Mahasiswa & Hutang

Friday, April 24, 2015 Rahim Aim21 6 Comments



Assalamualaikum dan salam jumaat buat anda-anda semua yang berada di luar sana. Bagi yang bergelar lelaki tu, jangan lupa untuk pergi solat jumaat nanti. Bagi yang bergelar perempuan pula, jangan duk mengada nak jadikan diri anda ibarat setaraf dengan lelaki dengan mewujudkan jamaah sendiri lalu bersolat jumaat beramai-ramai. TAK PERLU dan TAK BOLEH ok? Sebab realiti zaman sekarang, wujudnya golongan perempuan yang ingin setaraf atau lebih tarafnya daripada golongan lelaki. Sama ada dari sudut agama mahupun kehidupan seharian.

Tak apalah. Isu dekat atas kita tolak jauh-jauh buat sementara waktu. Lagipun, langsung tak da kena mengena dengan tajuk entri yang aku cuba ketengahkan hari ini. Mahasiswa dan Hutang, berpisah tiada. Realiti atau sekadar tuduhan melulu yang tidak berasas? Atau sebenarnya ia adalah hakikat yang berat sebenarnya untuk kita terima tikala kita telah bergelar graduan?



Mengikut pandangan aku, dari kaca mata aku sendiri, hampir 90% (atau lebih) mahasiswa di seluruh Malaysia yang belajar di IPTA (aku tak tahulah yang belajar di IPTS macam mana kehidupan diorang kan), adalah pelajar yang BERHUTANG, aku ulangi pelajar yang BERTENANG BERHUTANG!!! Dan hanya sebilangan kecil sahaja iaitu kurang daripada 10 peratus pelajar yang memperolehi biasiswa dan juga di tanggung sepenuhnya oleh FAMA, atau lebih tepat lagi FATHER + MOTHER, atau kita boleh guna ayat mudah keluarga menanggung sepenuhnya perbelanjaan mereka sepanjang mereka menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar di Universiti.

Aku sendiri terlibat dengan hutang. Hutang yang aku sendiri cari. Kalau PTPTN normally mereka yang cari pelajar, tapi kalau macam aku pulak, aku BERHUTANG dengan yayasan Negeri dengan cara aku memohon serta menghadiri temu duga yang telah ditetapkan oleh pihak yayasan Negeri. Kita tolak tepi cerita di perenggan ni dan kita teruskan dengan tajuk utama yang aku cuba ketengahkan.

Mahasiswa ataupun pelajar ni, mudah alpa dan leka dengan sumber kewangan hasil daripada pinjaman HUTANG yang diberikan oleh badan-badan tertentu kepada mereka ( Bukan tubuh badan). Sebagai contoh, aku ada seorang kawan. Awal semester, setelah yuran pengajian dan asrama ditolak daripada PTPTN yang dia pinjam/hutang tu, baki duit tersebut boleh dikatakan masih banyak untuk dia gunakan. Namun, tidak sampai sebulan/2 dua bulan, keseluruhan duitnya yang bernilai hampir RM2XXX, habis begitu sahaja. Seolah-olah tiada langsung rasa bertanggungjawab dalam mengguna pakai sebaik mungkin duit yang diterimanya itu. Pulak tu, duit tu kebanyakannya habis diguna pakai ke arah sesuatu yang tiada kaitan dengan pelajaran. Di mana integriti kita sebagai seorang Mahasiswa ataupun pelajar?

Aku sendiri bukanlah insan yang sempurna, kadang-kadang, ada juga guna duit yang aku HUTANG tu ke arah yang tidak sepatutnya. Tapi, bezanya, aku tetap dapat hidup menggunakan sumber kewangan tersebut sehingga tamat semester. Bukti? Aku tiada bukti. Nak percaya atau tidak... Terpulang :)

Memang sekarang kita tidak rasa, Apa yang kita tahu, HUTANG yang kita guna selama ni, ibarat sumber kewangan yang memberi kita nikmat syurga duniawi yang tidak terkata sebagai seorang pelajar. Nanti bila dah graduasi dan bekerja, kebiasannya baru kita akan rasa azabnya dunia untuk membayarnya semula (Bergantung pada tahap pekerjaan / pengangguran)... Sebenarnya HUTANG ni tidaklah semudah A,B,C mahupun 1,2,3 dari aspek pengelolaannya. Kita perlu bijak dan pintar dalam mengelolakan sumber kewangan yang sementara ini dengan sebaiknya agar kita tidak menyesal di kemudian hari.

Adios para PENGHUTANG semua, MAASSALAMAH.......................

6 comments:

  1. Btol tue..tambahan dengan gst ni..makin banyak hutang kita kan..jadi kena la amik inisiatif lain..meniaga ke atau berjimat cermat..elakkan beli barang yang xperlu..
    ..
    singgah blog saya ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak.... Nak tolak GST,,,, GST dah pun dilaksanakan... nak tak nak..kena hadapinya jugak.... Sebagai pelajar.... kami memang perlu berjimat cermat.... disamping jana pendapatan kami sendiri..bukan setakat mengaharap duit pinjaman semata... :)

      Delete
  2. hello. IPTS pun mestilah lagi banyak hutangnya.. kan lagi mahai.. hahahaha. korang satu sem baru 2k max. ktorang satu sem 6k kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wuhuhuhu.. yang tu tak nafikanlah...tapi, IPTS ni pinjaman dia macam mana ek kak? Ley wat pnjmn PTPTN ke?huhu

      Delete
  3. zaman GST ni lagi... adoii entah lah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula.... huhu.. mujur setakat ni.. kedai makan, tak mengenakan GST...

      Delete