni mengikut kamus DBP edisi ke-4, maksudnya adalah... tak ada maksud pun, Hahaha... Sebab perkataan BIMBO ni bukanlah perkataan yang asalnya daripada bahasa melayu. Tapi ianya adalah suatu frasa yang berasal daripada perkataan inggeris yang membawa maksud "an attractive but empty-headed young woman" (berdasarkan google translate) atau ayat mudah dalam Bahasa Melayu kita boleh katakan, BIMBO adalah seorang perempuan yang menarik ( mungkin dari segi kecantikan/ berpewatakan yang menarik) tetapi dalam masa yang sama, seorang yang kurang bijak dan mudah diperdaya.

Aku yakin dan pasti, ramai yang masih kurang faham apakah maksud yang tersirat di sebalik perkataan BIMBO ni sebab aku sendiri sebenarnya masih kurang faham. Tapi, aku cuba untuk berkongsi serta menulis maksud yang tersirat berkaitan dengan perkataan ni mengikut kefahaman aku.( Kalau aku salah, tolong betulkan tahu?)

Percaya atau tidak, Perempuan yang BIMBO ni, kedudukan mereka terletak dikalangan kaum yang majoriti. Manakala bagi yang tidak BIMBO ni, hanyalah sebilangan kecil iaitu minoriti. Perempuan mana tidak suka dipuji oleh lelaki? Perempuan mana tidak suka di pandang tinggi oleh lelaki? (Bukan dari sudut tinggi mana ketinggian tubuhnya) Perempuan mana yang tidak sukakan hadiah pemberian lelaki? Perempuan mana yang tidak suka bila dibelai manja oleh lelaki? Perempuan mana yang tidak suka makan ais krim cornetto, cokelat Ferrero Rocher dan juga makan secara percuma disebabkan oleh lelaki belanja? Jika wujud perempuan yang tidak suka perkara di atas, TAHNIAH! Anda berada di kalangan kaum minoriti....

Persoalan-persoalan di atas sekadar refleksi diri buat anda-anda semua yang bergelar perempuan. Anda perlu tahu, di mana batasnya pergaulan yang sepatutnya anda jaga di antara anda dengan para lelaki yang berada di luar sana. Mungkin, pada asalnya anda seorang yang menjaga pergaulan, menjaga tangan suci anda daripada disentuh mahupun di pegang oleh lelaki-lelaki yang berada di luar sana, namun, kerana pujuk rayu lelaki, kerana kata-kata manis seorang lelaki, anda akan serahkan segalanya. Anda kena ingat semula, pembahagian nafsu dan aqal. 9 nafsu untuk perempuan, manakala 1 nafsu sahaja untuk lelaki. 1 aqal untuk perempuan manakala 9 aqal untuk lelaki.

Sebab itu tidak hairanlah, kebanyakan perempuan yang cantik di luar sana, Ber-TEMAN LELAKI-kan lelaki yang kurang segak mahupun kacak. Ada pula yang bertudung, tetapi, batasan pergaulan, batasan yang sepatutnya dijaga seperti pegang tangan, peluk dan sebagainya tidak di jaga walaupun status anda dan si dia sekadar TEMAN LELAKI DAN PEREMPUAN ataupun TUNANG. Anda perlu ingat, andai lelaki tersebut benar-benar sayang anda dan ingin bawa anda ke sebuah gerbang pernikan yang bakal membimbing anda-anda semua ke syurga, lelaki tersebut sendiri yang akan jaga batasan pergaulan di antara dirinya dan anda semua yang bergelar perempuan.

Jangan mudah cair dengan kata-kata lelaki mahupun pujuk rayu lelaki. Jangan mudak termakan pujian. Jangan mudah cepat rasa diri disayangi oleh lelaki tersebut. Jangan mudah menyerahkan mahkota terpenting anda sebagai seorang perempuan mahupun jangan mudah membiarkan lelaki menyentuh kulit anda. Kerana dari sentuhan, perkara buruk lain pula akan anda lalui.

Mungkin anda tidak sedar, anda sebenarnya BIMBO dengan cara anda yang tersindiri. Mungkin dengan anda membaca aritkel yang aku tulis ni, anda baru sahaja tersedar dari mimpi yang panjang atau anda masih hanyut dan hidup di dalam realiti ciptaan anda sendiri. Siapa tahu kan? Aku sekadar seorang pemulis yang berkongsi cerita melalui penulisan. Sama ada memberi kesan ataupun tidak terhadap hati dan jiwa korang, yang tu aku tak tahu. Anda tahu anda cantik, tapi ingat, jangan sekadar cantik luaran, tapi kosong dari sudut pemikiran. Jangan jadikan diri anda BIMBO sama ada sengaja mahupun tidak. Jadilah ibarat MAWAR YANG BERDURI, sukar dipetik mahupun disentuh. Jadilah ibarat BUNGA YANG TUMBUH DI TAMAN LARANGAN, sukar untuk di dapati mahupun di miliki.



ADIOS dan selamat malam... MAASSALAMAH....

12 comments:

  1. ada juga yg berlagak bimbo sbb nak nmpk kiut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi, kebenyakan lagak BIMBO para gadis di luar sana.. memakan diri... :)..

      Delete
  2. oh, tu rupanya maksud bimbo.. hahahha. baru kutahu.. memang ramai ler gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Along tahu pun sebab ada tengok video ni kak FB... Video Dewi Remaja tentang BIMBO.... Tu yang along kaji sikit tu maksud BIMBO..ahha

      Delete
  3. oo gitu...ingatkan amenda la bimbo ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah tahu kan? Kongsikanlah dengan kawan2 yg lain agr sama2 tahu :)

      Delete
  4. kalau bimbo untuk perempuan
    klau lelaki pula ada x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika anda google maksud BIMBO... memang ianya merujuk kepada wanita. Kerana ianya istilah yang datangnya dari perkataan inggeris.. :)

      Delete
  5. kalau macam tu, mmg nampak la bimbo, bersepah, tapi x semua jgak
    sebab kalau teman lelaki xada rupa, x semestinya prempuan tu bimbo,
    tapi,
    sebab lelaki tu kayaaaaaaaa,
    hahahahahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Hahaha... macam Along kata.. kebanyakannya... Tapi tang kaya tu, dah jadi perempuan materialistik dan mata duitan lah pula.. haha..

      Delete
  6. Ohhh baru tahu maksud Bimbo.. hehe.. thanks atas perkongsiannya..

    ReplyDelete