Wonka Mocha

Wednesday, April 29, 2015 Rahim Aim21 6 Comments

Assalamualaikum pembuka bicara,
Lafaz Bismillah pemanis kata....

Assalamualaikum kepada anda-anda pembaca blog aku yang serba indah ini... Mari kita panjatkan selawat serta salam ke atas rasul junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. Selamat pagi buat semua peniaga air tebu, air kelapa dan juga air jambu batu. Tidak lupa juga buat para penganggur yang sedang mencari kerja setelah beberapa tahun bergraduasi daripada Universiti mahupun kolej dek kerana kurangnya peluang pekerjaan yang di zediakan pada zaman sekarang.



Aku nak berkongsi kisah semalam. kisah WONKA MOCHA (sila baca MOCHA versi bahasa melayu..)... jika anda taip di google.. pasti gambar2 berikut yang akan perolehi...



Dan berbagai lagi gambar seperti gambar-gambar di atas yang akan anda perolehi hasil daripada carian google image.. Apa Wonka Mocha ni sebenarnya ya?? Begini ceritanya... ikuti dan bacalah dengan tenang jalan cerita di bawah ni :

Cerita ni berkisar semalam. Dalam pukul 12 lebih macam tu (waktu malam)... Aku terasa kehausan sangat-sangat. Tekakku perlukan air manis sebelum tidur. Jadinya, aku pun merancang untuk pergi ke 7-eleven untuk membeli air. Kebetulan teman serumahku, mintak tolong aku ambilkan gambar dia terlebih dahulu untuk program yang bakal dijalankannya pada semester hadapan. Setelah tamat sesi fotografi... Bermulalah dialog baru diantara kami :

Aku            : Aku nak pergi 7-e ni, nak beli air. Kau nak order apa-apa tak?
Aiman        : Aku nak order air kopi
Aku            : Mana ada kedai yang masih bukak malam2 buta macam ni.
Aiman        : Kau tak tahu ke 7-e ada jual air kopi???
Aku            : ???
Aiman        : Wonka Mocha (Mocha slang melayu)
Aku            : Air apa tu man? Tak pernah dengar pun.
Aiman        : Meh sini aku tunjuk dekat kau (Sambil cari google image bagi kopi tu)
Aku            : Lain macam je? (Sebab gambar yang keluar adalah seperti gambar di atas)
Aiman        : eh! salah-salah.
Aku            : Wonda coffee ke?



Aiman        : Hah! yang tulah (Sambil tangan terus menulusuri internet cari pasal kopi tu
Aku            : Hahaha(hanya mampu gelak)
Aiman        : Aku nak yang ni tahu. Perisa mocha( still guna slang melayu.. sambil tunjuk tin ungu)
Aku            : Hahahahaha.. yela2... (terus gelak dan gelak tanpa henti..

Begitulah dialog kami yang agak romantis gitu... plus chumel... plus macho dan sebagainya.... Begitulah kisah hidup WONDA yang ditukar kepada WONKA... (ekekeke).. Sampai sekarang aku masih tergelak sengsorang disebabkan peristiwa malam semalam :)

So, itu sahaja cerita aku pada hari ini. Semoga kita tergelak bersama disamping memperolehi suatu ilmu baru daripada hasil tulisan aku pada hari ini :)



Adios para peminum kopi WONKA WONDA semua.... Maassalamah....

6 comments:

  1. hahahahaaa... WONKA pun bolehhhh....
    nasib baik tunjuk gambar.. thanks to google image... hehehehee... :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu tak apa kak Ain..google image memang banyak mmbntu... ahha... tapi yang tak boleh bla... Mocha (disebut guna slang melayu..)ekekeke..

      Delete
  2. wonka mocha pun boleh. heheheh. sedap ke air dia? x pernah rasa lagi... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Along pun tak pernah rasa Kak Amy.. entah lah sedap ke idok...haha

      Delete