#CABARAN20HARI Memori Raya Zaman 90AN Atau Zaman Kanak-kanak

Sunday, July 12, 2015 Rahim Aim21 4 Comments

#CABARAN20HARI Memori Raya Zaman 90AN Atau Zaman Kanak-kanak


Rayaku hanya bersama keluargaku...


Bismillah...
Alkisah...


#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 14 - 20 


Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Kelewatan diri Along menulis ENTRY ini adalah berikutan WRITER BLOCK yang Along hadapi bila terbaca sahaja tajuk cabaran ini. Bukan setakat tajuk cabaran ini, tajuk cabaran lain juga begitu. Hahaha.( Gelak sekadar menyedapkan diri sahaja).

Memori raya? Zaman 90AN? Along baru lahir waktu tu, Along lahir tahun 1994, jadinya, memori tahun 90AN tiada suatu pun bertahta di memori dan kotak fikiran Along. Kalau ada pun, sekadar gambar yang diambil sewaktu Along kecil-kecil dahulu.



1)


Gambar ni di ambil pada tahun 1998. Waktu ni, Along baru 2 beradik sahaja. Along dengan Adik perempuan Along (Nurliyana) aka Angah.


2)


Gambar ni pula adalah Gambar Along, Adik Along yang Perempuan ( Nurliyana), Abang saudara Along (Nadzmi) dengan Adik saudara Along (Amalina).. Korang mesti kenal Along kan? Hahaha



Memori Zaman Kanak-kanak pula? Hurm, RAYAKU HANYA BERSAMA KELUARGAKU. Itu realiti. Keluarga bukan bermaksud keluarga kecil. Ianya merangkumi PAKCIK-PAKCIK, MAKCIK-MAKCIK,ATUK-ATUK SAUDARA, NENEK-NENEK SAUDARA dan sebagainya. Kiranya, ia adalah sebuah KELUARGA BESAR sebelah emak Along, mahupun sebelah ayah Along.

Perkongsian ni bukanlah cerita sedih, jangan pula para pembaca salah faham. Hehe. Berkesinambungan dengan TEMA RAYA TV3 pada tahun ini iaitu "SYUKUR SELALU", Along amat-amatlah bersyukur kerana dari kecik telah terdidik agar sentiasa mengingati dengan cara menziarahi dan berbalas kunjungan sesama ahli keluarga. Kebiasaannya, SEMINGGU pertama pada BULAN SYAWAL akan dihabiskan dengan BERKUNJUNG dan berbalas kunjungan sesama ahli keluarga yang lain. (Mungkin, kerana itulah, sampai sekarang, Along masih DAPAT DUIT RAYA, Walaupun usia dah mencecah ke umur 20AN. Hehehe).

Dari kecil sampai lah sekarang, itulah cara kami SEKELUARGA BERAYA bersama. KELUARGA besar sebelah EMAK mahupun AYAH, menggunakan cara serta kaedah beraya yang sama. Inilah perkara yang merapatkan kami semua sebagai sebuah keluarga besar yang ERAT dan UTUH.

Korang pula bagaimana? Semestinya pengalaman kita ada yang sama dan berbeza bukan? Bergantung pada keluarga juga lahkan? Ke bergantung pada diri kita sendiri? Anda sendiri ada jawapannya.


Adios...
MAASSLAMAH>..........

4 comments:

  1. Wahh ada lagi gambar masa kecik..kak lya punya semua takde dah sbb banjir huhuhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada.. Mujur sahaja masih simpan Kak Lya..sbbnya Album-album lama tersimpan rapi, tak berusuik.. Tak pe lah kak, mana tahukan jiran or sedara mara ada simpan gambar kak lya yang lama2...

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih bonde...Ala..waktu-waktu hingusan dulu masa kecik... haha

      Delete