Wordless Thursday : MOREH (LAGU PUASA) by MONOLOQUE

Thursday, June 25, 2015 Rahim Aim21 0 Comments

MOREH (LAGU PUASA) by MONOLOQUE


Moreh sesuadah Terawih


Bismillah...
Alkisah...




Assalamualaikum buat semuanya! Diam tidak diam, sudah 8 hari kita semua berpuasa secara BERJEMAAH (hehehe...). :)

Along ingin kongsikan satu rahsia. Rahsia yang Along pendam agak lama. Sebelum tu, korang tahu tak apa itu MOREH? Bilakah masanya waktu untuk kita ber-MOREH? Bagi yang tahu, ALHAMDULILLAH, bagi yang tak tahu pula, macam pelik sahaja? Macam mana boleh tak tahu ni? Hehehe, Along tahu perkataan MOREH ni setelah masuk SEKOLAH MENENGAH suatu ketika dahulu. DAH DEKAT SEKOLAH MENENGAH BARU TAHU, WAKTU DEKAT SEKOLAH RENDAH KENAPA BOLEH TIDAK TAHU NI??? Herm...

Akhirnya, bila dah besar begini, Along buat suatu KONKLUSI. Yang pertama, sebab, masa kecik-kecik dulu, SELALU SANGAT TIDAK BERTERAWIH DI MASJID sehingga tamat witir. Yang kedua, TERAWIH PUN BELUM TENTU BUAT WALAUPUN DI RUMAH. Yang ketiga, LEPAS MAGHRIB TERUS TIDUR AKIBAT KEKENYANGAN. Isya` pun kadang-kadang ke laut, kadang-kadang ke pantai..

*notes : Semuanya berlaku masa Along KECIK, Zaman SEKOLAH RENDAH dulu ok?


Ni rahsia, kita-kita sahaja ok? Ala, biasalah. Zaman kanak-kanak kan. Pasti ada macam-macam ragam dan peristiwa. :).. 


SALAM UKHUWAH.
Adios...
MAASSALAMAH................

0 orang telah tinggal komen: