Ramadhan kembali lagi, Sudah bersediakah kita?

Friday, June 12, 2015 Rahim Aim21 11 Comments

RAMADHAN KEMBALI LAGI | SUDAH BERSEDIAKAH KITA?


Ihya` Ramadhan, bermula dari sekarang...


Bismillah...





Assalamualaikum dan salam SYA`BAN, bulan yang terpatri dalam susunan bulan-bulan islam iaitu sebulan sebelum menjelangnya RAMADHAN. Dalam tempoh lebih kurang 7 hari sahaja dari sekarang, bulan bakal berganti bulan. RAMDHAN bakal menggantikan SYA`BAN menunjukkan, bakal masuknya suatu bulan yang di wajibkan ke atas seluruh umat islam, BERPUASA. Atau erti dari segi pemahaman kasar kita, "MENAHAN LAPAR DAN DAHAGA, DARI TERBIT FAJAR SEHINGGA TERBENAK MATAHARI". Persoalannya, apakah itu sahaja erti puasa pada kita?

Dalam konteks perkara yang membatalkan puasa, kebanyakan kita tahu, Yang PERTAMA, semestinya, makan dan minum secara sengaja. Kedua, bersetubuh di siang hari, ketiga, muntah dengan sengaja dan sebagainya. Tak perlu rasanya Along hurai satu persatu. Apa-apa yang tertakluk kepada perkara yang membatalkan puasa yang korang tahu,

Cumanya, bagaimana pula dalam konteks amalan? Ada sesetengah pihak, yang bergelar kaum hawa, yang selama ni FREE HAIR, berjinak-jinak dengan tudung sewaktu berpuasa, atas alasan BULAN RAMADHAN bulan yang MULIA, jadi perlulah menghormatinya. Persoalannya, bulan ramadhan sahajakah bulan yang mulia? Bulan-bulan islam lain tidak mulia? Namun, apa Along nampak, kebanyakannya, tudung hanya simbolik, manakala pakaian tetap mengekalkan tradisi lama, ada yang ketat dan berlengan pendek, ada yang sekadar mengenakan selendang namun, rambut masih jelas kelihatan, ada yang masih berkain terbelah sana sini. Along tahu, sebab Along penah saksikan sendiri sewaktu Along pergi ambil bubur lambok(Tap pasti ejaan betul atau tak..hehe), di masjid tempat Along, kebetulan, terserempak dengan rakan perempuan sewaktu kami sama-sama bersekolah rendah dahulu. Apa yang Along nampak, cubaannya untuk mengenakan selendang itu suatu cubaan yang baik, cumanya, rambutnya masih jelas kelihatan, t-shirt yang di pakai pula berlengan pendek. Datang ke masjid, ambil bubur lambok dengan berpakaian sebegitu di bulan Ramadhan? 

Along bukan nak persoalkan, cara dan gaya hidupnya kerana jelas sekali dia bukan HIPOKRIT. Kerana, sebelum Ramadhan lagi memang sikapnya begitu, cuma selendang sahaja yang membezakan Ramadhan yang dilaluinya dengan bulan-bulan yang lain. Menunjukkan dia tunjukkan dirinya yang sebenar, tanpa perlu menipu sesiapa, walaupun di bulan Ramadhan, TAK HIPOKRIT bukan? Kerana sesetengah golongan hawa, golongan yang HEBAT. HEBAT kerana, mampu melanggarkan HUKUM ALLAH. HEBAT kerana telah lama hidup di atas muka bumi, dengan udara ciptaan Allah, kaki,tangan,mulut hidung dan segala macam anggota tubuh yang membolehkan seseorang manusia meneruskan kelangsungan hidup yang diberikan secara PERCUMA oleh Allah buat kita semua, dengan menjadi hamba yang sentiasa MELANGGAR HUKUM yang telah ALLAH tetapkan. Hebat lah tu kan?

Perenggan di atas, berkait rapat pula dengan kaum kami iaitu kaum ADAM. Kerana perempuan-perempuan di atas, kebanyakannya, terdiri di kalangan keluarga kita dan juga sanak saudara kita. Dalam konteks ini, kita ada tanggungjawab dalam menegur kesalahan mereka-mereka ini. Sebagai contoh, sebagai seorang AYAH / BAPA / ABANG / ADIK LELAKI / ATUK, kita bertanggungjawab menegur, menasihati, membantu serta membinbing perempuan-perempuan, wanita-wanita dari kalangan keluarga kita sendiri, hidup berlandaskan Syariat ISLAM yang SEBENAR. Bukannya ISLAM yang telah di olah dan di ubah suai, mengikut suka hati kita. Kerana apa? Jika, kita tidak menjalankan tanggungjawab tersebut dan terus-terusan membiarkan kaum HAWA yang ada di kalngan keluarga kita itu, berkemungkinan, NERAKA bakal menanti kita. Pernah tidak terfikir? Bahawa, kaum HAWA dari keluarga kita itu, bakal menyalahkan kita di akhirat kelak? Bakal mengatakana, kita punca mereka dalam keadaan begitu kerana kita tidak MENEGUR, MENASIHATI serta MEMBIMBIBNG mereka untuk menjalani kehidupan berlandaskan Syriat. Ada terfikir? Kalau setakat tegur sekali dua terhadap mereka, lalu putus asa kerana mereka degil tidak mahu mendengar pun tiada guna. Perlulah ISTIQAMAH! Sebagai kaum ADAM dalam keluarga kita, kita perlulah belajar erti TERUS ASA, bukannya erti PUTUS ASA!


Maaf kerana Entry pada hari ini, sangat SARKASTIK. Lebih kepada peringatan buat diri Along sendiri sebagai penulis. Semoga, persoalan yang Along timbulkan, serta jawapan yang Along berikan sedikit sebanyak dapat membantu anda-anda semua, para pembaca yang berada di luar sana, lebih bersedia menghadapi RAMADHAN pada tahun ini. Kerana bulan RAMADHAN bulan yang penuh BARAKAH. Bulan yang MULIA, bulan di mana, umat islam berlumba-lumba mengejar PAHALA.



Akhir kata :


AHLAN WA SAHLAN
WA MARHABAN BIKUM
RAMADHAN AL-MUBARAK
1436H / 2015


Adios.................
MAASSALAMAH......................



P/S :
Puasa berkemungkinan jatuh pada hari khamis (18 June 2015) iaitu minggu hadapan, BE PREPARED ok? TC semua... Salam sayang dari Along yang COMEL versi lelaki :)


11 comments:

  1. Tak sabar tunggu ramadhan....
    #clickclicknufnang

    ReplyDelete
  2. selamat menyambut bulan ramadan al mubarak dan selamat berpuasa :-)

    ReplyDelete
  3. Tidaklah sarkastik sangat Long. Yang pasti, teguran tu perlu untuk penambahbaikan bersama-sama =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Tq Kak Sha... Sudi singgah dan tinggal komen, betul apa Kak Sha cakap. Sebabnya, kadang-kadang, kita kena jadi berani dalam menegur...

      Delete
    2. Itu jugak yang dia nampak... Grrr.. Ahha..

      Delete
  4. selamat menunaikn ibadah puasa along

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menjalani ibadah puasa juga Kak KG :)

      Delete