Review SayidahNapisah | Pemerah Santan Yang Berjaya

Friday, May 22, 2015 Rahim Aim21 36 Comments

Review SayidahNapisah | Gadis Santan

PRAKATA PENULIS :




Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera buat semua yang sudi membaca, menginjakkan kedua-dua mata untuk membaca hasil tulisan dari insan yang kerdil seperti Along ini. Terima kasih, terima kasih yang tidak terhingga, buat semua yang menyokong Along selama ini, sehingga Along berasa selesa, menggelar diri sendiri sebagai seorang blogger, teruatama sekali, buat keluarga besar EFG #BukanSembangKosong yang sudi menerima Along, memberi tunjuk ajar, ketawa bersama dan menangis bersama sepanjang kita duduk bawah satu bumbung yang sama(Bukan rumah), sepanjang kita hidup dalam sebuah keluarga besar yang harmoni serta bahagia ini. Terima kasih semua :).

Perenggan pertama di atas, sekadar prakata, ucapan pembuka daripada PENULIS YANG PALING COMEL (versi lelaki) iaiti Along sendiri. Nak muntah, silakan. Cumanya, jangan menyesal di kemudian hari. Kenapa? Sebab kata-kata Along adalah benar, tiada yang BENAR melainkan KEBENRAN yang nyata... Hehehe ( Keluarga #EFG mohon membenarkannya..)

SayidahNapisah | KC | EFG #12

Mangsa ketiga untuk direvew oleh Along dalam keluarga besar #EFG adalah seorang pemudi, yang suka mengatakan dirinya berumur 16 tahun (Walau hakikat, umur sebenar adalah 22 tahun), 

#KC, mohon jangan marah along... :)






Pemilik BLOG di atas ini merupakan antara blogger yang terawal, menempatkan diri dalam keluaga besar #EFG. Sayidak Sayidah Napisah atau nama pena dan panggilannya KC yang datangnya dari singkatan KAK CIK, seorang yang bercita-cita tinggi walaupun mempunyai bentuk tubuh yang COMEL aka KECIK. Apa cita-citanya? Menjadi guru tadika. Tingi tak? Tinggi tak cita-citanya? Hehhe..

Sebenarnya, beliau bercita-cita untuk menjadi seorang tenaga pengajar, tidak kisahlah sama ada di peringkat sekolah mahupun universiti. Mulia bukan cita-citanya? Jarang sekali anak muda / mudi zaman sekarang ni, yang bercita-cita sepertinya. Tidak percaya. Tanya lah diri anda sekarang ini, ketika ini. Hah! Dah dapat jawapan? Tak apa, tak payah kongsi, korang simpan sahajalah di dalam hati. Along tak mengharap pun korang menjawabnya (acah-acah touching jap).

Sebenarnya, bila dapat tahu, yang kami semua perlu review KC ni, satu sahaja perkara yang bermain di minda Along, Nak review secara KEJAM terhadap KC. Kenapa? Sebab dendam. Dendam? Sebab asyik kena perli sahaja dengan dia. Geram dibuatnya. Siap sedia KC along akan mula review secara KEJAM dari hati yang berDENDAM. Ahha.

KC | PEMERAH SANTAN YANG BERJAYA


KC ni, seorang yang peramah dan mudah mesra dengan semua orang. Paling penting KC suka PERAH SANTAN tanpa kelapa di sisi. Korang tidak faham ya maksud Along? Betul ni tak faham? Dah cek dah ke suhu badan tu, biasanya, orang yang tak faham ni, dia seorang yang sakit dan tengah mengalami gangguan otak. (Tetiba). Sebabnyakan, KC selalu mengatakan diri sendiri seorang yang COMEL. COMEL sangat ke dia tu?



Apa? COMEL? COMEL SANGAT? Korang biar betul? Along tak percaya! Korang yang sakit ke, Along yang sakit selama ni? Huhu. Along dah siap pergi bilik air basuh muka dan mata dah. Gosok2 muka dan mata berjuta kali pun dah. Along siap tidur peluk bantal MINION lagi. masih rasa benda yang sama dan tertanya-tanya, dimanakah keCOMELan si KC ni? Huhu




Itu, baru pembalasan DENDAM Along yang pertama, Yang kedua pula berkaitan dengan gambar dekat atas ni. KC dan MAKANAN berpisah tiada. Itulah realiti yang semua ahli keluarga besar #EFG tahu. Namun, satu perkata yang memusykilkan Along, KC ni kuat makan, tapi, badan tu tetap maintain sahaja. Bila agaknya nak mengalami proses kegemukkan? Cemburu tahu tak! Along yang makan sedikit ni pun, badan asyik naik sahaja. Berat badan Along? Korang nak tahu? Seberat beras 10 KG.... Ahha




Yang ketiga ni, antara perkara paling BEST dalam misi membalas DENDAM Along. Nak tulis tak ek? Rasa kejam sangat sewaktu menulis entry ni. Tapi, demi para pembaca terutama sekali keluarga besar #EFG. Along kongsikan juga agar korang semua tidak tertipu lagi oleh KC. http://how-old.net/ jelas mengatakan, KC telah berumur 46 tahun. Wah! Along pun agak terkejut sebenarnya, namun apa yang terpapar TIDAK BOLEH MENIPU MATA.  Sanggup KC kata KC umur 16 tahun kan selama ni? Kenapa KC? Kenapa? Muahahaha...






