MEMORI : HARI IBU

Sunday, May 10, 2015 Rahim Aim21 16 Comments

SELAMAT HARI IBU 2015

Assalamualaikum dan selama datang buat para pembaca baru dan juga selamat kembali buat para pembaca lama. Bagi mereka yang belum mandi, jangan lupa mandi secara berpakej (gosok gigi, syambu rombut and so on). Bagi yang belum makan, jangan lupa beli makanan tu secara berpakej ( beli 2 set, satu untuk along.. hehe...)...

Hukum Menyambut Hari Ibu

Setiap tahun, pasti ada HARI IBU dan HARI BAPA, (Tidak Lupa Juga Buat Hari Kanak-kanak Sedunia untuk golongan kanak-kanak seperti along).. Sebelum along memulakan penulisan secara lebih lanjut, korang ni tahu ke hukum menyambut HARI IBU ni? Semestinya ramai diantara kita yang sudah tahu... Kerana telah kecoh di media-media sosial, telah kecoh di dada-dada akhbar,telah kecoh di kebanyakan blog-blog islamik berkaitan dengan hukum menyambut hari ibu ni.

Haram Sambut Hari Ibu



Kenyataan di atas datangnya dari Syed Abdul Kadir Aljoofre pada tahun 2012. 3 tahun yang lalu. Mengikut beliau, "HARAM jika hormat sehari, KURANG AJAR-nya setahun". Memang terbaik jawapan beliau. :)

Segalanya bermula daripada niat suci murni kita. Sebelum-sebelum ni, sebelum pengkajian dibuat, apakah kita tahu, bahawa HARI IBU adalah salah satu hari yang dirayakan oleh orang kafir? Apakah kita tahu atas dasar apa hari tersebut wujud? Siapakah pelopor hari tersebut? Tidak tahu bukan? Kerana sebagai manusia biasa, kita suka ikut sahaja, apa yang baik pada pandangan mata kita. kita akan ikut tanpa usul periksa. Kita akan rayakan tanpa kita persoalkan asbab dan musabab mengapa perayaan tersebut wujud.

Bila sudah timbul isu ini, marilah kita sama-sama susun balik niat kita, perbetulkan semula tujuan kita serta mengingatkan semula hati dan pemikiran kita bahawa sambutan yang kita jalankan sebagai seorang muslim, bertentangan dengan apa yang orang bukan islam sambut. Berbeza dan tersangatlah berbeza.

Berikut adalah sumber berdasarkan PORTAL RASMI FATWA MALAYSIA :

Hukum menyambut hari ibu


Berikut pula adalah video yang pernah along buat untuk emak along suatu ketika dahulu :



SELAMAT HARI IBU... Buat :

1) Emak Along, SAPIAH BTE IBRAHIM, yang along rindui
2) Buat mereka yang bergelar ibu, bonde, emak, umi, mommy, mama dan sebagainya.. khususnya buat warga family EFG : Exchange Feed Group
3) Buat bakal-bakal ibu dalam EFG
4) Buat mereka yang masih single sebagai perempuan (Tetiba)

Itu sahaja rasanya, Along harap, hari ibu bukanlah sehari. Tetapi biarlah disambut, berhari-hari untuk selamanya. Biarlah kita hormat dan sayang ibu kita selamanya. Harapan along amtlah besar.


#AndaiAdaTypo
#TolongAbaikan


Adios buat semua..... MAASSALAMAH.................

16 comments:

  1. Selamat Hari ibu buat emak along juga, jadi anak yang Soleh kay, kebanggaan kedua ibu ayah..In syaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Kak Ana.... Selamat hari ibu buat Kak Ana... :)

      Delete
  2. Semoga kita semua akan sentiasa menyayangi ibu kita ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.... Sungguhpun dalam dunia realiti... wujudnya anak yang menderhakai ibu, namun, tidak bermakna mereka tidak boleh berubahkan kak Lya? :)

      Delete
  3. Replies
    1. Ya betul.... Absolutely you correct Kak Mai

      Delete
  4. So sweet ucapan tuk Bonde pon ada...
    Bonde Senyum Riang

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Dah lama jadi abg FR... Ibu kepada anak tekak, anak mata dan sebagainya..hehe

      Delete
  6. selamat hari ibu.. jadi ibu yg baik along ehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik pun sama jugak..jadi ibu yanga baik buat anak bangsa ea..hehe

      Delete
  7. selamat hari ibu bt ibu along dan semua yg bergelar ibu ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahha..terima kasih untuk ucapan tersebut... :)

      Delete
  8. yg no 4 tu kat sapa hahahhahaha tetiba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahha.... sesiapa sahaja yang baca entry along..ekeke

      Delete