REVIEW AKU PENGHIBUR | RAHSIA DI SEBALIK NAMA

Tuesday, May 19, 2015 Rahim Aim21 24 Comments

REVIEW AKU PENGHIBUR | RAHSIA DI SEBALIK NAMA


Boikot Cetak Rompak

[Gambar di atas sekadar HIASAN]


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para penghibur yang berada di luar sana, tidak kira lah sama ada anda menghiburkan rakan-rakan anda dengan "LAWAK BODOH" yang anda-anda lakukan dengan cara memalukan diri sendiri mahupun "LAWAK BIJAK DAN PANDAI" yang memberi manfaat kepada rakan-rakan anda. Walau apa pun cara anda hiburkan rakan-rakan anda, ianya tetap bersebabkan tujuan yang sama. Ingin menggembirakan serta menceriakan rakan-rakan anda-anda semua terutama sekali mereka yang sedang berduka lara. :)

Hari ini Along kembali. Kembali untuk apa? Bukan ke semalam Along sudah tulis entry? Malahan, bukan ke setiap hari, ada sahaja entry baharu daripada Along? Segala persoalan tu, Along yang timbulkan sendiri. Along tahu tu. Dan Along sedar, siapalah Along untuk dipersoalkan sebegitu (Ayat acah-acah touching sekejap) Saja menulis macam tu, ianya sebagai penambah rencah dan rasa untuk penulisan Along pada kali ini.


Along kembali untuk menulis entry REVIEW buat MANGSA Along yang kEDUA daripada keluarga besar EFG yang mempunyai 41 orang kesemuanya setakat ini. MANGSA KEDUA Along merupakan Ahli EFG yang ke-36, iaitu sehari awal sebelum Along.. Hehehehehe.

AKU PENGHIBUR | ACIK | EFG #36



AKUPENGHIBUR.COM



Aku penghibur? Mengapa nama ini di pilih? Siapa sebenarnya jejaka ini? Apa yang ingin di sampaikannya disebalik nama ini? Bagaimana cara lelaki ini menghiburkan para pembacanya? Tanda tanya yang bakal Along rungkai pada perenggan berikutnya. SABAR....

Along percaya, persoalan yang Along timbulkan dalam perenggan di atas, adalah sama persoalannya yang bermain di minda korang semua. Tidak percaya? Bedah kepala, keluarkan otak, tengok di bahagian kiri, naik lif sikit, hampir ke sebelah kanan otak, lepastu ambil eskelator dan bergerak naik ke tingkat 4, hampir dengan bahagian mata. Kemudian, tahan teksi, buat U-turn dan kembali semula ke titik permulaan, ulang 2-3 kali, korang akan sampai ke destinasi. InsyaAllah. Hehehe.

Walaupun lawak Along HAMBAR, tapi BEST untuk dibacakan? Hehehe. Ok, berhenti merapu, mari kita fokus pada tajuk utama kita.




Lihat pada Domain blog ini sahaja, sudah menimbulkan pelbagai tanggapan serta persoalan di benak fikiran kita. Apatah lagi, mereka yang baru pertama kali mendengar serta pertama kali berkunjung ke blog tersebut. Unik dan versetail bukan Domain blog ini? Tanggapan pertama kita semua berkaitan blog ini adalah, ianya berasaskan HIBURAN. Namun, HIBURAN berbentuk apakah yang sebenarnya cuba disampaikan oleh penulis?

Bagi blogger tegar, rasanya, nama AKU PENGHIBUR bukanlah suatu nama yang asing buat korang semua. Mari Along kongsikan sedikit sejarah purba kala, asal-usul nama AKU PENGHIBUR. Kata penulis iaitu ACIK, cetusan idea untuk mengguna pakai nama AKU PENGHIBUR adalah berpunca daripada salah seorang artis popular Tanah Air kita iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi. Bagaimananah artis personaliti kaca TV ini menjadi puncanya? Yang itu, Along kurang pasti bila dan bagaimana. Apa yang Along tahu, Datuk Aznil Haji Nawawi, pernah berkata begini kepada ACIK " Awak boleh jadi penghibur yang baik". Nampak tak perkataan PENGHIBUR? Along pasti korang nampak.  :)


Blogger Pilihan utusan Malaysia 16/3/2013


Pemilik dan penulis blog yang mesra disapa dengan panggilan ACIK ini, tidak pernah lokek ilmu, malahan suka memberi satu-dua kata motivasi dan juga tunjuk ajar secara percuma buat blogger-blogger yang masih segar dan baru bak daun PEPPERMINT. terutama sekali berkaitan dengan ilmu pengendalian sesebuah blog yang berjaya. Sebagaimana pepatah cina ada mengatakan suatu ketika dahulu, "JIKA MAHU KUDA YANG LAJU BERLARI, BERILAH MAKAN RUMPUT YANG BERKUALITI". ACIK percaya bahawa, bantu-membantu sesama blogger itu perlu agar, produk akhir berbentuk penulisan yang ditulis, sesuatu yang berkualiti dan bukannya sampah.

ACIK berpendapat bahawa, sebagai seorang blogger yang baik dan hebat, kita perlu menerima apa jua kritikan yang diberikan oleh pengkritik-pengkritik tegar kita dan jadikan semua kritikan tersebut sebagai pembakar semangat untuk perbaiki dan terus perbaiki penulisan kita agar bisa diterima oleh orang ramai. Selain itu, punyai semangat yang jitu serta konsisten dan kreatif juga adalah antara ciri-ciri blogger yang Acik sering terapkan dalam diri. Along amat bersetuju dengan pendapat ACIK. Sungguhpun Along seorang yang jenis cepat mengeluh dan putus asa tikala mendapat kritikan yang hebat daripada sesiapa sahaja, Namun, Along akui, Along memang akan bangkit secara perlahan-lahan sehinggalah semuanya Along dapat tangani. 