Ok, yang ke empat pula, KC seorang model GIGI. Tang ni, Along kurang pasti, GIGI dia tu original ataupun palsu. Sebab nampak bersih dan putih semacam je. CURIOSITY bersarang dalam hati sejak tengok gambar KC di EFG. Tak tahulah kalau korang kan? Nak tanya, malas. Takut nanti di tipu lagi. Tang usia tu pun dia tipu kami. Ahahahahahahhaha.






LOL! Rupanya, GIGI KC selama ni memang begitu sejak di bangku dan meja Sekolah Menengah lagi. Makinlah CURIOSITY yang bersarang di hati makin membuak-buak ingin tahu dan tertanya-tanya, Apakah GIGI tu ORIGINAL ataupun PALSU? Tolong jawab jujur ya KC... Hehehe

Ok, ikuti dan tatap pula gambar di bawah ni. Nampak tak kelainan gambar di bawah dengan gambar-gambar yang berada di atas? Tak nampak? Cermin mata korang rosak? Skrin retak? Gambar di bawah menunjukkan betapa KC usaha menyembunyikan GIGI disebalik bibir. Jadi, ianya telah menguatkan INFERENS Along bahawa KC menggunaka GIGI PALSU. Along amat yakin, Gambar di bawah adalah zaman di mana gigi KC mengalami kerosakan yang teruk akibat suka makan GULA PASIR, GULA MELAKA dan GULA PERANG. Agagaagagagagaga.




Selesai sudah pemBALASAN dendam dari SANG PENDENDAM aka ALONG.

SEJARAH BERBLOGGING KC


KC telahpun berblogging seawal umur 17 tahun, Seawal usia muda, di mana anak muda lain sedang lalai dan alpa dengan urusan dunia, KC telah mula mengorak langkah, mengatur hidupnya, untuk berkongsi motivasi dan nasihat yang berguna, buat para pengunjung blognya ketika itu. Bersesuaian dengan Motto utama yang dipengangnya selama bergelar seorang BLOGGER iaitu untuk menyampaikan maklumat yang berguna dan bermanfaat kepada kesemua pembacanya.

Bagi yang tertanya-tanya latar belakang akademik insan ini, Kak Cik sedang melanjutkan pelajarannya di dalam bidang Matematik dan dia memang cintakan Matematik! Matematik? Matematik? Herm.... Timbul semula ke CURIOS-an dalam hati ni. Dekat dalam group #EFG selalu pakat jadi CIKGU TATABAHASA. Tapi minat Matematik? Mana kaitannya? Grrr.. Menimbulkan syak wasangka ni... KC, sila jawab jujur... Ahhahaha.  

Percaya atau tidak... KC seorang yang tersangat aktif! Dia bukan Pasif! Ni ada beberapa senarai, perkara yang KC aktif :

1) Aktif berWHATSAPP dan berTELEGRAM
2) Aktif Sakat orang
3) Aktif berblogging
4) Aktif PERAH SANTAN
5) Aktif menjadi guru TATABAHASA
6) Aktif bila perkara berkatain denga COKLAT / WARNA COKLAT
7) Akif tengok RUNNINGMAN
8) Aktif dalam bab tinggalkan COMMENT di blog (Walaupun tak tinggalkan papa komen di blog Along)
9) Aktif merajuk dan Aktif minta di pujuk

Dan Macam-macam lagi. Kalau banyak sangat Along senarai nanti, Takut korang malan nak baca sahaja.

Namun disebalik semua sifat AKTIF KC tu, Along sangat #RESPECT KC, kerana pelajaran tetap diutamakan olehnya. Mana tidaknya, baru-baru ni, beliau telah dianugerahkan Anugerah Akademik Terbaik di Majlis Keunggulan Mahasiswa Kolej Enam Belas bagi sesi 2015... DAEBAK!!!! Terbaik!!! Congratez!!!

#BODEK
#BelanjaAlong
#DominoesPizzaPunDahCukup




Setelah betahun-tahun lamanya, hidup di bawah tempurung yang bergelar BLOGSPOT dengan menggunakan url blog memburucintamu, Akhirnya Kak Cik menukar kepada satu nama yang feminin sesuai dengan penampilannya iaitu Sayidahnapisah.com. Yang membawa erti, DOMAIN sendiri, dibeli sebagai bukti dan tanda kecintaanya terhadap dunia BLOGGING. Tanda betapa seriusnya beliau sebagai seorang BLOGGER.

