#CABARAN20HARI Amalan Berbalas Juadah Di Bulan Puasa

Tuesday, July 07, 2015 Rahim Aim21 2 Comments

#CABARAN20HARI Amalan Berbalas Juadah Di Bulan Puasa


Amalan yang ditelan zaman...


Bismillah...
Alkisah...


#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015


Assalamualaikum dan selamat malam. Malam ni, untuk kesekian kalinya, Along bakal menulis 5 ENTRI sebagai menyambung dan menyahut kembali CABARAN 20 HARI PUASA RAYA 2015 ni. Dek kerana, selama beberapa hari yang lalu, ada permasalahan dari aspek internet. Maka malam ini, secara rasmi, secara paksa hati secara suka rela, Along menyambung kembali, menulis ENTRI yang along tertinggal untuk beberapa hari ni. Hurm...

AMALAN BERBALAS JUADAH DI BULAN PUASA? Amalan ni, Along kira, semakin hilang ditelan zaman. Tetapi, bergantung juga pada diri kita, pada keluarga kita dan juga pada MASYARAKAT yang kita tinggal di dalamnya. Macam keluarga Along sendiri, kami tidak mengamalkan AMALAN BERBALAS JUADAH ini, memandangkan kami sendiri, hidup dalam MASYARAKAT yang tidak mengamalkan AMALAN ini. Bukan kami menolak, bukan kami mengatakan AMALAN ini sudah tidak releven, cumanya, makan sendiri untuk BERBUKA pun, belum tentu mencukupi untuk keluarga sendiri, ini kan pula berkongsi dengan orang lain. MELAINKAN, ada EVENT TERTENTU yang di adakan oleh satu-satu FAMILY, barulah amalan ini mula hidup dan mula di adakan.

Jadi, konklusinya, Amalan ni bergantung pada KOMUNITI MASYARAKAT tertentu. Tiada paksaan dalam melakukan perkara ini, memandangkan ianya suatu amalan yang baik, dan mendatangkan kebaikan juga kepada kita dan kejiranan kita. Yang penting, biar ianya IKHLAS dari hati.


Salam Ukhuwah..
Adios...
MAASSALAMAH......

2 comments:

  1. Betul tu long ..kak lya stuju sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kita nak tinggal adat kan Kak Lya? sebab benda tu bukan suatu kebiasaan bagi keluarga kita..

      Delete