#CABARAN20HARI PENGALAMAN SAHUR ALONG YANG MENARIK

Sunday, June 28, 2015 Rahim Aim21 6 Comments

#CABARAN20HARI PENGALAMAN SAHUR ALONG YANG MENARIK


Di Akhir waktu...


Bismillah...
Al-kisah...

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015


Assalamualaikum buat para pembaca blog PICISAN yang semakin FAMOUS AMOUS ini. Along harap, korang semua kekal setia membaca blog Along, kekal setia melawati blog Along dan kekal setia meninggalkan jejak langkah korang di blog Along ini.

Along ni, bila berbicara bab sahur. Sebenarnya, jarang-jarang sekali bangun sahur. Eh? Jangan salah faham. Maksud Along adalah, Along jarang-jarang sekali bangun bersahur bersama keluarga / kawan-kawan. Aatu erti kata lain, Along lebih "PREFER"  bangun dari tempat pembaringan, minum air masak / makan roti / makan kuih yang tak habis semalam / trus tak bangun langsung. Kebiasaannya, makanan=makanan dan air tu Along sudah sediakan dalam bilik Along atau berdekatan dengan Along. Sebab tu, Along jarang-jarang sekali bangun sahur untuk menyerertai orang lain bersahur. (Jangan pening kepala sudah la ya?)

Bila menulis tentang pengalaman sahur, sudah semestinya Along tidak banyak pengalaman sahur yang menarik. Herm... Namun, segalanya telah ditakdirkan Allah. Along telah melalui pengalaman sahur yang sangat unik baru-baru ini.

"Baru-baru ni, Along telah bersahur sebanyak 2 kali. Siapa sangka, rezeki itu datang tanpa kita pinta pun. Sahur yang pertama, sekitar jam 4.10 minit pagi. Along sahur seorang diri seperti kebiasaan. Kuih yang tidak habis semalam, Along makan dengan khusyuk. Air masak pula ibarat air strawberry yang sangat lazat. Kemudian, Along sambung tidur. Sekitar jam 5.15 pagi, kawan serumah Along kejut Along untuk sahur bersamanya. Memandangkan, makanan yang di bawa baliknya semalam, agak banyak sehingga boleh di makan 2 ke 3 orang. Entah mengapa, Along boleh bangun, lantas mengikutinya ke ruang tamu. Waktu itu, 10 minit lagi sebelum tamatnya waktu sahur, Along makan dengannya secara berjemaah iaitu nasi putih, ayam yang di masak ala-ala ayam nasi arab berserta sos cili. Setelah habis memakan kesemuanya, Along dapati, masih ada ayam yang berbaki di dalam PLASTIK di dapur, lalu Along pun mengeluarkannya, meletakkannya di dalam pinggan. Kemudian, sos cili pula di tuang sekitar ayam tersebut sebagai penambah perasa. Di saat Along memakan ayam tersebut dengan penuh kenikmatan dan kelazatan, secara tiba-tiba, Along terdengar suara laungan azan dari kejauhan. Sayup-sayup sahaja bunyinya. Namun, untuk beberapa ketika, suara azan tersebut hilang dan tenggelam. Pada awalnya, Along merasakan, ianya hanyalah MAINAN PERASAAN Along sahaja, maka, Along pun meneruskan makan. Beberapa saat kemudian, Along terdengar lagi laungan azan tersebut. Kali ini, barulah Along benar-benar yakin, waktu subuh telah pun masuk. Along dengan pantas dan segera, mengeluarkan segala macam makanan yang berbaki dan bersisa di dalam mulut. Berkumur-kumur sebersih yang boleh. Cuma, apa yang Along rasa terkilan, Along tidak dapat minum air. Bayangkanlah, mulut yang dipenuhi makanan, sampai masa, terpaksa dikeluarkan makanan tersebut. Tanpa anda berkesempatan untuk minum air. Pasti anda semua akan merasa ketidak selesaan tahap melampau dalam mulut anda semua. Untuk menangani isu ini, Along dengan pantas, ke bilik air, memberus gigi sebersih yang mampu.

The End..."


Itulah dia, pengalam sahur Along yang MENARIK dan agak KLISE dengan pengalaman sahur orang lain. Mungkin, cerita hampir sama, namun situasinya sedikit berbeza. Sebagai contoh, kawan serumah Along, nama dia AMIR AKMAL, cerita pengalaman sahur dia tidak kurang hebatnya. BAru juga terjadi beberapa hari yang lalu. Katanya, Selesai sahaja dia mengacau air milo sebanyak 3 kali, belum sempat minum, Azan telah pun berkumandang. Tak ada rezeki, nak buat macam mana kan?



Itu sahaja..
Salam Ukhuwah..
Adios...
MAASSALAMAH.............

6 comments:

  1. Selamat berpuasa Along, jangan lupa niat puasa... dan jangan lupa bersahur

    ReplyDelete
    Replies
    1. niat puasa? Got it Bonde... ahha... InsyaAllah..tahun ni.. takkan lupa untuk bersahur.. Melainkan, hari tersebut memang tak tersedar langsung...hehe

      Delete
  2. Mak aiii ko mkn tak tgk jam ke long..hahaha mesti dahaga kan kan ..dah laa sos cili hehehe..takpe tu semua pengalaman...sahur dua kali tuu selera benor mkn pagi2 ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Lya... bukannya slalu... Adeyh.... tula pasal, dahaga tahap apa dah time tu..hehe.... Ayam dalam mulut pulak..hurm... adeyh..hehe

      Delete
  3. Rasa macam tak lengkap kalau tak dapat minum air..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu betul... Walhal makan bubur kacang hijau or bubur pulut hitam pun, kalau boleh, nak bilas mlut gna air..hehe

      Delete