Sebelum terlupa, Jangan terkejut, tatkala anda melawati blognya buat kali yang pertama. Kerana, anda akan dapati, terdapat seekor burung, yang terbang dan terus terbang, namun, penerbangan burung tersebut statik dan tidak ke mana-mana. Itu tandanya, burung tersebut adalah burung berhantu. Kerana apa? Tikala anda semua telah SCROLL blog tersebut sehingga ke bawah, anda akan dapati, Secara TIBA-TIBA anda sudah pun berada di atas tikala menekan gambar burung tersebut. SERAM lagi menyeRAMKAN bukan?

Along rasa, itu sahaja yang Along ingin katakan berkaitan denga Sayidah Napisah aka Kak Cik aka KC aka Pemerah Santan Yang Berjaya. Jadi, dengan itu, tamatlah sesi REVIEW ahli #EFG yang ketiga. Along sekadar tulis ikut sedap hati sahaja, dan berharap tiada yang tersinggung serta ketawa tergolek-golek sehingga jatuh katil.

Jadi, apa tunggu lagi. Bersegerakanlah diri. Buka BROWSER dan lakukan perkara di bawah :


FOLLOW | TINGGALKAN COMMENT | JADI AHLI TAPAK YANG SETIA
DI
http://www.sayidahnapisah.com/


P/S : KC jangan marah, nanti makin jadi lebih tua. Along gurau-gurau kasar sahaja. Mungkin sebab Adrenaline KEJAM mengusai diri sepanjang menulis entry ini... :)... Kita 0-0 ya? Hehehe.


Adios........................MAASSALAMAH........................

36 comments:

  1. Wahwahwah Review Along kat KC macam nak balas denda aje?Ekeke :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balas DENDAM... bukan DENDA...ahha... adalah sikit2..hehe

      Delete
    2. Abesla... nanti Kak Sha kena denda dengan si KC ni..ahha

      Delete
  2. fuh dendam kesumat ni...sampai hati KC tak tinggal komen...

    ok saya dah komen kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... Good Abg Arz... Good... Ahha... nasib baik tggl komen and sudi baca.. ahha...

      Delete
    2. hehheheee. lambat sikitttttt jeee! wek wekk abg arz!!!!

      Delete
    3. Lambat sikit konon... berhari-hari ALONG kena TUNGGU tahu? Tahulah blog along ni blog picisan...cebisan...huhuhu (Touching tahu?..Wuargh)

      Delete
    4. sapa yang aktif merajuk nie..hehehehe

      Delete
  3. amboi along....beronok-ronok kutuk kc....heheheheeeh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahhhahahaha....tula Kak Eca... terlalu banyak sangat ronoknya....ahha

      Delete
    2. emmang budak along ni. smpi hati kutuk2 kat sini, hmph!

      Delete
    3. MEstilah sampai... ahha... (gelak jahat)

      Delete
  4. wahhh! SANG Pendendam...bagus2, banyak info tambahan tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya... Kak Sue dapat info tntg GIGI PALSU KC tu..ahha

      Delete
  5. Replies
    1. Biasa.. lepas geram lah katakan..ahha

      Delete
    2. amboii syira. menarik sgt! ahhaha

      Delete
    3. amboi amboiiiiiiiii alongggg sedap kau kutuk aku ye! hahahahaha!

      Delete
    4. banyak betul list aktif tu. taknak tambah jd seratus ke? #lawakhambar

      Delete
    5. saya minat BM dan juga matematik.sekian ahhaha

      Delete
    6. btw i detect your typ!!! keluaga

      kihkihhh boooo along! wek wek

      Delete
    7. Ku sengaja meninggalkan satu TYPO... lau tak.. KC tak de kerja nanti... goyang kaki je sbb xd TYPO kat blog Along..ahha...Cukuplah list AKTIF tu.... nak tambah..along yakin..smua orang tahu realiti tntg KC..ahha...

      Delete
  6. tumpang kutuk sekali... muahahahahahah gigi palsu? muahahahhahahahah along sep sep sep!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sep sep Kak Eny!!! Ahha... Tula..nak tanya KC tntg gigi dia tu..takut kna tipu je nnti..ahha

      Delete
  7. wahh..panjang review along..terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi..dalam bahasa melayu..blom ley lawan Kak Aami punya..english version..ahha

      Delete
  8. hahahahahahhaha bukan main along bercerita eh.. lain macam je ni :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erk... jgn ck pmcm tu... xnk ada kontroversi ok? huhu

      Delete
  9. story along nie panjang,tapi best sangat bila baca..kc,gurau2 manja..ahaks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahha... Kak Khaty..jgn galakkan sangat si KC tu bergurau macam tu..ahha

      Delete