#CABARAN20HARI Gambar Dan Ucapan Raya

Sunday, July 12, 2015 Rahim Aim21 2 Comments

#CABARAN20HARI Gambar Dan Ucapan Raya


Ampun Maaf Dipinta


Bismillah...
Alkisah...


#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 14 - 20 

Assalamualaikum dan salam sejahtera yang dipenuhi kesyahduan mahupun kesederhanaan. Gambar dan ucapan raya? Along datangkan gambar tahun lepas. Bolehkan? Sebabnya, KELUARGA Along tidak pernah menjalani AKTIVITI ambil gambar sempena PRA-RAYA.

Gambar Raya 2014 - Shamsudin`s Family


Dengan rasa rendah diri dan penuh KECOMELAN pada wajah kami. Jari disusun sebanyak 60 JARI tanpa ada keraguan di HATI. Memohon segala KEMAAFAN yang melebihi dari sudut nilai ribu dan juta, Dari Hujung helaian tudung mahupun kopiah sehinggalah ke hujung kasut mahupun selipar yang kami pakai. Setulus dan seikhlas hati kami yang benar-benar lahir dari hati yang sangat BAIK ini, ingin mengucap sepatah dua kata sempena raya yang bakal menjelang tidak lama lagi ini dengan UCAPAN :

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN


P/S : Biar pendek, asalkan bererti buat semua.. :)


Adios...
MAASSALAMAH.........

2 comments: