Review Nota Purba | Fendi Rocka Si Lelaki Misteri

Thursday, May 14, 2015 Rahim Aim21 50 Comments

BLOG NOTA PURBA | Fendi Rocka

nota purba

Kisah EFG


Sireh dari pulau mutiara,
Sireh junjung warisan bangsa,
Lafaz BISMILLAH pembuka bicara,
Ucapan SALAM pemanis kata.

EFG LOGO

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang sudi berkunjung serta mencemar duli korang semua dengan melawat kawasan kampung AKA blog along yang serba kekurangan ini. Blog yang masih banyak along perbaiki dengan bantuan anda-anda semua yang berada di luar sana. Hari ni, bukanlah nak bercerita tentang diri sendiri ke, apa ke. Bukan juga nak membebel tentang kehidupan yang sering dilanda masalah. Malahan tidak juga ingin membebankan kepala korang semua dengan ilmu-ilmu berkaitan dengan BLOGGING dan SOFTWARE.


Sebahagian dari anda-anda semua yang tikala ini sedang membaca blog along mungkin sedia maklum apakah itu EFG. Apakah itu EFG? EFG atau nama panjangnya "EXCHANGE FEED GROUP" ditubuhkan atas dasar ingin membantu sesama blogger. EFG merupakan salah satu cara untuk mempromosikan blog melalui perkongsian feed link blog yang terlibat. Atau erti kata lain, Setiap blog yang menyertai secara langsung, yang membawa maksud ahli tetap, pautad FEED mereka ataupun pautan blog mereka akan terpapar di blog ahli yang lain mengikut susun atur jadual yang telah dipersetujui.

Ianya adalah salah satu cara yang unik dalam membantu peningkatan TRAFIK blog secara sihat tanpa ada sebarang rasa sakit berbentuk luka-luka serta parut yang timbul di dalam hati melalui ukhwah sesama blogger. Selain itu, BLOGWALKING atau nama saintifiknya BW juga diterapkan di dalam jiwa raga semua ahli disamping saling memberi serta menuntut ilmu sesama ahli dalam meningkatkan prestasi blogging keseluruhan ahli.


NOTA PURBA | Fendi Rocka

NOTA PURBA OLEH FENDI ROCKA

Hari ini dalam sejarah berblogging along. Inilah kali pertama along REVIEW blog orang lain. Julung-julung kalinya, Along berkesempatan untuk REVIEW blog salah seorang blogger di MALAYSIA. Beliau merupakan blogger yang tidak asing dalam keluarga besar EFG. Blogger bertuah ini menetap di Selangor. Kenapa bertuah? Kerana beliau merupakan BLOGGER PERTAMA yang along review sepanjang along bergelar blogger.

Fendi Rocka atau nama saintifiknya FR/ Abang FR, seorang lelaki yang penuh misteri. Kemisterian hidupnya bukan sekadar di dunia realiti, namun ianya terbawa-bawa juga ke dunia blogging hasil karya tulisannya sendiri. Hampir keseluruhan hasil tulisan karyanya boleh dikategorikan sebagai karya yang berseni, lantaran dari sifatnya yang HAMPIR MENYERUPAI seorang anak seni yang rakyat Malaysia kenali, pengacara rancangan MELODI di TV3 iaitu Awal Ashari.

Mesti adrenaline dalam tubuh anda-anda semua sedang menggelegak serta merangsang minda dan hati anda-anda semua untuk ketahui lebih lanjut berkaitan dengan BLOGGER yang penuh misteri ini. Along yakin, sekali anda singgah ke blog beliau, korang semua pasti akan singgah untuk berkali-kali. Jika anda bertanya kepada along, apakah maksud disebalik nota purba? Anda perlu cari sendiri jawapannya di blog FR. Satu entry sahaja sudah cukup untuk menjawab segala persoalan yang bermain di minda korang semua.

Suatu perkara yang tersangat along pasti, NOTA PURBA merupakan blog yang terasing penulisannya dari penulisan blogger-blogger lain. Jauh daripada gosip-gosip liar kerana ianya adalah berkisar tentang kehidupan jejaka misteri ini sendiri. Jika dilihat dengan menggunakan mata kasar, pasti anda semua tidak merasai apa-apa. Namun, jika anda menggunakan mata hati, pasti anda semua dapat merasakan aura di sebalik pemilik blog NOTA PURBA yang penuh misteri ini.

Keluarga besar EFG di anggotai oleh 41 orang BLOGGER dan untuk pengetahuan semua, FENDI ROCKA merupakan ahli yang ke 24 untuk keluarga besar ini. Walaupun EFG mempunyai ramai adik-beradik, termasuklah berberapa orang papa dan mama, namun FR sangat disayangi dan disenangi oleh semua ahli keluarga EFG. Perangai FR yang kuat mengusik serta menyakat orang itulah antara punca hubungan kami semua bagaikan sebuah keluarga besar yang bahagia dia alam maya ini.

