#CABARAN20HARI Resepi Sahur Paling Ringkas

Monday, June 29, 2015 Rahim Aim21 15 Comments

#CABARAN20HARI Resepi Sahur Paling Ringkas


Sahur... Herm...


Bismillah...
Al-kisah...


#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015


Assalamualaikum selamat petang. Waktu-waktu begini sepatunya along berbicara berkaitan dengan menu berbuka, memandangkan WAKTU SAHUR telah meninggalkan kita beberapa jam yang lalu. Entry yang sebelum ni, Along ada menulis berkaitan dengan PENGALAMAN SAHUR ALONG yang sangat berhubung kait dengan entry pada hari ini iaitu RESEPI SAHUR PALING RINGKAS. Ada ke? Ada sahaja sebenarnya. Sebelum tu, mari kita definisikan perkataan RESEPI terlebih dahulu. Mengikut kamus DBP, perkataan RESEPI membawa maksud yang sama dengan perkataan RESIPI. 

Cumanya, Along sendiri kurang arif dan pasti. Mengapa kedua-duanya mempunyai ejaan yang berbeza. Definisi RESEPI / RESIPI mengikut KAMUS PELAJAR... ialah "KETERANGAN MENGENAI RAMUAN DAN CARA MEMASAK SESUATU". Tapikan, untuk waktu bersahur, Along jarang memasak. Apatah lagi Keluarga Along sendiri. Kerana Kami lebih PREFER menghangatkan semula makanan semalam untuk di jadikan makanan di waktu sahur. Jadi, macam mana Along nak kongsikan RESEPI/RESIPI ringkas untuk para pembaca semua?

Herm... Resepi/resipi? Ringkas? Sahur? Along pun terfikir suatu jenis makanan. Turun temurun dari beratus-ratus tahun yang lalu. Makanan yang cukup mudah untuk disiapkan dan di masak ketika sahur. Hanya memerlukan 3 jenis bahan sahaja. Eh, salah! 4 Jenis bahan sebenarnya.

RESEPI/RESEPI Turun Temurun : ROTI TELUR KARI ADABI


1) Roti (Terpulang berapa keping)
2) Telur (Bergantung pada bilangan roti)
3) Serbuk Kari Adabi (Bergantung pada berapa biji telur)
4) Garam (Secukup rasa)

Cara-cara nak buat :

1)  Keluarkan roti daripada plastik ( Terpulang nak berapa keping)
2)  Pecahkan telur ke dalam mangkuk (bergantung pada bilangan roti)
3)  Masukkan serbuk kari Adabi & Garam mengikut sukatan yang bersesuaian ke dalam mangkuk yang berisi telur
4)  Gaulkan ketiga-tiga bahan sehingga sebati
5)  Panaskan Kuali,
6)  Bila kuali dah panas, letak minyak secukupnya sahaja.
7)  Roti di celup ke bahan bancuhan telur (pastikan bahagian belakang dan hadapan di liputi telur)
8)  Goreng roti
9)  Ulangi sampai selesai menggoreng roti yang telah di celup ke dalam bancuhan telur
10) Sedia untuk di makan (Pastikan di makan sebelum tamat waktu sahur)


Herm... Itu sahaja Resepi Ringkas dari CHEF ALONG aka RAHIM AIM aka BUDAK PRIHATIN aka PEMILIK TANAH INI. Mudah bukan? Ringkas bukan? Nak resepi lain? Boleh tunggu, tak lama lagi Along bakal mengeluarkan buku resepi masakan SAHUR yang ringkas dan mudah di bawah syarikat buku EXCHANGEFEEDGROUD. (Tolong jangan percaya, pembohongan yang terang lagi nyata).

Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH...........

15 comments:

  1. wooo..1st time ni roti telur ada perisa kari..nnti boleh cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada perisa lain lagi.. perisa blackpaper, redpaper (eh?)...ahha

      Delete
  2. Resepi turun temurun kak yoorin..pasti kari tu kari ADABI...ahha

    ReplyDelete
  3. wah resepi turun temurun ni, cayalah along :)

    ReplyDelete
  4. hoho tak terfikir la plak nak buat roti telur berperisa macamni :) trimas coz sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome... cuba jgn x cuba..skali skala ubah slera..

      Delete
  5. boleh try ni. heheh:D
    Terima kasih efg sebab bagi sokongan pada Nani. In sha allah sikit2 saya bina balik semangat diri :)

    ReplyDelete
  6. Oooo bestnyer..fuyoo resipi tuuu ..ok nnt blh cuba ..ringkas itu mudah..tak gtu long

    ReplyDelete
  7. tak pernah cuba pulak dengan kari.. eemm.. menarik.. boleh cuba ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try many combination..hehe.. dengan milo ke..kopi ke... hehe

      Delete
  8. wow nampak menarik roti ni. hahahaha. simple pun simple la juga

    ReplyDelete