APABILA API KEMARAHAN DIPADAMKAN OLEH AIR KETENANGAN

Sunday, May 31, 2015 Rahim Aim21 6 Comments

AIR DAN API | SALING MELENGKAPI


APABILA API KEMARAHAN DIPADAMKAN OLEH AIR KETENANGAN


Bismillah...


Gambar Ihsan : INCIK GOOGLE


Assalamualaikum dan selamat petang. Selamat beristirehat di hujung minggu buat anda-anda semua. Along, rasa minggu ni adalah minggu penat sedunia. Entah mengapa, tibuh rasa penat sangat, rasa seolah-olah tidak pernah rehat dalam tempoh jangka masa yang lama. Padahal, setiap hari boleh dikatakan hari rehat sedunia bagi Along untuk seminggu ini, Entahlah kobis, (pengganti bagi labu) Along pun tak tahu. Tapi!!! Cerita hari ini, tiada kaitan dengan perenggan pembukaan Along pada hari ini. Langsung tiada kena-mengena.. Hehehe.


Mari kita ambil contoh, API, jika tambah API jadi apa? API kuasa dua, betul tak? Yang membawa maksud, API tu akan terus marak dan marak, sehinggalah wujud AIR yang boleh meredakan / memadamkannya. Andai lah wujud kan? Kerana, amat sukar memadamkan API yang telah melebar luas KEMARAKKANNYA. Melainkan, ada suatu banjir BESAR yang mampu menangani serta memadamkan api tersebut.

Bagaimana pula dengan AIR? Jika AIR bertemu AIR? Nampak macam BAGUS bukan? Seolah-olah nikmat sahaja hidup di dunia ini kerana AIR tidak mungkin merosakkan bumi sebagaimana API. Tetapi, Sebenarnya, ANDA, KITA termasuk ALONG silap dalam membuat penilaian tersebut. AIR bertemu Air adalah BANJIR BESAR. Kenapa? Mengapa dan Bagaimana boleh berlaku seperti itu? Mari kita kaitkan dengan kehidupan kita sebagai manusia.

Api kemarahan, andai di cucuk-cucuk, andai di tambah lagi dengan api kemarahan. Semestinya, seseorang itu akan hilawang kawalan terhadap kemarahannya. Itu realiti yang semua orang tahu. Tapi, bagaimana dengan air ketenangan? Apakah kita sudah lupa? JANGAN DI SANGKA AIR YANG TENANG ITU TIADA BUAYA. Apabila Air ketenangan, bertemu Air ketenangan, KESELESAAN serta CHEMISTERY antara manusia mula dirasai. Andai sahaja, kedua-dua belah pihak jujur, dan air ketenangan merupakan suatu realiti, bukannya hipokrit yang dipendam di dalam hati.

Kadang-kadang, kita terlalu ingin menjaga hati orang-orang di sekeliling kita, dengan cara bersikap tenang tetapi, dalam masa yang sama, menyembunyikan usaha sedaya upaya, menyembunyi kesedihan yang kita alami. Sikap yang ni memang bagus pada maat kasar kita. Tapi, akan tiba dan sampai satu tahap, kebanyakan orang yang bersikap begini, akan menghadapi tekanan dalam hidup, dek kerana perasaan sendiri yang sering bercelaru.

Ada pula, diantara kita, yang punyai agenda tersendiri. Seperti menjadikan sikap air yang tenang, sebagai suatu PLATFORM untuk mendapatkan kepercayaan dari pihak lain, di samping merancang STRATEGI lain iaitu MENGKHIANATI pihak tersebut bila tiba masanya nanti. Sikap yang ini pula, sudah jelas tidak perlu bersuluh. Sikap yang sememangnya, tidak sepatutnya, wujud di kalangan mereka yang bersikap tenang seperti air ini.

Secara ironi dan konklusi, tanpa perlu diragui. API dan AIR adalah dua elemen yang saling melengkapi. Apabila API kemarahan MARAK, AIR ketenangan lah yang akan memadamkan secara perlahan-lahan API kemarahan tersebut. Bagaimana pula dengan AIR? AIR, kalau terlalu tenang, API pula akan susah hati. Maka, Api akan mula bertindak NAKAL supaya air mula sedar dan bangun dari tidur yang panjang, sedar akan hakikat dan realiti kehidupan manusia yang sering berubah-ubah. API akan dengan sengaja, menimbulkan sedikit kemarahan dalam diri AIR agar AIR berhati-hati dalam menjalani liku-liku kehidupan.


SEKIAN.....

ADIOS~......................MAASSALAMAH...........................


6 comments:

  1. Perkongsian yang baik Along
    #clickclicknufnang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih sudi singgah Kak Azi.... :)..

      Delete
  2. betul tu along...klu dah api tu siram dengan air la...xkan tambah api..nanti makin besar apinya...hihihhi

    ada typo di situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Typo? Ada ea? buat2 tak nampak dah la ye..hehe

      Delete
    2. Kak Mas dah macam UPIN dan IPIN da..hehe

      Delete