#CABARAN20HARI Lagu Raya Pilihan

Wednesday, July 08, 2015 Rahim Aim21 2 Comments

#CABARAN20HARI Lagu Pilihan Raya


Kontemperori Lawan Melayu Asli...


Bismillah....
Alkisah...


#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015


Assalamualaikum dan selamat malam. Selamat beristirehat dan jangan lupa pasang niat puasa siap-siap untuk esok hari. Memandangkan, takut-takut ada di kalangan kita yang tidak akan bangun sahur secara tidak sengaja. :)

Setiap tahun, pasti ada saha LAGU RAYA bersifat KONTEMPERORI dari penyanyi LAMA mahupun penyanyi BARU. Sama ada lagu tersebut bersesuaian dengan masyarakat MALAYSIA ataupun tidak, bergantung kepada para pendengar yang menilainya kerana tidak semua orang menerima secara terbuka, PERUBAHAN yang di bawa ke atas lagu-lagu raya VERSI MORDERM dan KONTEMPERORI ini.

Lagu-lagu versi melayu asli pula, LEBIH SENANG di terima halwa telinga oleh masyarakat kita tidak kira usia, sama ada tua mahupun muda. Tidak kira pangkat, darjat mahupun harta. INi adalah kerana,ianya telah lama bersemadi sebagai lagu-lagu rasmi RAYA bagi kita. Contohnya :

1) M. Nasir - SUATU HARI DI HARI RAYA
2) Sharifah Aini - SUASANA HARI RAYA
3) Rafeah Buang - BILA TAKBIR BERGEMA 
4) Dll....

Lagu-lagu lama amat menyentuh hati dan perasaan. Ianya lebih kepada lagu-lagu yang mudah di fahami dan di mengerti maksudnya. Lirik dan Melodi pula, membawa 1001 erti yang mendalam kepada para pendengar. Maka, tidak hairanlah, sejauh mana lagu-lagu KONTEMPERORI cuba bersaing secara sihat dengan lagu-lagu berentak MELAYU ASLI ini, pasti sahaja lagu-lagu lama ini akan tetap bertahta lebih di hati peminat.

Untuk bertanya kepada Along, JAWAPAN kepada persoalan ini semestinya Along akan jawab Along suka dan SUPPORT kedua-dua jenis dan pembawakan lagu-lagu raya ini. Kadang-kadang, kita perlukan yang baru untuk rasa lebih SEGAR, dan kadang-kadang kita perlukan yang lama untuk rasa lebih mengenang memori. Kedua-duanya bagus dan menjadi pilihan Along. Tiada KOMPROMI..


Adios..
MAASSALAMAH......

2 comments:

  1. Replies
    1. Macam-macam lagu ada Kak Lya kan? Lagu lama-lama tak mati ditelan zaman pun

      Delete