MAKAN UNTUK HIDUP atau HIDUP UNTUK MAKAN

Sunday, June 07, 2015 Rahim Aim21 5 Comments

MAKAN UNTUK HIDUP atau HIDUP UNTUK MAKAN


PERSOALAN MINDA | PERSEPSI DIRI


Bismillah…



Gambar Ihsan : slideshare.net


Assalamualaikum dan selamat kembali. Selamat beristirehat dan selamat bercuti buat mereka yang bergelar mahasiswa bagi peringkat IJAZAH. Cuti-cuti juga, jangan salah guna cuti tu. Sebabnya, kan sekarang ni CUTI BELAJAR atau bahasa formalnya, cuti STUDY WEEK. Jadi, faham-faham sendiri la ya? Bila kata STUDY WEEK, bukannya ENJOY WEEK, bukan juga JIMBA-JIMBA WEEK. Hehehe....


MAKAN UNTUK HIDUP bukannya HIDUP UNTUK MAKAN, perumpaan ini telah lama diguna pakai selama berkurun-kurun lamanya oleh manusia. Persoalannya, apakah ianya diterapkan dalam hidup kebanyakan orang? Apakah orang gemuk itu banyak makan? Apakah orang kurus itu kurang makan?

Sebenarnya, bergantung juga pada kadar metabolisme diri. Macam Along, Along sekarang ni kurang makan. Makan pun, dalam 2 kali sehari sahaja. Contohnya, Nasi tu Along Ambil separuh pinggan lagi separuh pinggan, Along akan isi lauk-pauk. Macam ada seorang kawan Along pula, dia seorang yang kurus dan tinggi, tapi, bila Along tengok dia makan, MAK AIH!!! Banyak gila nasi dia!!! Lauk pun agak banyak juga. Terkejut Along. Cemburu pun ada. Herm...

Mungkin belum masanya untuk tubuh dia jadi GEMUK dan BERISI. Dulu, Along pun lebih kurang macam dia, KURUS. Badan Along mula jadi COMEL selepas tamat tingkatan 6 STAM. Dan sampai sekarang, sukar untuk mengurangkan keCOMELan ini. Mungkin memang sudah takdir Along, kekal sebagai lelaki yang SANGAT COMEL.

Ada orang, makan dan terus makan. Walhal diri sudah kenyang sekalipun, mulut tetap masih mengunyah makanan. Ada orang pula, mengamalkan gaya makan yang disarankan iaitu, berhenti sebelum kenyang. Ada pula yang mengamalkan gaya makan, berhenti setelah SENDAWA. Selagi tak SENDAWA, selagi itu lah dia akan terus makan.
KONKLUSINYA, makan tu, ingat-ingatlah orang lain, terutamanya Along.  Kalau ada PLAN nak makan DOMINOES PIZZA / KFC / PIZZA HUT atau mana-mana FAST FOOD, ajaklah Along makan sekali, sediakan BUDGET LEBIH untuk belanja Along...  Hehehe... (Tiba-tiba)


Amalkan Gaya Hidup Sihat,
Makan Ikut aturan yang sesuai.

Seimbangkan pemakanan,
Sesuaikan mengikut masa yang ditetapkan.



Adios.............. MAASSALAMAH.................

5 comments:

  1. petua dan sunnah nabi, kalau boleh kunyah 40 kali baru telan perlahan lahan, makan dengan tertib... selalunya kita tak sabar nak telan lagi2 masa tgh lapar. Betul lah dengan amalan makan sebelum lapar dan berhenti makan sebelum kenyang. Gemokn is ohsem!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang GEMOK is Owhsem PCL... I is COMEL versi lelaki... COMEL is gempak..hehe

      Delete
  2. makan untuk hidup Along..jgn terlebih makan k..ehhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Along cuma makan satu suap je k slama ni... Ehh..Ahha

      Delete
    2. Along cuma makan satu suap je k slama ni... Ehh..Ahha

      Delete