TUTORIAL : Beli Domain dari NetKL dan pemasangannya di BLOGSPOT

Thursday, May 07, 2015 Rahim Aim21 40 Comments

Cara Beli Domain Dari NetKL Dan Cara Pemasangannya Di BlogSpot.

1 - Beli Domain Dari NetKL


Assalamualaikum dan selamat kembali buat semua yang tidak jemu, berkunjung tak putus-putus ke blog along yang tersangat indah ini. Hari ni, ada sedikit tutorial yang sangat menarik buat anda-anda semua yang sedang mencari atau masih mencari, cara menukar Domain blog yang mudah, pantas dan efisien di abad ini. Jika korang bertanya along, kenapa along up entry ini, ianya adalah bertujuan untuk saling bantu membantu sesama blogger yang masih buntu, masih tercari-cari dan tertanya-tanya, Dimanakah boleh membeli Domain secara atas talian? Bagaimanakah prosesnya? Berapakah kosnya? Dan sebagainya. Sabar, Along akan cuba terangkan satu persatu.

Step By Step :

1- Klik Gambar di atas, ia akan membawa anda terus ke website netkl
2- Klik ORDER NOW yang warna oren tu
3- Di runag Category, pilih DOMAIN REGISTERATION
4- Kemudian... Tulis Domain pilihan anda untuk dapatkan kepastian apakah domain tersebut available ataupun tidak. Pastikan pilihan anda adalah .com

*Step 3-4 Seperti dalam rajah di bawah :


*Gambar di atas sekadar contoh.


5- Jika Available, tekan pada add to cart. Oh, sebelum terlupa. Domain ini berharga RM35.00 untuk setahun. Murah bukan?

6- Untuk step ke 6, Anda semua hanya perlu tekan update cart pada PAGE di bawah ini :
























7 - Klik lah Checkout pada page di bawah :


8- Lepas je checkout, Korang perlu isi semua butiran dekat page seperti page kat bawah ni :



* Isi kesemuanya, disini korang akan diminta untuk buat bayaran sama ada guna bank tarnsfer, Paypal RM atau paypal USD. Pada along, along sarankna korang bayar guna Paypal RM, guna kad bank korang pun boleh. takkan korang semua tidak pernah beli belah secara atas talian kan? Kan? Kan? Kemudian, Tick pada "I HAVE READ AND AGREE OF THE TERMS OF SERVICES" dan tekan complete order...

Selesai semua. Dengan siap bayaran. Anda semua perlu buat satu lagi last step iaitu :

9- Anda akan menerima email. contohnya seperti dalam gambar di bawah,


*Pastikan, anda menghantar semula bukti pembayaran kepada pihak NetKL... Jika tidak, pasti anda-anda semua akan gagal untuk meneruskan step yang seterusnya. Jika anda bayar menggunakan PAYPAL RM, pasti anda akan dan email seperti di bawah ini :

1)

2)

Hantar kepada NetKL email yang mempunyai gambar kedua (kurang pasti, email yang ada gambar pertama boleh atau tidak) ke alamat support@netkl.com

Kemudian, anda semua akan dapat email balasan dari netkl

10- Step-step lain rasanya, korang boleh buat sendiri.ikut sahaja apa yang EMAIL korang terima tu suruh buat.

Ok, anda telah berjaya membeli DOMAIN dari NetKL, mudah dan panjang lebar bukan penerangan daripada Along? Hehe... Kita BARU di FASA yang PERTAMA, Sekarang, bermulanya FASA yang KEDUA.

2- Pasang Domain NetKL ke Blogspot


Note : Pemasangan ini hanay boleh dilakukan apabila para pembeli semua, telah membayar serta menghantar email bukti pembayaran kepada NetKL

1- Log-Masuk ke blogspot masing-masing. Dan pilih SETTING
2- Dekat Publishing-> Blog Address -> Third Party Domain. Masukkan Domain yang anda-anda semua beli tadi dan tekan save. Nanti akan keluar macam ni :

Gambar dan domain di atas sekadar contoh..


