Bila Hati Terusik

Friday, June 05, 2015 Rahim Aim21 4 Comments

BILA HATI TERUSIK | AKAL MULA MENARI


Jangan mudah menaruh rasa, Kelak hati akan hampa.


Bismillah...



Gambar Ihsan : INCIK GOOGLE


Assalamualaikum dan selamat kembali untuk membaca hasil tulisan dari blogger yang teramat picisan di dimensi BLOG yang serba indah, di hiasi dengan bunga ros putih dan merah, serta bunga kemboja yang cantik belaka. Tidak lupa juga buat bunga tayar dan bunga api, yang apabila semakin di guna pakai oleh manusia, semakin cepatlah proses hakisan mereka. Yang tu, secara tiba-tiba.. Hehehe.


Ketika kita melalui kehidupan saban hari, menjalani kehidupan yang dipenuhi cabaran dan pengembaraan, ketika itulah kadang-kadang, kita mudah alpa, kita mudah leka dengan permainan dunia. Permainan perasaan dan juga permainan jiwa. HATI. HATI kita sangat mudah terusik dengan kebaikan yang zahir, walau hakikat kita tidak tahu, apakah yang tersembunyi di dalam diri manusia lain.

Percaya atau tidak, Along yakin korang percaya. Sebagai contoh yang wujud dalam minda kanak-kanak Along yang belum matang ini, hati perempuan lebih mudah terusik berbanding lelaki. Bila seorang lelaki melakukan banyak kebaikan ke atas seorang perempuan, minda perempuan kebiasaannya akan berfikir, "Dia suka kat aku ke?" atau mungkin "Baiknya dia, alangah indahnya kalau dia tu pakwe aku!" atau sebagainya. Ia realiti, Berapa ramai perempuan cantik, pakwe tak hensem? Bukan Along nak persoalkan takdir jodoh, namun mesti ada suatu keistimewaan pada PAKWE-PAKWE perempuan-perempuan yang cantik tu sehingga mereka terpikat.



Gambar Ihsan : INCIK GOOGLE


Ada pula, sesetengah daripada lelaki, bersikap PLAYBOY walau hakikat, muka tak lah sekacak mana, perangai pula tidaklah semegah mana, AWEK pula CANTIK yang amat. Kerana apa, kerana secara zahir, secara mata kasar, lelaki-lelaki tersebut, baik bak MALAIKAT, tiada dosa mahupun cacat cela. Sebab tu ramai AWEK terpikat, kerana apa? KERANA HATI PEREMPUAN MUDAH TERUSIK! Terlalu MUDAH! Persoalannya salah siapa? Apakah salah si lelaki 200%? Apakah si perempuan adalah insan teraniaya? Apakah si perempuan seorang yang telah ditipu secara kejam oleh seorang lelaki, tanpa ada sedikit pun kesalahan diletakkan atas diri sendiri?

Bila kata bab perempuan, pasti pernah dengar istilah " MAWAR BERDURI DI TAMAN LARANGAN YANG DI PAGARI DAWAI YANG TAJAM DAN DIHADANG DENGA TEMBOK BESAR CINA" Pasti pernah dengar kan? Kalau tidak pernah dengar, tu Along tulis, baca kuat-kuat sampai telinga dengar.

Sebagai perempuan, jagalah diri, jagalah iman, jagalah hati. InsyaAllah... hidup anda semua akan diberkati dan dipermudahkan Allah... Jangan mudah menaruh rasa, kelak hatimu akan hampa, Jadilah seperti bidadari, sukar di dapati. Jadilah seperti rama-rama, cantik dipandang oleh mata.

Jangan mudah memberi hati, kepada insan bernama lelaki. Jangan mudah menaruh rasa, pada insan yang hanya menunggu masa. Menunggu masa yang sesuai untuk menjerat mangsanya. Jangan mudah percaya, akan kata-kata janji yang hakikatnya tiada. Jangan lupa, untuk saling mengingatkan sesama kawan, kerana hidup di dunia bukannya untuk mencari lawan.


Adios duhai muslimah, jangan biar hatimu mudah terusik.... MAASSALAMAH...........

4 comments:

  1. apa adios2 ni, ayat kita tau. jangan amek. cett

    bagus2 entri ni. perempuan ke lelaki ke, kalau betul dia sejati, kalau betul dia kenal apa itu erti CINTA, dia takkan sesuka hati memilih ikut paras rupa sahaja. sebab dia tahu benda tu xkekal lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eley... Along dah lama la guna Adios... dengan MAASSALAMAH tu... so..xd istilah amek ayat kak amy ok?ahha..

      Delete
  2. betul jugak kan, mmg betul hati perempuan ni lebih mudah terusik banding dengan hati lelaki... bila along kasi contoh lelaki yang tak hensem, perangai pun tak berapa, tapi awek cantik giler, ehhmm baru akk terpikir...haah, perempuan ni hati dia lembut sangat, mudah jer terusik tuh...hihihi akk sendiri pun :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru akak terfikir apa? Yang akak tu CANTIK? ahha

      Delete