Kisah Asiah Cerita Firaun - bahagian 1

Monday, June 22, 2015 Rahim Aim21 2 Comments

KISAH ASIAH, CERITA FIRAUN - BAHAGIAN 1


Bismillah....
Alkisah...





Assalamualaikum,salam ukhuwah buat pembaca-pembaca sekalian. Entry ni, Along pernah tulis, suatu ketika dahulu. Zaman di mana, Along cuba untuk membangunkan suatu blog RASMI yang dinamakan TINTA ILMIAH. Namun, dek kerana, sikap HANGAT-HANGAT TAHI AYAM yang Along lalui suatu ketika dahulu, Blog tersebut langsung tidak dikemaskini dan terbengkalai begitu sahaja. Makanaya, Along akan ambil semua bahan-bahan di blog tersebut, dan berkongsi di blog RASMI Along yang sekarang ini. :)


KISAH ASIAH...


"Asiah,itulah nama seorang isteri kepada pemimpin yang bergelar firaun suatu ketika dahulu.Siapa yang tidak mengenalinya.Beliau telah mengasuh nabi kita yang mulia iaitu Nabi Musa Alaihissalam.Pada zaman kehidupannya,suaminya iaitu Firaun telah bermimpi bahawa mesir terbakar dan penduduknya mati dalam sekelip mata.Apa yang tinggal adalah penduduk dikalangan bani israel.Kerana termakan dek tafisran ahli nujum negaranya bahawa negaranya akan diperintah oleh seorang lelaki dikalangan bani israel,lantas di arahnya bala tentera serta askarnya membunuh setiap bayi lelaki yang lahir di kalangan bani israel.

Kelahiran Nabi Musa telah berjaya dirahsiakan oleh ibunya iaitu Yukabad.Yukabad menjaga Nabi Musa selama tiga bulan sebelum menghanyutkannya ke Sungai Nil kerana merasa bimbang akan keselamatannya.Tatkala Asiah sedang mandi di Sungai Nil,beliau telah menjumpai Nabi Musa dalam keadaan bayi itu lantas dibawanya ke istana.Tatkala berada di istana,Firaun dengan pantasnya menghunuskan pedang ke arah bayi yang di bawa Asiah untuk membunuhnya.lalu Asiah berkata,

"JANGAN DIBUNUH ANAK INI KERANA AKU MENYAYANGINYA,LEBIH BAIK KITA MENJADIKANNYA SEPERTI ANAK SENDIRI KERANA AKU TIDAK MEMPUNYAI ANAK"

Bermulalah kisah Asiah bersama Nabi Musa.Begitu juga kisah Yukabad mengasuh Nabi Musa semula setelah Asiah mencari pengasuh untuknya.Macam-macam yang mereka lalui sehinggalah Nabi Musa menjadi Nabi serta Rasul bagi kaum Bani Israel ketika itu."




Bukan kisah Nabi Musa menjadi pilihan Along untuk kongsikan pada artikel kali ini.Akan tetapi kisah Asiah.Sebagaimana yang kita tahu,Asiah telah beriman dengan ajaran tauhid yang telah dibawa oleh Nabi Musa.Walaupun hakikatnya,dia tahu,suaminya cukup membenci agama yang dibawa oleh Nabi Musa Alaihissalam.

Pada zaman sekarang,apabila disebut soal hukum bagi seorang isteri yang ingin berubah walaupun mereka tahu,suami mereka telah jauh dari landasan agama islam sebenar,mereka akan berfikir beribu kali untuk buat keputusan.Ini adalah kerana,mereka sungguh takut pada suami mereka.Berkemungkinan besar,suami mereka adalah pemabuk,kaki pukul,kaki perempuan dan sebagainya.Oleh itu,untuk mereka buat keputusan yang sewajarnya,mereka ibarat dihimpit suatu perasaan takut untuk melakukan perubahan tersebut.

Oleh itu,pelbagai alasan yang mereka kemukakan,pelbagai alasan yang mereka utarakan untuk mengelak perubahan yang sepatutnya mereka buat.Sebagai contoh,Apabila pasangan suami isteri merupakan pasangan yang sangat sosial serta tidak menjaga batas pergaulan,tatkala terdetik di hati si isteri ingin berubah.adakah dia akan berubah?Semestinya,dia akan kekalkan gaya hidup seperti suaminya kerana dia akan takut dihina mahupun dikeji oleh si suami.Dia juga akan takut ditinggalkan oleh si suami kerana dia begitu menyayangi suaminya.

Tetapi,pernah tidak kita fikirkan kisah hidup Asiah yang beriman?Siapakan suaminya?Manusia yang telah menggelar dirinya tuhan bagi manusia pada zaman itu.Akan tetapi,Asiah tetap beriman serta mengamalkan ajaran islam.Andai sahaja Asiah seperti akak-akak serta mak cik-mak cik yang telah berkahwin serta ingin berubah tapi sering meluahkan pelbagai jenis alasan yang menjadi penghalang untuk berubah,WOW!mesti senang hidupnya!sebab Asiah tidak perlu beriman sepenuhnya!Kerana suaminya lebih dahsyat kerana mengaku dirinya sebagai TUHAN!

Tetapi,kerana Asiah yakin dan percaya dengan Islam,kerana padanya,tiada alasan yang boleh menghalangya daripada berubah!Kenapa para isteri di luar sana tidak boleh mencontohinya?Letakkanlah diri anda di tempat Asiah,maka anda akan tahu,kesusahan yang dialaminya bebanding anda semua.Oleh itu,Contohilah insan bergelar Asiah yang memegang jawatan sebagai isteri Firaun ini.Selamilah kisah hidupnya sepanjang dia  memeluk islam agar menjadi iktibar bagi mereka yang sering memberi alasan untuk berubah.

Kisah Asiah tamat di sini sahaja.Untuk mengetahui lebih lanjut jangan lupa buatlah carian di laman web Google.com untuk mengetahui kisah-kisah lain mengenainya.Jangan lupa baca bahagian kedua KISAH ASIAH,CERITA FIRAUN untuk artikel yang akan datang.Semoga Artikel ini memberi manfaat buat semua pembaca..


Salam Ukhuwah....Adios...
MAASSALAMAH..........

2 comments: