Mari Berdoa Sebelum Dan Selepas Tidur

Wednesday, May 20, 2015 Rahim Aim21 8 Comments

DOA SEBELUM TIDUR | DOA BANGUN TIDUR


Assalamualaikum, selamat malam dan selamat pengantin baru buat mereka yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Selamat malam juga, buat para ibu yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan segala macam kerja harian di rumah seperti melipat kain, menggosok baju, menyidai baju juga membasuh baju. Tidak lupa juga, ucapan selamat malam diberikan buat semua yang sudi menyinggahkan diri ke blog Along yang serba kekurangan ini. Khususnya, buat Family #EFG yang sering Along kagumi.

DOA SEBELUM TIDUR DAN DOA SELEPAS TIDUR


Doa selepas tidur


Kadang-kadang, kita sering terlupa dan alpa. Mengangkat serta menadahkan tangan, ke hadrat ilahi, sebelum dan selepas kita bangun dari tidur. Perkara yang tersangat mudah, namun berat untuk di lakukan. Apa salahnya kan, mulai hari ini, detik ini, malam ini sehinggalah selamanya. Kita mengamalkan kedua-dua doa di atas mengikut waktunya. Along tidak menafikan, bahawa Along sendiri kadang-kadang terlupa, terlupa untuk mengingati Allah melalui doa.

Mungkin, berdoa sebelum tidur itu mudah, namun percayalah, berdoa selepas bangun daripada tidur itu sesuatu yang payah untuk kita amalkan. Dengan mata serta minda yang separa sedar. Dengan perasaan diri yang masih bermalas-malasan di hamparan tempat tidur, pasti sahaja, kebanyakan dari kita akan bangun dari tidur, menuju ke bilik air tanpa membaca doa selepas bangun daripada tidur. Tidak percaya? Tanya diri anda sendiri.


Adios rakan-rakan semua..... MAASSALAMAH...........

8 comments:

  1. perkongsian yang baik Along, In Shaa Allah bersama kita amalkan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Kak Ana :).. Semoga kita sentiada mengingati Allah dalam apa jua yang kita kerjakan :)

      Delete
  2. perkongsian yang baik insyaallah mendapat ganjaran

    ReplyDelete
  3. bagusnya along share ni. hehehehe. maceh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Came2.... moga kita smua dapat manfaat daripada perkongsian Along ni :)

      Delete