Pemerhati Manusia Yang Setia

Saturday, May 16, 2015 Rahim Aim21 2 Comments

PEMERHATI MANUSIA YANG SETIA


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Anda-anda semua sudah bersarapan ke belum? Jika belum, along sarankan, pergilah makanan bila-bila masa sahaja dari sekarang. Tapi, bila dah waktu-waktu begini, kebiasaannya, along lebih suka memilih untuk makan tengah hari terus. Korang pula bagaimana?




GAMBAR SEKADAR HIASAN



Berbalik kepada tajuk, Apakah yang boleh kita definisikan sebagai pemerhati? Apakah memang wujud, pemerhati manusia yang setia? Baik dari segi amal mahupun perbuatan. Baik dari segi luahan rasa atau apa yang dipendam di dalam hati. Apakah semua itu diperhatikan oleh suatu entiti yang sama?

Realitinya, pemerhati manusia yang setia, bukanlah datangnya daripada manusia itu sendiri. Kerana, manusia serng lupa dan alpa, Lupa untuk memerhatikan tingkah laku dan perbuatan diri sendiri. Tidak percaya? Manusia seperti along, and dan mereka, sering khilaf serta menzalimi diri sendiri, sama ada kita sedar, ataupun diluar kesedaran kita. Jika benar, kita sendiri setia memerhati diri kita, pastinya, kita tidak akan melakukan sesuatu yang memudaratkan diri kita sendiri.

ALLAH MAHA MELIHAT LAGI MAHA MENGETAHUI


ALLAH! Itulah satu-satunya pemerhati manusia yang setia. Sesungguhnya, ALLAH Maha Melihat lagi maha mengetahui segala bentuk perbuatan manusia, segala bentuk pemikiran yang wujud di dalam hati dan minda manusia.

Jika kita meletakkan keyakinan dalam diri bahawa ALLAH Maha Melihat, tentu sahaja, kita tidak akan sesekali menzalimi diri kita sendiri dengan cara melakukan apa-apa perkara yang melibatkan kemungkaran. Nampak mudah bukan? Tetapi sebenarnya, ianya terlalu payah untuk along, korang dan semua yang berada di luar sana.

Dengan meletakkan keyakinan sebegitu rupa, nescaya, pasti, secara automatik, kita, sebagai manusia, akan mula memerhatikan tindak tanduk sendiri secara keseluruhannya. Kita akan mula berhati-hati dari aspek perbuatan serta pemikiran kita agar apa yang kita lakukan tidak bertentangan dengan AMAR MA`RUF, NAHI MUNKAR.

Konsepnya agak mudah, namun pelaksanaanya agak payah. Namun, tikala kita berusaha, dan kegagalam menghampiri kita, bangkitlah cepat-cepat. JANGAN biar kegagalan mendekati kita. BANGKIT dan terus BANGKIT, percayalah bahawa, kita akan perolehi kemanisan di penghujung perubahan yang cuba kita bawakan terhadap diri kita. Demi masa hadapan yang lebih baik.

Tetap istiqamah, dah terus berdoa. Untuk diri sendiri, masyarakat dan juga ummah. Agar turut serta dalam perubahan ini. agar kita sama-sama berhenti menzalimi diri sendiri.

Maaf sebab along seolah-olah seorang pakar motivasi, sedangkan along sendiri masih mencari. Mencari sinar cahaya di dalam hati. Kerana Along hanyalah manusia biasa yang hina lagi keji. Dan along sering alpa, bahawa wujudnya Allah yang setia memerhati. Along sering lupa, dan sering mezalimi diri sendiri.


Adios buat para pencari sinar cahaya...... MAASSALAMAH...

2 comments:

  1. susah nak berubah apa lagi istiqamah.. tapi yg susah tu lah yg terbaik kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Eny.... Cuba n Usaha..tanpa berputus asa :)

      Delete