Winner Best Lifestyle Blog MSMW 2014/2015


Dari pandangan kaca mata oren yang Along pakai selama ini, secara peribadi Along boleh katakan, Acik seorang yang ramah dan berbudi bahasa. Seorang yang akan tegur kesilapan adik-beradik EFG yang lain tanpa segan silu atas dasar ingin melihat kami semua berjaya bersama dalam dunia BLOG yang kami cintai ini. Acik juga menjadi tempat rujukan kami berkaitan blog, berikutan beliau pernah memenangi BEST LIFESTYLE BLOG MSMW sebanyak dua kali. Dua kali! Mungkin angka dua itu kelihatan kecil, namun untuk mengekalkan kemenangan sebanyak 2 kali, secara berturut-turut bukannya sesuatu yang mudah. Bukan juga sesuautu yang senang untuk dilakukan. Kerana itu jugalah, ACIK sering menjadi KAMUS RUJUKAN kami di EFG. Karya yang terbit dari jari-jemari ACIK merupakan idea-idea yang bernas manakala kritikan yang diluahkannya pula cukup berguna dan memberi manfaat buat semua para pembaca blognya, ibarat nasihat seorang abang kepada adik-adiknya.

Bukanlah Along ingin menyanjung tinggi ACIK, atau mengangkat ACIK sebagai BLOGGER yang terlalu sempurna, tetapi, pada Along, blogger sebeginilah yang patut para blogger di LUAR SANA dan SINI, jadikan sebagai ROLE MODEL. Dahlah KIUT-MIUT, mudah di bawa BERGURAU dan SADO (Acik, mohon terima pujian Along.. Hehehe)..

Antara entry terbaik ACIK yang along pernah terokai dan baca, pada firasat Along sendiri adalah entry di bawah ini :

Cantik Di mata Allah

Mana tidaknya, persoalan sebegini, jarang-jarang sekali Along fikirkan dan terapkan dalam minda sendiri. Selama ni, Along selalu fikir, untuk kelihatan CANTIK dan COMEL (Versi Lelaki) adalah berketerampilan menarik di mata manusia sahaja. Hakikat sebenar, berketerampilan menarik juga diperlukan tikala kita menghadap Allah S.W.T. Contohnya seperti ketika kita solat. Kita kenalah pastikan,pakaian kita, hati kita, tempat solat kita, bersih-sebersihnya. Bukannya main BANTAI sahaja solat, caca merba asalkan kita solat dan ikut perintah Allah. Bukan macam tu ok? Perintah Allah itu luas dan kita perlu patuhi semuanya. :)

Andai suatu hari, anda bearsa bingung, bosan dan rasa jiwa anda kosong. jangan segan silu, gerakkan TETIKUS anda (PENGGUNA LAPTOP) atau gerakkan jari anda (PENGGUNA TELEFON PINTAR) ke Google Chrome/ Internet Explorer/ Mozilla Forefox atau sebagainya dan taiplah link :



dan mulakanlah sesi menimba ilmu anda di sana. Pelbagai input dan juga output menarik yang bakal anda semua perolehi. InsyaAllah. Paling Penting :


JANGAN LUPA FOLLOW | TINGGALKAN KOMEN | BLOGWALKING SELALU

KE



Adios dan SELAMAT BERHIBUR....... MAASSALAMAH....

24 comments:

  1. Menarik dan tersendiri review along....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Review daripada korang semua pun apa kurangnya... macam2 Style ada.. hehe

      Delete
    2. pandai along olah ayat..cantek, tertarik menarik.. :)

      Delete
    3. Ala..biasa-biasa jewr Kak Mas.. Hehe :)

      Delete
  2. wahh terima kasih..pandai bermadah juga along..good write up

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahha.. Boleh lah sikit-sikit.... masih belajar bermadah pujangga untuk tarik minat pembaca.. Terima Kasih kerana Acik sudi singgah, baca dan tinggalkan KOMEN... Alhamdulillah.. along happy sangat... :)

      Delete
  3. macam mana nak jd cantik dan comel depan Allah... hebat pilihan entri ni...
    Moga maju jaya Acik n Along ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima KAsih Bonde... InsyaAllah... Kita semua akan berjaya bersama dalam EFG

      Delete
  4. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih kerana sudi singgah dan baca... Buat masa ini, masih setia menggunakan hosting Google... Mungkin akan datang aau lain masa... Selamt berblog walking :)

      Delete
    2. OK, terima kasih kembali :) Blognya benar2 cool :)

      Delete
    3. Terima kasih atas pujian tu :)....

      Delete
  5. Acik ni mangsa ke dua eh.. hahhahahahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup... Lepas ni... tunggu... mangsa yang seterusnya..haha

      Delete
  6. terbaikk EFG..review along ada kelainan..tak jemu baca..suka entry comel nie..ngee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahahaha.... Terima Kasih Kak Khaty atas pujian yang kiut-miut tu..hehe

      Delete
  7. beruntung dapat mengenali achik aku penghibur. banyak ilmu dokongsi bersama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ilmu2nya di- DOKONG-si sama2.. hehe..

      Delete
  8. seronok baca blog acik... lagi2 kalau bab cinta. hahaha. bukan main acik

    ReplyDelete