Pada pandangan kaca mata along sendiri secara peribadi, Abang FR merupakan seorang yang kelakar. Anda semua pasti akan terhibur bila mengenali FR di luar dunia blogging. EFG sudah pun menemuramah FR secara maya dan terdapat suatu soalan yang di iringi oleh jawapan yang beliau sendri berikan boleh menjadi petunjuk, siapakah geranganya blogger bernama FR ini.

Q : What is chemistry in academic words (not less than 200 words)

A : "Chemistry adalah bila mata kita saling berpandangan, timbul buih-buih cinta, dan common sense mula keluar dari kepala, kat situ kimia jahat memainkan peranan. ulang 50 kali untuk cukupkan 200 words." 
---FENDI ROCKA/ FR/ Abang FR


Link to FR blog : http://notapurba.blogspot.com/

Adios buat para BLOGGERS semua..... MAASSALMAH...

50 comments:

  1. ucapan Bonde untuk FR...

    "SELAMAT MAJU JAYA" jadikan setiap hari ceria bersama EFG... mulakan hari ini,... untuk maju di masa hadapan...
    InsyaAllah, Aamiin.

    EFG Awesome

    "Bonde Senyum Riang"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..siap ucapan bagai bonde...ucapan untuk along xde ke?hehe

      Delete
  2. cubaan sel2 puitis mula masuk ke dalam ruang kosong di pojok minda saya

    ReplyDelete
  3. well done along.. nampak lain dr yg lain entry along ni... ada effort letak gambar lain.. (tepuk tangan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Kak Eny.... Takkan lah nak ikut STYLE tulisan orang lain kan? (tepuk tangan untuk diri sendiri)

      Delete
  4. pribadi yg menarik, tak sukakan gosip2 liar

    ReplyDelete
  5. pengalaman baru bila ke blog FR

    ReplyDelete
  6. Mulakan dengan pantun along punya review. Canggih la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahha...saja buat kelainan Kak Sha... baru rare kan?hehe

      Delete
  7. Entry yang bersahaja, suspens dan mencuit hati menarik sesiapa sahaja untuk membaca blog Nota Purba... Semoga Fr diberi idea yang banyak untuk terus berkarya dan mewarnai dunia blogger...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. terima kasih atas comment yang panjang kak sal... hehe...

      Delete
  8. Seorang FR yang misteri :D #EFG Awesome

    ReplyDelete
  9. Terima kasih bagi pinjam gambar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. same2 daun keladi.. nanti2 pinjamlah lagi :)

      Delete
  10. penulisannya mencerminkan dirinya. Semoga FR terus maju dan jaya.

    ReplyDelete
  11. wahhh ni lagi best baca hihi...Fr mmg bjiwa misteri hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekekekeke...saja bersastera terlebih tuk entry ni.. :)

      Delete
  12. mana yang kelakarnya?saya tengok tak kelakar pun FR ni, setakat harapkan kacak je lah lebih.pui!

    ReplyDelete
  13. Fuhh mantop laa along ..review sepenuh hati ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh mesti..ahha... first time review lah katakan..

      Delete
  14. jangan biarkan diri anda diselebungi misteri...hihi

    ReplyDelete
  15. FR : Rock Star jiwa lembut niiii.... RockStaJiLem....!! :p

    *mohon jangan gelakkan lawak tawar dan hambar akak ni.. mohon sangat ye..!!*

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah tutup mulut sendiri sambil tahan gelak..

      Delete
  16. penulisan yang tak jemu dibaca :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..betul tu...sbb x trlalu pnjg... malaan jalan crita yg padat..

      Delete
  17. Blog nota purba memang misteri tapi terbaikk ! ;)

    ReplyDelete
  18. Purba...tapi ayat semua sempoi dan bermakna.....bahayaaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..bahaya...bahaya yang membawa kepada kebaikan..

      Delete
  19. blog nota purba yg harus diterjah dan diselongkar

    ReplyDelete
  20. hye along... betul fr penuh dgn misteri..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Kak Yanie... yup.... misteri yang belum terungkai...

      Delete
  21. Segala persoalan akan terjawab di nota purba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Persoalan yang macam mana tu?? Hehe... insyaAllah..semua jawapan ada..

      Delete
  22. abang kesayangan along ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukanlah..FR adalah abam kesayangan KC..ahha

      Delete
  23. wah..comel ja..pembukaan dengan pantun gitu..terbaikk EFG

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahha... kalau ikutkan..nak je letak 10 jenis pantun pembukaan..hehe

      Delete