3- Sekarang, pada step ini, sila tekan URL ini : http://mydomain.netkl.com/



4- Login ke Control Panel Korang ni. Pasdtikan Log-Masuk sebagai CUSTOMER
5- Isi ruangan Jump to Domain dengan Domain yang anda semua beli dari NetKL


6- Pilih DNS MANAGEMENT


7- Pilih MANAGE DNS


8- Anda akan dibawa ke satu page baru seperti di bawah :


9- Pilih CNAME Records -> Add CNAME Records, anda akan dapati anda beada seperti di dalam gambar di bawah :



* Pada Step 9 ini, anda-anda semua perlu Add CNAME Record sebanyak 2 kali.
*Anda masih ingat gambar di bawah ini? Ianya berada di Tab blog anda-anda semua yang anda tidak tutup tu.



Di bawah Name, Label or Host field ada :

1- www
2- 2so?????????

Di bawah Destination, Target, or Points To Field ada :

1- ghs.google.com
2- gv-zye7????????????????????????????????????


**Takkan semua sama kod yang No. 2 tu, kerana ianya akan berbeza. Tanda soal Along tulis sebab malas nak taip semuanya. HARAP MAKLUM.


*Bagi step ini, sepertimana yang along bagitahu, korang semua perlu buat 2 CNAME Records. Yang pertama menggunakan www dengan ghs tu, caranya macam dekat bawah ni :

Lepastu Klik Add Record, Step kedua pulak, ulang sahaja step yang pertama dengan mengisi :

Host Name : 2so?????????
Value kotak kedua : gv-zye7????????????????????????????????????

Noted : Tanda soal tu sebab aku malas nak taip kod-kod tu.

10- Refresh Tab Blog korang, dan cuba isi semula. Blog adress tu. Jika masih tidak menjadi, sila tunggu untuk beberapa saat atau minit. Dan isi semula serta tekan save. Jika sudah jadi, beginilah hasilnya :

Sekadar CONTOH

11- Ucapkanlah rasa syukur pada yang esa, Sujud Syukur ke, apa ke sebab TAHNIAH. Anda semua telah berjaya menukar domain blogspot anda dengan jayanya.


Sebenanrya, step-step di atas tidaklah begitu panjang. Tidak juga begitu pendek. Ianya kelihatan panjang kerana saiz-saiz gambar yang banyak makan ruang. Maaf atas segala kesulitan. Namun, along yakin, korang mesti gigih kan ikut step-step yang along kongsikan ni? Selamat Mencuba dan Selamat Berjaya ya SEMUANYA!!!

Adios kepada PENUKAR DOMAIN BARU....... Maassalamah.....

40 comments:

  1. Replies
    1. Terima Kasih Kak Mas... :)... terima kasih sebab sudi baca :)

      Delete
  2. Tahniah along...puas akak nak faham...tp x faham gak...slowly la...blom masa tukar kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Kak SA... Ahha...ayat along tinggi sangt ke Kak SA? Ya ampun ya.... Takpe Kak SA, slow-slow.... InsyaAllah....nnti akn tiba masanya tuk Kak SA tuk tukar domain... :)

      Delete
  3. tahniah along dah tukar dot com... InsyaAllah akan menyusul selepas ini...
    Good tutorial...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Kak Sal.... Cepat2..jgn lbmt2 Kak Sal..hehe

      Delete
  4. Bagus Info toturial detail nak tukar domain...
    InsyaAllah nnt nak tukar domain nnt boleh guna info ni... tqvm Along #EFG Awesome
    #Bondesenyumriang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Along cuba terngkan se detail mampu.... Yang lain terserah kepada pembaca bonde.... Boleh je bonde..guna jagan tak guna :)

      Delete
  5. tutorial yang baik, In shaa allah akan banyak membantu orang diluar sana , follow my adik #254.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Kak Ana sebab sudi singgah dan follow... Terima Kasih juga sebab sudi ajar along perkara berkaitan BLOGGING :)

