Dari Nilai ke Putra - PBAKL 2015 yosh!!! - Part 2

Tuesday, May 05, 2015 Rahim Aim21 14 Comments

Assalamualaikum dan selamat malam buat para pengunjung PBAKL 2015 semua, tidak kira tua mahupun muda. Tidak kira bangsa mahupun warna kulit. Tidak kira orang Malaysia mahupun orang luar negara. Tidak kira juga yang pergi sekali mahupun berkali-kali. Begitu juga, tidak kira juga buat mereka yang tidak berkesemptan untuk pergi. Selamat malam dan semoga bergembira di samping keluarga tercinta.

Seperti yang along janjikan, along telah hadir buat kali yang kedua ke PBAKL 2015, pada hari yang terakhir iaitu hari ini, 3 MEI 2015. Atas pelbagai tujuan. Ingin berjumpa dengan beberapa orang yang along kira along perlu jumpa. Apa nak jadi,jadilah. Yang penting along perlu bersua-muka serta bertegur sapa dengan mereka. Dan Alhamdulillah, along dapat lebih daripada apa yang along nak.

Along sebenanrnya, memang ada niat untuk berjumpa penulis blog lain seperti BONDE RIANG dan juga Shairazi Azlin. Tapi, apakan daya, hanya Shairazi Azlin aka Razi aka Raji aka Razzwey sahaja yang along berkesempatan untuk jumpa. Along tidak berkesempatan untuk berjumpa serta bersua muka dengan bonde riang. Maaf ya bonde?

Tapi, Alhamdulillah, dalam kesamaran berjalan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 tanpa hala tuju, Allah telah pertemukan along dengan salah seorang pelukis Komik M iaitu saudara Bophairy Baharom.  Along tahu, mungkin ada yang kenal juga tidak kenal dengan mereka-mereka yang along sebut dari tadi. Tidak mengapa, Selepas ini, gambar akan menceritakan segalanya.


Along juga berkesempatan berselfie serta bertemu dengan VLOGGER terkenal tanah air kita iaitu Ini Anwar Hadi yosh!!! Tidak disangka-sangka akan pertemuan tersebut boleh berlaku pada hari terakhir PBAKL 2015. Ada juga Vlogger lain yang along jumpa iaitu Aman Wan dan juga pelakon daripada channel youtube yang bertajuk AMAMI iaitu Afham Shah dan juga Ieka Ami.... Terbaik hari ini.

Selain itu, sebelum gambar pula menjadi pencerita, Along berkesempatan berjumpa dengan hampir kesemua tenaga kerja Blink Book sama ada penulis mahupun pelukis. Kesemuanya Havoc2 dan gempak2..... Tanpa membuang masa lagi, biar gambar menceritakan segalanya...






















Semua gambar di atas adalah segala macam ragam yang Along alami sepanjang hari terakhir berada di PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2015. Alhamdulillah dan ucapan terima kasih yang tak terhingga buat semua insan yang sudi bergambar, bertemu, menanda tangani karya mereka sendiri yang along BELI serta meluangkan masa bersama walaupun dalam tempoh yang singkat. pelbagai pengalaman menarik along dapat lalui. Penat lelah, sakit kaki berjalan, sumber kewangan yang keluar bagaikan sungai yang mengalir tatkala berbelanja sakat sehingga tidak ingat dunia (Akhirat masih di ingati) sangat-sangatlah berbaloi.

InsyaAllah... Pada ENTRY yang akan datang pula, along akan REVIEW satu persatu buku, mengikut BOOTH buku yang along beli di PBAKL 2015 baru2 ni... 20 BUKU KESEMUANYA dan harap dapatlah along review dalam masa yang singkat :)...


ADIOS dan SELAMAT TINGGAL PBAKL 2015.......... MAASSALAMAH....

14 comments:

  1. Banyak lettew borong buku. Jeles betul T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak.. 20 buku kesemuanya Kak Inani... tq sbb jelez..hehe

      Delete
  2. wahh bestnya along... teringin nk pgi hari tu.. tapi dah balik kg.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..tak pe angah... nanti tahun dpn ada lagi..smpan duit tu tuk gna pada PBAKL yang akn datang :)

      Delete
  3. shopping sakan along..hehehe..terpancar kecerian dalam gambar2 tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak sakanlah kak khaty..boleh dikatakan duit yang keluar tu bagaikan air terjun niagra yang bergerak laju....tanpa henti...ahha

      Delete
  4. along buat la buku. bisnes buku plak lps ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah abang ewan... Perancangan tu memang dah ada... tinggal bentang, dan dapatkan green light dri publisher... Doa2kan ya?

      Delete
  5. Replies
    1. seronok sgt2..... memborong tak ingat dunia... rasa bahagia sangat dapat hidup dalam dunia yang dipenuhi buku

      Delete
  6. ahahahahha cute giler beg tu ada teddy bear.. alonggg kau nih hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahahahha... Beg tulah yang along bawa pi kelas hari2 Kak Eny..hehe... koala kecik tu hadiah dari mmbr along... dia bli kat Australia haritu :)

      Delete