GELANDANGAN | TERPAKSA ATAU SUKA-SUKA

Tuesday, June 09, 2015 Rahim Aim21 2 Comments

HIDUP SECARA GELANDANGAN | TERPAKSA ATAU SUKA-SUKA


SELAGI KUDRAT ADA, APA SALAHNYA MENCUBA


Bismillah...


Assalamualaikum dan selamat tengah hari, selamat datang dan selamat kembali. Selamat beristirehat dan selamat melayari blog rahimaim.com yang serba indah dan cantik ini. Yang dihiasi dengan warna-warna kehidupan hasil coretan papan kekunci yanv ditekan ikhlas oleh sang pemilik blog yang COMEL versi lelaki.

Hari ni, Along nak kongsikan pengalaman Along yang pernah Along lalui suatu ketika dahulu atau tidak lama dahulu bersama rakan dan taulan, menelusuri kehidupan insan-insan bergelar GELANDANGAN.

Persoalan mida yang timbul adalah, apakah orang-orang yang hidup secara gelandangan, memilih cara hidup tersebut secara terpaksa atau suka-suka? Bagi yang pernah ikuti program kemasyarakatan seperti Along sertai ini, pasti akan lalui perkara yang agak sama. GELANDANGAN hanya akan hadir pada waktu tertentu sahaja.... Pada waktu lain mereka ke mana? Wallahualam.

Ada di kalangan para gelandangan yang masik sihat tubuh badan, masih punya kudrat dan mampu untuk jana pedapatan melalui pekerjaan, namun mengapa mereka tidak bekerja?Along sendiri tiada jawapannya...

Setiap orang, berbeza persepsi minda. Bukan nak tunjuk Along skeptikal atau apa terhadap GELANDANGAN ni, sebabnya, Along juga melihat mereka sebagai manusia, manusia yang masih mampu untuk betfikir, dan keluar dari kepompong mereka sendiri. Kepompong yang telah lama mereka rasa aman, tenang dan harmoni serta selesa. KERANA, takkan selamanya, DUNIA mereka akan kekal begitu..

Maaf, terbebel macam mak nenek yang guna gigi palsu. #KC mohon terasa


Adios.......
MAASSALAMAH.......

2 comments:

  1. orang sihat tak semestinya mampu memiliki rumah...tapi sekurang-kurang mampu mencari peluang pekerjaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Abg FR.... Rumah tu belakang ceritalah kan, yang penting cari pekerjaan, jana pendapatan sendiri :)

      Delete