Kisah Asiah, Cerita Firaun - Bahagian 2

Monday, June 22, 2015 Rahim Aim21 2 Comments

KISAH ASIAH, CERITA FIRAUN - BAHAGIAN 2


Bismillah....
Alkisah....




Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh buat semua pembaca-pembaca setia mahupun pembaca-pembaca baru blog Rahim Aim. Hari ini, along ingin berkongsi cerita berkaitan Firaun kepada anda semua.Siapa FIRAUN? Takkan anda semua masih belum kenal insan bergelar Firaun? Dia lah manusia yang menggelar dirinya tuhan pada zaman Nabi Musa Alaihissalam.


CERITA FIRDAUS....



"Firaun merupakan suami kepada Asiah.Beliau merupakan peemerintah agung Mesir suatu ketika dahulu.Gara-gara mimpi yang pernah di alaminya,Firaun telah mengarahkan bala tenteranya membunuh setiap bayi yang baru lahir dikalangan bani Israel.Dia taksub dengan tafsiran mimpi yang telah dibuat oleh ahli nujumnya iaitu kerajaannya akan dikuasai lelaki dari kalangan bani Israel.

Sejauh mana kebenaran mimpi Firaun itu?Adakah ketakutannya itu suatu realiti?Ye,itulah kekuasaan Allah.Dari sebelum lahirnya Nabi Musa lagi,Allah telah memberi petunjuk kepada Firaun melalui mimpinya.Sesungguhnya,Allah itu maha besar lagi maha mengetahui.Setiap yang Allah lakukan,mempunyai maksud tersirat mahupun tersirat disebaliknya.

Siapa Firaun sebenarnya?Bagaimana dia menjadi pemerintah agung Mesir suatu ketika dahulu?Mengikut sumber pembacaan along, Nama sebenar Firaun merupakan Walid Bin Musab.Gelaran Firaun diberi kepadanya kerana dia selalu lari daripada membayar cukai apabila peminta pajak memintanya berbuat demikian.`FIR AUN` bermaksud "Lebih hebat dari seterunya".Beliau telah mengahwini Asiah yang merupakan anak pemerintah Mesir pada ketika itu.

Di pendekkan cerita,sewaktu Firaun mengejar Nabi Musa serta pengikutnya,Dengan izin Allah yang maha kuasa,laut merah terbelah membentuk sebuah jalan.Setelah keseluruhan pengikutnya menyeberangi laut tersebut,lalu dengan izin Allah juga lah laut tersebut bercantum kembali.Ketika itu juga lah,Firaun serta bala tenteranya yang sedang melalui belahan laut Merah mati lemas setelah tercantumnya kembali belahan tersebut.

Adakah anda bersedia mendengar cerita selanjutnya?

Sewaktu nyawa Firaun di hujung tanduk,beliau telah mengucapkan keimanannya serta mengakui keesaan Allah.Tika itu,Malaikat Jibril menyaksikan peristiwa tersebut.Mengikut sumber,ketika Jibril menyaksikan peristiwa itu,dia berkata bahawa andai dia mempunya kuasa,dia ingin menutup pendengaran Allah yang maha kuasa kerana dia takut,Allah beri taubat kepada Firaun.Tetapi,adakah Taubat Firaun diterima Allah?Tidak sama sekali."

Betapa besarnya kekuasaan Allah.Dia lah yang maha mengetahui segala sesuatu,maha berkuasa ke atas sekalian alam serta seisinya.TAUBAT FIRAUN TETAP TIDAK DI TERIMA.adakah anda semua tahu mengapa?Benar,pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja.Tetapi,apakah semua taubat diterima Allah?Mari kita selami maksud TAUBAT dalam Islam:

"MENYESALI SEGALA PERBUATAN DOSA DAN MAKSIAT,SERTA BERUSAHA DAN BERAZAM UNTUK MENINGGALKAN PERBUATAN TERSEBUT"

Sekarang,adakah anda tahu apakah itu taubat?Kita sering menggunakan masa muda kita dengan pelbagai urusan duniawi yang jauh dari ukhrawi.Ada sesetengah orang berpendapat,taubat itu biarlah dilakukan di usia tua mereka,akan tetapi,adakah mereka yakin mereka dapat hidup sehingga usia mencecah ke alam tua?Ada sesetengah orang pula berfikir,belum sampai seru untuk mereka berubah.atau jawapan sebenarnya ialah mereka BELUM TERBUKA HATI LAGI UNTUK BERUBAH.

Ajal maut,jodoh pertemuan semuanya adalah dibawah kekuasaan serta pengetahuan Allah S.W.T.Sebagai contoh,si pakwe sibuk ke hulu dan ke hilir berpegangan tangan dengan si makwe,berpelukan serta cium di khalayak ramai di dalam pusat beli belah.Sewaktu perjalanan pulang,mereka mengalami kemalangan teruk mengakibatkan si makwe mati dalam kemalangan tersebut,si pakwe pula dikejarkan ke hospital di temani ayahnya.Sewaktu dalam ambulans,si anak meminta maaf kepada ayahnya dengan suara tersekat-sekat kerana berada dalam keadaan nazak.Lalu si ayah mengajarnya mengucap kalimah Allah serta memintanya pohon keampunan daripada Allah.

Adakah taubatnya diterima Allah?tiada siapa yang tahu kerana ianya urusan Allah S.W.T.. Apa yang boleh along katakan,andai taubat itu dibuat kerana takut kepada kematian,bukan kerana penyesalan,berkemungkinan besar taubat itu tidak diterima Allah.Si pakwe dalam cerita di atas masih sempat mengucap kata taubat.Si makwe macam mana pula?meninggal tanpa sempat bertaubat.adakah kita ingin mengalami seperti peristiwa di atas?meninggal secara mengejut tanpa sempat bertaubat?

Begitulah satu lagi kisah yang penuh pengajaran. Along berharap agar para pembaca mendapat manfaat daripada kedua-dua kisah yang along tulis.untuk mengetahui lebih lanjut tentang kehidupan Nabi Musa serta Firaun,anda boleh layari link di bawah :




Sekian sahaja dari along buat anda semua hari ini..ASSALAMUALAIKUM...


Salam Ukhwah........
Adios........
MAASSALAMAH......

2 comments:

  1. Salam ramadhan along...
    #clickclicknufnang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahha..salam ramadhan kak Azi..nanti along balas kunjungan dengan #clickclicknuffnang..hehe

      Delete