Tak menjadi

Sunday, April 19, 2015 Rahim Aim21 2 Comments



Assalamualaikum dan selamat kembali ke blog yang aku sendiri telah lama tinggal tanpa sebarang karya penulisan sama ada dari segi kara yang berilmiah ataupun karya yang mempunyai sedikit sisi gelap seperti merapu yang tidak membawa sebarang erti. Kenapa baru sekarang aku kembali? Saja, suka-suka. Sebab aku sendiri tidak tahu, apakah ini coretan terakhir, apakah ini coretan yang akan buat aku hilang semula buat sementara waktu dan kembali semula sebagai seorang penulis blog entah bila waktunya akan tiba pada masa mendatang, atau ianya sebagai suatu permulaan baru di ketika berbeza. (Dah masuk lagu apa khabar pula tetiba.. ngeh2)



Aku ni, tak delah dikenali ramai, sehinggakan penulisan aku dikongsi(share), disukai(like) dan di komen(Comment)--- (Tak dak beza.. haha)... Tapi aku memang suka berkongsi cerita dari aspek penulisan dan juga aspek v-logging. Bab v-logging tu tolak tepi lah. Huhuhu... Sebab jujur aku nak buat pengakuan. Aku suka bila karya aku disukai, dikenali dan dikongsi oleh korang-korang para pembaca dekat luar sana, sama ada aku kenal mahupun tidak. Tapi, masalahnya, entahlah. Aku pun belum kaji sepenuhnya apa masalah yang aku hadapi... Herm..



Sebenarnya, yang aku tulis dari tadi, 2 perenggan yang tanpa ada hala tuju kaitannya dengan tajuk, sekadar pembukaan dan kata alu-aluan setelah sekian lama jari jemari tidak menaip sebarang perkataan di laman blog sendiri ini. Tak kesahlah, dari sudut entri yang bermanfaat mahupun tidak. Yang penting aku dah lama tidak menulis dekat sini! Rindu GILOWS nak menulis menaip.

Perenggan dekat atas pula membuatkan lengkaplah 3 perenggan merapu aku untuk hari ni. Sebenarnya POINT penting yang aku nak sampaikan dekat sini, satu sahaja. Perancangan manusia itu tidak sehebat perancangan penciptanya. Dalam konteks orang islam, pencipta kita adalah Allah yang maha esa. Ke kita ada pencipta yang lain? Mustahil ada bukan? Kerana ianya realiti yang akal kita tidak boleh menyanggahnya.

Dan tatkala perancangan yang kita rancang selama ni tidak menjadi atau kurang menjadi, kebanyakan dari kita pasti akan menyalahkan takdir. Bagi yang berfikiran waras pula, pasti akan menggganggap ianya takdir yang perlu dihadapi, bukannya takdir yang perlu dipersalahkan. Macam aku sendiri, baru-baru ni, banyak juga perkara yang sedikit tidak menjadi, atau aku boleh katakan, serba tidak kena berlaku dalam hidup aku. (Kenapa aku cakap FORMAL sangat ni? Grrr)...

Apa masalah yang aku hadapi tu, tak perlu rasanya aku kongsikan dekat sini. Aku ni sekadar manusia biasa, yang takkan terlepas daripada menghadapi ujian hidup, kepayahan hidup serta kesusahan hidup yang sebenarnya mengajar aku erti dewasa, erti matang dan juga erti terus asa. Memang takkan semua benda menjadi seperti apa yang kita harapkan. Memang takkan semua benda akan berlaku mengikut kehendak kita. Memang tak lah kan?

In the nut shell(yang tak berapa nak keras), kita merancang dan laksanakan mengikut kadar mampu kita. Selebihnya kita serah kepada Allah yang maha kuasa, yang maha mengetahui segalanya.


Adios.... Maassalamah bloggers, readers and also youtubers!!!

2 comments:

  1. buat sahaja semuanya slow slow... ikhlas dalam menulis.. tulis ikut apa ada dalam hati kita, bukan tulis sebab nak popular.. baru orang suka. sebab tulis kerana nak popular, memang kita tulis caca marba je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas kata2 tersebut Kak Amy J... Tulah.. kadang2 niat ni tertukar, hati pula menjadi khilaf... Mungkin sebab tu kadang2 rasa down datang bila tengok apa kita tulis, kurang mendapat perhatian daripada manusia.

      Delete