The Venopian Solitude - MAHAR

Tuesday, June 16, 2015 Rahim Aim21 4 Comments

LIRIK LAGU THE VENOPIAN SOLITUDE - MAHAR


Makna yang terkandung dalam lirik TVS-MAHAR


Bismillah....



Assalamualaikum dan selamat malam, Malam ni, Along kongsikan satu lagu, yang cukup unik dan mempunyai maksud yang sungguh mendalam. Dari segi pendengaran kasar kita, kita pasti akan pelik dan tertanya-tanya, maksud yang cuba di sampaikan oleh penyanyi lagu ini iaitu TAKAHARA SUIKO. Along sendiri, pada mulanya, sedikit keliru, dengan apa yang cuba di sampaikan oleh penyanyi lagu ini. Namun, setelah Along teliti dan baca, NOTA yang terdapat dalam video lagu ini, sedikit demi sedikit., Along mula memahami, apa yang cuba di sampaikan olehnya.

Jangan terkejut, andai tiba-tiba sahaja, ada PART menjerit dalam lagu ini, kerana itulah keunikan di sebalik MUZIK-MUZIK serta LIRIK-LIRIK karya TAKAHARA SUIKO ni. Apa yang kita dengar, tidak semestinya itulah realiti yang kita kena faham. Tapi, realiti yang kita kena faham tersembunyi di sebalik apa yang kita dengar...


LIRIK LAGU beserta MAKNA :


#TVS-MAHAR LIRIK


Sebidang tanah dikebun sepenuh raga
Seladang pinang dibelah dua
"Uuih, bagai pinang di belah dua!"


Calar manapun si dara perang dunia
Parut dirobek bonda teruna
"Abih la ada parut ni, kena tolak RM5000"


Wahai wanita yang disanjung fana~
Ingat waktu manis dulu?


Badai lautan api ditongkah berani
Perjaka rayu tanganmu?


Diragut jangan hati bonda si perawan
Tatangi tangan gemalai
"Anak saya cantik, walaupun bukan standard awak"


Curahi jiwa bak yang disanjung teruna
Anak barumu dibelai
"sayangilah si menantu seadanya"


Rutin harinya, menuntut hingga ke China
Laksamana agungan raja
"Bopren kamu tu study mana?OXpord? Amik PHD?"

Setaman bunga bertatah intan permata
Dipinta bonda nya dara
"Anak makcik ni, deserve the best, ok?"


Wahai wanita yang disanjung fana~
Ingat waktu perit dulu?


Mentua debik dada julang terunanya
Namun perjaka dakap hatimu


Diragut jangan hati bonda si pahlawan
Tatangi tulus yang longlai
"Saya akan berusaha untuk jaga dia, makcik"


Curahi jiwa bak yang disanjungnya dara
Anak barumu dibelai
"Sayangilah menantumu seadanya"


Adios...........
Maassalamah...........

4 comments:

  1. ooo..ada maksud rupanya erk..hihihi...mcm subjek kesusasteraan melayu aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab penulis dan pencipta lagu ni..memang bijak dalam bersastera..hehe

      Delete
  2. tak pernah dengo pon lagu ni.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skali skala..ubah lah selera..dengar lagu yang lain daripada yang lain macam lagu ni..hehe

      Delete