Kenapa dia dan bukannya aku?

Saturday, May 30, 2015 Rahim Aim21 4 Comments

PERSOALAN MINDA | PERSEPSI DIRI


Kenapa dia dan bukannya aku? 




Gambar Ihsan : PAKCIK GOOGLE


Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam ukhwah dan salam perkongsian ilmu. KENAPA DIA DAN BUKANNYA AKU? Suatu persoalan minda, suatu persepsi diri yang sering kali mengganggu-gugat perasaan yang sering diambang kecelaruan identiti diri dek kerana sifat cemburu dan sifat iri hati yang sering hadir dan wujud dalam kotak fikiran manusia hasil daripada ketidak puas hatian yang tinggi dalam jiwa mahupun raga. (Madah pujangga melampau tahap infiniti dicoret untuk semua).

Along rasa, persoalan yang Along timbulkan ni, adalah realiti yang di alami kita, dan mereka. Mengapa? Kerana kita manusia BIASA, tak terlepas daripada rasa IRI HATI, HASAD dan juga DENGKI. Pantang nampak orang lebih sedikit daripada kita, pasti kita akan rasa ketiga-tiga perasaan tersebut dalam diri.

Potongan ayat AL-QURAN di atas, jelas menyatakan bahawa, kita yang perlu ubah diri kita, kita yang perlu memaksa diri, berusaha ke arah suatu kehidupan yang lebih baik. KITA!!! Bukan mereka. Allah sekadar menunjukkan jalan, tetapi kita! Kita yang kena bergerak ke jalan tersebut, menuju ke suatu perubahan yang hakiki. Selagi mana kita hidup dalam KEPOMPONG rasa IRI HATI, HASAD dan juga DENGKI, selagi itu kita tidak akan merasa tenang, selagi itu kita akan kekal dalam keadaan yang rugi.

Pandangkan kelebihan seseorang itu sebagai pemangkin diri, bukannya sebagai pembinasa diri. BINASA dari aspek fikiran dan rohani. Tanamkan dalam minda, "SETIAP ORANG JALANI KEHIDUPAN YANG BERBEZA, PERBEZAAN ITULAH YANG MELENGKAPKAN KITA SEBAGAI MANUSIA". Andai tiada orang kaya di dunia, dan semuanya miskin serta papa kedana, Siapa yang ingin bantu siapa? Andai tiada penjenayah di dunia dan hanya ada orang yang baik-baik sahaja, maka, mengapa Allah wujudkan neraka dan syurga? Persoalan minda, yang sebenarnya, kita sendiri ada jawapannya.

Mari BANGKIT! Ubah persepsi MINDA kita. Mula sedarkan diri akan hakikat, bahawa, TIAP YANG BERLAKU, PASTI ADA HIKMAHNYA. Bukan sekadar ucapan semata, namun ianya pegangan keramat dalam jiwa di susuli dengan kepercayaan pada yang maha esa.

Wallahualam....


Adios...................MAASSALAMAH...............

4 comments:

  1. ha kan..along. Tak baik dengki2 kan...bila nampak kelebihan org kita jadikan pemangkin diri utk lebih ke hadapan sebaris dgnnya atau lebih darinya...tp secara sihat la

    ReplyDelete
  2. ALLAH bagi ape yg terbaik tok Kite.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu kita kena selalu bersyukur apa adanya... :)

      Delete