Takdir perkenalan dan pertemuan

Saturday, June 13, 2015 Rahim Aim21 7 Comments

TAKDIR : Pertemuan dan Perkenalan


Setiap perkara yang berlaku, pasti ada hikmahnya...


Bismillah...


Setiap perkenalan ada sebab yang telah di atur oleh Allah
Gambar Ihsan : INCIK GOOGLE



Assalamualaikum dan selamat malam, Maafkan Along kerana ini merupakan Entry pertama dari Along pada hari ini. Dah lewat malam begini, baru nak UP entry, Hehehe.. Maaf ya? Mesti korang menantikan entry terbaru daripada Along kan? Ke tidak? KE Along je yang perasan begitu? Herm...

Sedikit perkongsian, untuk diri sendiri dan rakan taulan semua. Ingatlah, bahawa setiap yang hidup pasti akan MATI. Bahawasanya MATI itu pasti. Kita tidak akan mampu lari dari keMATIan. Dan setiap takdir keMATIan itu, ada yang sama dan ada yang berbeza. Segalanya telah ditentukan oleh Allah yang maha esa.

Perenggan di atas tiada kaitan dengan tajuk, sekadar perkongsian tambahan sahaja... :)

Setiap pertemuan dan perkenalan MANUSIA di atas muka bumi ini, pasti ada SEBAB, pasti ada SESUATU yang telah Allah ATURKAN buat kita. Sama ada PERKENALAN tersebut adalah suatu RAHMAT ataupun suatu PELAJARAN. Maksudnya dekat sini, PERKENALAN itu, boleh jadi suatu yang INDAH, boleh juga jadi suatu yang mengajar kita ERTI KEHIDUPAN.

Macam mana nak terangkan dengan lebih mudah ek? Herm,. Sebagai contoh, kita mengenali seseorang pada hari ini, sepanjang hari ini, kita dapati dia seorang yang baik, seorang yang jujur juga amanah. Dari situ timbulnya kepercayaan terhadap orang tersebut dalam diri kita. Dan terbukti, memang orang tu baik seperti yang kita sangka. Oleh itu, di sinilah di katakan, perkenalan tersebut merupakan suatu RAHMAT dan merupakan perkenalan yang INDAH.

Tapi, bagaimana pula situasinya bila, orang tersebut bukan seperti yang kita sangka? Semestinya, kepercayaan kita terhadapnya akan berubah seratus peratus apabila tembelangnya sudah pecah. Apabila, rahsianya sudah diketahui oleh kita. Bukankah itu perkenalan yang berlaku merupakan suatu PELAJARAN dalam hidup, yang mengajar kita ERTI kehidupan supaya, TIDAK MUDAH mempercayai seseorang dari pandangan pertama, sudut PERSPEKTIF kaca mata kita?

Percayalah, setiap orang jalani kehidupan yang BERBEZA. Setipa orang ada sisi BAIK dan juga BURUK. Andai kata, kita di tipu dalam PERKENALAN, jangan mduah melenting, jangan mudah marah. KETAHUILAH, Syaitan amat menyukai manusia yang dikuasai oleh api kemarahan. Sebaliknya, cuba bersikap POSITIF, ambil IKTIBAR, dan tanganinya secara PROAKTIF. Frasa "SETIAP YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA" bukan sekadar FRASA keramat. Jadikan ianya suatu FRASA yang benar-benar kita yakin dan percaya.


Hermmm..
Selamat Malam....


ADIOS....
MAASSALAMAH............

7 comments: