#CABARAN20HARI Menu Wajib Bulan Puasa

Wednesday, July 01, 2015 Rahim Aim21 4 Comments

#CABARAN20HARI Menu Wajib Bulan Puasa


Menu KLISE setiap hari


Bismillah...
Alkisah...


#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015


Assalamualaikum dan selamat kembali. Along sedar, entry ini agak terlewat untuk di muat naik dan di tulis, namun, Along gigihkan juga diri ini menulis tanpa memikirkan akibatnya. (Macam Berat sangat hati ini)..

Pertamnya, mengapa Along kata menu KLISE setiap hari? Kerana setiap orang kebiasaannya akan memerlukan menu yang sama setiap kali berbuka iaitu NASI. Rakyat Malaysia, kebiasaannya, pasti memerlukan nasi sebagai menu utama sewaktu berbuka. Tidak kisahlah sama ada NASI PUTIH, NASI LEMAK, NASI TOMATO atau apa jua jenis NASI yang terdapat di Malaysia.

Menu kedua? Semestinya beraneka lauk pauk, bergantung pada jenis nasi yang di pilih sebagai menu utama pada hari-hari tertentu. Sebagai contoh, Nasi Lemak. Semestinya nasi lemak memerlukan lauk-pauk seperti sambal ikan bilis @ sambal udang, ikan goreng @ ayam goreng, Kacang goreng & ikan bilis goreng, timun & tomato atau sebagainya. 

Menu ketiga pula kebiasaannya kuih-muih. Macam Along, Along tidak kisah lah kuih apa-apa pun, asalkan namanya kuih dan Along makan kuih tersebut. Sebab tu, Along lebih PREFER beli kuih-muih tu sendiri. Sekurang-kurangnya, Along tetap berpuas hati dan akan makan kuih-muih yang Along beli tu.

Ok, ketiga-tiga menu di atas, adalah MENU WAJIB MAKANAN YANG KLISE ketika bulan puasa. Bagaimana dengan menu minuman yang KLISE? Ada ke tidak? Wujud tak? Wujud sahaja. Dan ianya ada 3 jenis juga.

Yang pertama, minuman berasaskan air kosong / air mineral / air yang tiada gula / air sukida.
Yand kedua, minuman berasaskan ais iaitu minuman sejuk
Yang ketiga, minuman berasaskan air panas iaitu minuman yang sesuai di minum dalam keadaan panas..

Along rasa, tidak perlu Along terangkan, minuman-minuman tersebut digemari dan menjadi pilihan siapa, memandangkan setiap orang, berbeza cara pengambilan minumannya ketika waktu berbuka. Jadi, jangan persoalkannya apabila anda dapati rakan anda atau keluarga anda, mengambil jenis minuman yang berbeza daripada anda... :)



Ok, itu  sahaja...
Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH........

4 comments:

  1. Lebih kurang je pun menu wajib bulan puasa tu.. cuma tiap hari ada je kelainannya.. nak bagi anak2 ada mood nak makan.. terutamanya time sahur.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahha... Asalkan, kelainan tu masih di panggil MAKANAN yang boleh di MAKAN..hehe

      Delete
  2. Replies
    1. nasi ARAB!!!! Ni kenapa ni? Typo yang MELAMPAU? Ahha

      Delete