#CABARAN20HARI ERTI PUASA PADA ALONG

Saturday, June 27, 2015 Rahim Aim21 12 Comments

ERTI PUASA PADA DIRI INI


RAMADHAN YANG MULIA | PENINGKATAN AMALAN BERMULA



Bismillah...
Al-kisah...

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015  Hari 1 - 6


Assalamualaikum dan selamt tengah hari. Semoga semua PEMBACA ceria-ceria belaka disamping keluarga tercinta. Alhamdulillah, Along bersyukur kepada Allah, selesai sudah peperangan Along di medan juang yang bergelar PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER bagi semester 4, Maka, genaplah dua tahun Along bergelar pelajar UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA bagi IJAZAH SARJANA MUDA KOMUNIKASI DENGAN KEPUJIAN bagi sesi 2014/2015. Hanya berbaki DUA TAHUN sahaja lagi untuk Along menamatkan segala pelajaran di bumi ilmu yang bernama USIM ini. Menunjukkan, perjalanan Along telah pun melewati SEPARUH daripada perjalanan yang sepatutnya.


(PERENGGAN DI ATAS SEKADAR PRAKATA DARI PENULIS)

Menyahut cabaran 2020 20 hari puasa/raya 2015, Along akan mulakan ENTRY yang pertama iaitu APA ERTI PUASA PADA ANDA? ANDA dekat sini merujuk pada Along lah kan? Memandangkan Along penulis ENTRY ini... :)

Sebelum tu, Along nak korang semua baca ENTRY ni, iaitu ENTRY yang Along pernah tulis, sebelum tibanya kedatangan RAMADHAN :



Bila kita berbicara soal puasa, perkataan PUASA sendiri dah menunjukkan ianya suatu yang UMUM. UMUM dari segi PEMBAHAGIANNYA. Ada puasa WAJIB, ada juga puasa yang SUNAT. Dan kedua-duanya membawa pengertian yang sedikit berbeza buat Along. Herm...

Disebabkan Puasa Ramadhan merupakan puasa yang kita lalui sekarang, eloklah Along MENDEFINISIKAN erti PUASA RAMADHAN mengikut perspektif kaca mata oren yang Along tengah pakai ni.

PENGERTIAN biasa yang kita biasa dengar seperti menahan makan dan minum, jimat cermat, nak menguruskan badan, nak menahan nafsu, nak berhenti hisap rokok, nak tingkatkan amalan, dan macam-macam lagi lah. ITU SEMUA KLISE! KLISE yang saban tahun kita guna pakai tiap kali orang tanya kita. Dan bermacam-macam lagi KLISE lain yang dibangkitkan oleh kita dan juga mereka.

PENGERTIAN Ramadhan bagi Along, Along akan jadikan ianya sedikit luar biasa. Pada Along, erti puasa diwaktu bulan RAMADHAN adalah PENYUCIAN HATI DAN JIWA. Jika kita letak segala jiwa raga dan benar-benar menjalani pausa RAMADHAN mengikut cara yang sepatutnya, InsyaAllah, HATI DAN JIWA kita akan berjaya DISUCIKAN dari segala aspek kekotoran dan kemaksiatan sepenuhnya.

Namun, ianya bukan semudah A,B dan C. Tidak juga semudah 1,2 dan 3. Ianya perlu di lakukan dengan sepenuh hati secara benar-benar iklhlas. Ikhlas di sini bukan bermakna mengharap balasan daripada Allah seperti syurga mahupun pahala, namun, IKHLAS di sini membawa maksud tidak mengharap apa-apa, melainkan kita melakukannya kerana ingin medapatkan keredaannya sahaja.

Persoalannya.... Bersediakah kita? Sudah bermulakah kita menongkah perubahan? Apakah jiwa kita masih dibelenggu kekotoran ketika ini? Tiada erti kata, SUDAH TERLAMBAT selagi mana PINTU TAUBAT tidak ditutup RAPAT. Tiada erti kata TIDAK MAMPU, selagi mana kita tidak mencuba SEGALA YANG PERLU.


Berubah untuk diri kita, bukan kerana mereka yang bergelar manusia.
Sayangi dan cintai diri, berhenti menzalimi diri sendiri.

Berhenti jadi angkuh, sebelum kita terjatuh.
Bangkit mengejar perubahan, agar kita tidak keciciran.



Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH...........

12 comments:

  1. Bagus along entry ni.. entry origunal dan x klise..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurangkan Klise... tingkatkan prestasi... Berdiri atas kaedah penulisan sendiri.

      Delete
  2. setuju along ia bulan penuh rahmat, sudah pasti bulan untuk menyucikan jiwa.

    perkongsian yang baik along

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abg Arz.... Bantu isteri dan anak-anak tu.. sucikan jiwa sama-sama :)..hehe

      Delete
  3. Wa tahniah along ! selamat bercuti sem ! btw Nice entry ! Bulan Ramadhan adalah sebaik2 bulan untuk kita muhasabah diri :)

    ReplyDelete
  4. selamat berpuasa along..moga bertemu malam lailatul qadar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. LailatulQadar.. mudah-mudahan kak mas... huhu..Semoga semua ahli EFG berjaya menemui malam lailatulqadar... :)

      Delete
  5. Selamat menempuhi bulan ramadan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah KAk Lya... Cuma tulah... Tahun ni mencabar sikit, memandangkan demam tak baik-baik

      Delete
  6. Replies
    1. Terima kasih sudi singgah :).... Sama2lah kita sntiasa menjadi hambanya yang bertaqwa

      Delete