SATU KEBURUKAN MENGATASI SEJUTA KEBAIKAN

Wednesday, June 03, 2015 Rahim Aim21 14 Comments

SATU KEBURUKAN MENGATASI SEJUTA KEBAIKAN


Kenapa keburukan lebih mudah di ingati berbanding kebaikan?

Bismillah...

Insaf

Gambar Ihsan : INCIK GOOGLE

Assalamualaikum dan selamat malam. Selamat sejahtera disamping keluarga tercinta. Bila dikatakan keluarga, bermaksud, KELUARGA, bukan tunang mahupun kekasih hati. Oraite? Kerana keduanya belum sah menjadi KELUARGA yang sebenar, jadi, berpada-padalah dalam menjalani kedua-dua hubungan tersebut. :)



Along nak bawakan satu contoh, contoh yang sebenarnya semua orang boleh datangkan pada bila-bila masa, cuma bezanya, nak atau tak sahaja. Rentetan daripada tajuk entry Along pada malam ini, adalah sebuah realiti, sebuah fakta dan sebuah kebenaran yang di alami oleh kita sebagai manusia, iaitu satu-satunya makhluk Allah yang dikurniakan Akal untuk berfikir.

Sebagai contoh, kita akan ada seorang kawan, seorang sahabat mahupun teman rapat. Selama ni, kita kenali dia sebagai seorang yang sangat baik, ibarat tiada cacat cela dalam perhubungan persahabat yang dijalani antara kita dan dia setelah sekian lama. Akan tetapi, pada suatu hari yang indah, tiada hujan mahupun TSUNAMI membadai diri, secara tiba-tiba, kawan kita tu berbuat jahat kepada kita, yang membawa maksud suatu keburukan kepada kita, atas sebab-sebab tertentu, sehinggakan, gunung berapi kita meletuskan larva yang tiada henti. Semestinya, dan pastinya, kita akan MARAH dan mula MEMBENCI sahabat aka teman rapat kita tu, untuk jangka masa yang lama, atau, SELAMANYA.

Itulah REALITINYA. Satu KEBURUKAN mengatasi sejuta KEBAIKAN. Kekadang, bukannya kawan kita tu sengaja pun nak sakiti hati kita. Bukannya dia ada niat langsung pun nak khianati kepercayaan kita. Percaya atau tidak, kadang-kadang, situasi yang membuatkan mereka terpaksa bertindak sedemikian rupa. Kita je yang tak bagi ruang dan peluang kepada mereka, untuk jelaskan situasi sebenar. Pulak tu, kadang-kadang, kita terpaksa relakan telinga kita mendengar, NAMUN, kita tetap dengan EGO kita, tetap dengan PENDIRIAN kita, menolak segala macam fakta yang dihuraikakan oleh kawan kita tu. Sebab SATU KEBURUKANNYA TELAH MENGATASI SEJUTA KEBAIKANNYA.

MUNGKIN... Kita lupa, kita juga manusia sepertinya. MANUSIA BIASA yang tidak akan terlepas dari melakukan apa-apa jua kesalahan terhadapa manusia lain. MUNGKIN... Kita lupa, kita bukan manusia yang sempurna, bukanlah manusia yang terlepas dari melakukan dosa, sama ada dosa BESAR mahupun KECIL. Semuanya yang pernah kita lakukan pada masa lampau, sehinggalah kini atau mungkin sehingga pada masa akan datang. Dosa yang berulang-ulang sama ada kita sedar mahupun tidak. KERANA KITA ADALAH MANUSIA! dan sifat kita adalah PELUPA!

Kita mudah maarh dan melenting, apabila kawan kita khianati kita. Tapi, kita RILEKS, TENANG, dan KOOL bila kita khianati Allah selalu. Apakah yang di ertikan dengan mengkhianati Allah? Meninggalkan kebanyakan perintahnya, serta mendekatkan diri dan melaksanakan kebanyakan daripada larangannya. Itulah pengkhianatan terbesar kita terhadap diri sendiri, juga terhadap Allah yang maha menciptakan segala sesuatu. Namun, Apakah Allah membenci kita? Apakah Allah melihat jijik pada kita seperti mana kita jijik melihat kawan kita yang baru pertama kali melakukan kesalahan terhadap diri kita. Allah maha pengampun. Itu realiti. Jadi kenapa kita tidak menjadi seorang yang pengampun? Mungkin kita boleh kata, Aku bukan TUHAN. Tapi, apakah kita lebih hebat dari Allah sedangkan Allah yang maha hebat itu sendiri mengampunkan kita yang bergelar manusia?

