Ayah, solat terawih ni sampai bila?

Thursday, June 18, 2015 Rahim Aim21 2 Comments

ABAH, SOLAT TERAWIH SAMPAI BILA?


Didiklah anak-anak anda daripada kecil


Bismillah.....





Assalamualaikum dan salam 1 RAMADHAN AL-MUBARRAK. Along iningin kongsikan, salah satu perkara yang berlaku semalam. Sewaktu Along berada di surau untuk solat secara berjemaah bagi menunaikan solat fardu isya` dan solat sunat terawih bagi malam yang PERTAMA bagi sesi RAMADHAN pada tahun ini, Kebetulan, tanpa Along pinta, telinga Along telah MEMICING sedikit perbualan di antara seorang anak kecil bersama bapanya, persoalan berkaitan dengan solat sunat TERAWIH ini,





Herm, persoalan yang di timbulkan oleh anak itu memang sepatutnya timbul, namun jawapan yang diberi oleh si bapa di harapnya tidak berkesudahan di situ sahaja. Kerana di sinilah antara tanggungjawab sebenar Ibu dan Bapa, dalam memberi pencerahan kepada anak-anak dalam bab agama. Didikan agama, bukan sahaja di beri tanggungjawab sepenuhnya kepada sebelah pihak sahaja. Contohnya, guru di sekolah sahaja, atau isteru sahaja ataupun suami sahaja. Ianya tanggungjawab bersama dalam mendidik GENERASI islam yang bakal menjadi pemimpin sebuah keluarga organisaisi sosial mahupun negara pada suatu masa nanti.

Untuk ber HUSNUS DZHON atau BERSANGKA BAIK akan apa yang berlalku semalam, Along rasa, mungkin si bapa, ketika berada di rumah, Akan berbual santai dengan kanak-kanak tersebut serta bagi pencerahan berkaitan dengan RAMADHAN, SOLAT SUNAT TERAWIH serta KELEBIHAN BERAMAL DI BULAN RAMADHAN agar si anak lebih memahami situasi sebenar di bulan RAMADHAN yang di muliakan Allah ini.

Selain GURU dan IBU BAPA, Abang-abang dan Kakak-kakak juga punyai tanggungjawab dalam memahamkan adik-adik yang masih kecil, berkaitan dengan bab agama khususnya kewajipan berpuasa di bulan RAMADHAN, memandangkan hari ini bermualanya, 1 RAMADHAN 1436 H. Didiklah kanak-kanak sejak dari mereka kecil lagi kerana mereka ibarat kain putih. Cantingkanlah CORAK yang benar-benar indah dan CANTIK, yang berlandaskan Syara`. Agar kelak, mereka menjadi Muslimin dan Muslimah, Mukminin dan Mukminah yang Soleh dan Solehah dari kecil sehinggalah selamanya.



Adios................
MAASSALAMAH..................

2 comments:

  1. kadang-kadang agak sukar untuk menerangkan kepada budak2 yang suka bertanya,tetapi apa sahaja jawapan si ayah bagi,itulah yang diterima oleh si anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal Kak Khaty... Tetapi kan, sesukar mana nak terangkan kat mereka... Ibu bapa tetap kena teruskan usaha, agar kanak-kanak kecil faham / cepat faham dengan situasi yang di lalui..... Sama macam iklan burung murai tu..hehe... Mendidik erti kesabaran dalam hati dan jiwa ibu bapa :).. kan bagus tu.. hehe

      Delete