      Delete
  6. TQ Along for this tutorial. Kak Sha nak buat setting sendiri domain memang FAIL lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome Kak Sha.............. Ahha... belum cba blom tahu Kak Sha..... Kak Sha perlu cuba dulu step2 setting Domain yang along ajar tu..hehe

      Delete
  7. Bagus along... mesti ramai cari tutorial ni... :)
    tahniah ye atas kesungguhan along... hehehehe... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahha.. Kak Ain... along sekadar berkongsi sahaja.. along tahu, ramai yang buat tutorial macam ni... Mungkin tutorial mereka lebih terperinci.. Along sekadar mencuba sedaya mampu along untuk berkongsi :)

      Delete
  8. terbaik...dapat pahala mengajar orang ni =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah... mudah-mudahan..pahala yang berpanjangan,,doakan ya? :)

      Delete
  9. ilmu di kongsi bersama.. terbaikklah along.. daebak !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Along kongsi mana yang mampu..yang lain..terserah pada pembaca mengaplikasikannya :)

      Delete
  10. bagus tutorial along ni.. jelas dan lengkap

    ReplyDelete
  11. boleh tahan pening la along .

    ReplyDelete
    Replies
    1. la... yeke? Cuba buat pelan2..tariik nafas dlm2....huhuhu

      Delete
  12. Alhamdlillah.. sangat sangat membantu yanie.. step yang diajar sangat tepat dan mudah dipahami. terima kasih Along. nanti yanie blanja aiskrim dalam wa efg ye hihih.. thanks you Along.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke Kak Yanie? Alhamdulillah... Along tulis sebaik mampu Along untuk orang faham.... Huhu.. nak wat permntaan ley? Aiskrim nestle yg bekas besar satu ley?? hehehe

      Delete
  13. Ada tutorial mcm ni. Bagusnya. Soon nak tkr. Tgh fikir nama yang sesuai atau nk kekalkan yang sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saranan Along..guna je nama sebenar Kak Lyn :)

      Delete
  14. Kenapa saya buat tak lepas? Boleh tolong saya buat kan??
    Domain saya dah beli tpi x lepas nk active kn sbb page tu tak mau loading..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Page apa yang tak mahu LOADING tu? Boleh sahaja, beri semua DETAIL ke EMAIL Along iaitu antarahatidanperasaan@gmail.com

      Delete
  15. Salam, Tutorial yg begitu jelas. Terima kasih. Setidaknya tutorial ini akan membantu blogger2 lain utk beli domain. :)

    Jemput Singgah: Contest Review Lynk.My 2015

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. terima kasih.... harapnya begitulah :).... InsyaAllah Along akan singgah bila berkesempatan nanti :)

      Delete
  16. Salam. Untuk baru yang nak start business kecil kecilan dan memang zero pasal website, mana lagi better ya ? Buat blog and beli domain or beli hosting and domain from the same place ? Thank you :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. pada pendapat along, buat blog dan beli domain lebih better... sebabnya, dulu along pernah beli hosting dan domain.. pasang dekat wordpress... Tapi, 3 kali jgklah kena hack... Lepastu, untuk maintanence hosting dgn domain tu agak tinggi. Sebab tu banyak company bsar, byr web designer untuk buat dan maintan diorang punya website. Jika Tuan ada budjet yang lebih, tuan boleh upah web designer untuk buatkan website yg bersesuaian mengikut kehendak tuan.. Tapi, jika tuan sekadar ingin maintain sndri, buat masa skrg, cdgn Along, Tuan buat blog dan beli domain sahaja... :).. Harap membantu..

      Delete
  17. Adakah caranya masih sama pada tahun ini?

    ReplyDelete
  18. Ambe guna wordpress mcm mn nk akyifkan di wordpress...mohon bantuan

    ReplyDelete
  19. terima kasih sebab tolong sy beli dan pasang domain sendiri. cuma netkl dah update tab dia, byk yg baru.

    ReplyDelete