Tepuk dada, tanya hati, tepuk kepala, sendiri kena cari jawapan yang terpatri....


Adios Dan Belajarlah untuk memafkan, buang segala sikap amarah......MAASSALAMAH..............

14 comments:

  1. biasalah along... buat baik tak ada org nak pandang.. kalau buat jahat semua nak pandang pula.. dh tu dh tak nampak yg baik tu... sabar je lah manusia kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..manusia..kerana kita juga MANUSIA Kak Eny.. Manusia yang tak terlepas dari melakukan dosa... :)

      Delete
  2. Entri yang baik along. Penulisan juga semakin mantap. Betul along ibarat penjaga gol menepis banyak bola, tetapi kerana terlepas sebalik dia dipersalahkan.

    Kawan yang baik akan menerima kebaikan dan keburukan kawannya. Kawan yang baik juga memandang kebaikan yang ada pada diri kawannya yang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke Abg Arz? Hehe.. Along rasa penulisan Alongmacam sama sahaja... Bergantung pada tajuk entry kot. kekadang SERIUS..kekadang... bergelak ketawa :)...

      Tang penjaga GOL tu... wah...suatu cntoh yang agak baik..kenapalah along tak terfikir tentang contoh tu..hehe

      Kawanlah yang spttnya mmbntu kita..mnutup keaiban diri kita :)

      Delete
  3. perkongsian yang menarik along, sikap manusia yang suka menghukum melebihi dari mengenali seseorang individu itu sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manusia memang suka menghukum Kak Ana.... Namun, manusia tiada haq menentukan siapa dapat dosa..siapa dapat pahala..siapa masuk syurga..siapa masuk neraka.. :)

      Delete
  4. alangakh baik jika setiap manusia melihat keburuksn dirinya sendiri melebihi keburuukaan org lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alangkah indahnya kehidupan jikalau begitulah sikap manusia :)

      Delete
  5. entry yang sangat bagus along..lumrah manusia memang suka melihat keburukan dari kebaikan,walaupun pada dasarnya semua umat Allah di dunia ini tidak sempurna,jangan la cuba menjadi pengadil yang untuk perkara yang tidak pasti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila nampak sesuatu keburukan, kita hanya boleh mencegah, bukan mengaibkan. Dan paling penting, berdoa agar seseorang itu berubah ke arah kebaikan, bukan menghukum sehingga menjatuhkan.

      Delete
  6. fuh terbaiklah along punya entri. nora kasi 4 bintang! eheheheh...

    bila manusia dah dikuasai dengan kemarahan, dia memang lupa segala-galanya. sebab tu kalau ada anak-anak nanti, ajar diorang control emosi. bab nafsu dan emosi memang susah nak kawal. biar kita pandai kawal mulut dan perbuatan

    ReplyDelete
  7. pendapat akk kan along, manusia memang cara menilai nya macam tuh... memang kalau tok imam baik camne pun, sekali jer buat salah, selama-lamanya orang ingat... sedangkan, kalau lah penjenayah kan, 1000 kali dia dah buat salah, tapi one day, dia rasa nak berubah jadi baik...dia bersedekah contohnya kan...mesti orang curiga dengan sedekah dia tuh...

    manusia memang macam tuh along....akk xsuke org yang sebabkan 1 salah, semua kebaikan dia lupakan...bagi akk, semua kebaikan dia tuh sebenarnya mampu buat akk maafkan salah dia yang satu tuh...apalah salah nya kita tutup mata pada 1 kesalahan tuh kan.... :D ehehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang kan kak, Kita tidak suka apa yang kita nampak pada orang. Tapi kita alpa, kita juga buat benda yang sama. :)...refleksi diri

      Delete