Baju bercorak di belakang punca gangguan jiwa

Friday, June 05, 2015 Rahim Aim21 4 Comments

CORAK DI BELAKANG BAJU | GANGGUAN KETIKA SOLAT


Jangan biarkan hidup kita ini, terus diselubungi dosa ini


Bismillah...



Gambar Ihsan : INCIK GOOGLE



Assalamualaikum, salam jumaat dan salam tengah hari buat semua. Hari ni, terasa tearmat panas sekali, Berbutir-butir peluh jantan Along keluar sepanjang Khutbah Jumaat sehinggalah tamat Solat Jumaat. Di tambah pula, dengan Along berbaju melayu berwarna biru hitam yang gelap, menarik lagi minat sang mentari untuk memberi kehangatan tahap maksima ke atas tubuh Along yang COMEL versi lelaki ini.

Apabila anda-anda semua, melihat gambar di atas? Apa yang berlegar di minda korang? Cantik? Buruk? Bagaimana pula dengan tulisan yang tertera? Apakah korang abaikan atau korang baca satu persatu? Pernah tak korang, bila ternampak sesuatu yang agak menarik perhatian mata korang, korang abaikan perkara tu? Pernah? 

REALITI DAN FAKTA, Itulah yang berlaku ketika solat. Bila kita solat, bagi sesetengah orang yang sukar untuk khusyuk, pasti akan terganggu dengan apa yang berada di hadapan serta sekeliling mereka. Lagi-lagi bila terpandang belakang baju jemaah yang betul-betul berdiri di barisan hadapannya, ada TULISAN, ada CORAK ABSTRAK, ada LUKISAN dan juga GAMBAR. Pasti akan mula berlegar tanda tanya di minda secara spontan.

Di sinilah berlakunya, gangguan jiwa tersebut Tanpa syak dan tanpa ragu lagi, PAKAIAN atau BAJU yang di pakai oleh orang tersebut, telah menjadi punca GANGGUAN JIWA tanpa orang tu sedar. Orang tu, boleh jadi KITA, KAWAN KITA, KELUARGA KITA ataupun KENALAN JJAUH KITA. Siapa tahu kan? Tiada mansusia yang sempurna, tiada juga manusia yang terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada dalam keadaan sedar mahupun tidak. Kerana kita sekadar MANUSIA BIASA.

Adios~................MAASSALAMAH :)

4 comments:

  1. ingatkan cover phone baru tadi Along.. huhu.. bagi org pompuan pulak, sekrg dh macam2 jenis telekong..cantik2..renda.. yg org belakang mesti tak khusyuk cantik sgt telekung org depan ni..gituuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekekekeke... masa buat entry ni..google2..cari gambar orang pakai baju, tapi menghadap ke depan..xjumpa.. tu yang timbul idea tuk guna gambar casing phone tu..hehe.. Yang telekung tu.. Along sangat setuju.. kesian orang belakang... huhu..

      Delete
  2. betul along...skrg baru akk tahu, kenapa dulu masa sekolah, ustaz akk cakap, kalau solat, jangan dok pakailah baju ada logo2, corak-corak sangt...rupanya boleh terganggu orang lain yang tengah khusyuk solat...terima kasih mengingatkan akk :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru akak tahu atau baru akak ingat? Ahha... Same2..saling mengingati..

      Delete