#CABARAN20HARI Kuih Raya Paling Best

Thursday, July 09, 2015 Rahim Aim21 12 Comments

#CABARAN20HARI Kuih Raya Paling Best


Popia Udang Kering Di Rumah Tok Sedara...


Bismillah...
Alkisah...


#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015


Assalamualaikum... #CABARAN20HARI Puasa Raya diteruskan lagi dengan cabaran yang ke-13 iaitu "Kuih Raya Paling BEST". /Yang ni antara ENTRY yang Along paling teruja nak tulis. Memandangkan, ada satu sahaja jenis KUIH RAYA yang bertahta di hati Along dan juga adik perempuan Along merangkap anak pertama dan kedua bagi keluarga SHAMSUDIN. Kuihnya tidak lain dan tidak bukan adalah kuih POPIA SIMPUL atau lebih dikenali sebagai POPIAN MINI ataupun POPIA UDANG KERING. Apa pun panggilannya, ianya tetap merujuk kepada KUIH RAYA yang sama.

Bila sebut KUIH RAYA, mesti terfikir tentang KUIH! Tapi, tidak semestinya KUIH kan di hidangkan? Ada sahaja makanan yang amat jauh berbeza daripada maksud KUIH yang sebenar tikala RAYA. Contohnya, KEKACANG, ASAM, MURUKU dan sebagainya. Ianya juga KATEGORI kuih raya yang tak OFFICIAL tahu?

Nak dijadikan cerita menarik, Ada satu rumah Atok sedara Along menyediakan POPIA UDANG KERING sebagai KUIH RAYA yang tidak OFFICIAL saban tahun. Dan saban tahun itulah, setiap kali keluarga Along berkunjung kerumahnya, pasti sahaja kami MENGOSONGKAN BALANG KUIH tersebut tanpa ragu-ragu dan tanpa segan silu. Hehehe... Tak pastilah, tahun ni ada lagi atau tidak kuih ni kat rumah dia.

Tak sabar pula nak raya rasanya. Hahahaha..


Adios...
MAASSALAMAH.......

12 comments:

  1. alaa long .. popia mini , popia simpul tu kuih kita laa.. baru nak buat yang tu.. huh

    ReplyDelete
  2. Popia udang kering? Macam sedaap je :D

    ReplyDelete
  3. bila makan tak sedar dah setengah balang berjaya dihabiskan..

    ReplyDelete
  4. tahun ni mungkin tukar kuih lain.. cutting cost.. heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ceyt..kak eny buat kuih ni..along bli...spruh hrga..ahha

      Delete
  5. Fuyooo operasi kosongkan blang laaa ni..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saban tahu operasi yang sama..tidak kira rumah..mana yang ada..pasti jadi mangsa..ahha

      Delete