#CABARAN20HARI Menu Wajib Pagi Raya

Tuesday, July 14, 2015 Rahim Aim21 6 Comments

#CABARAN20HARI Menu Wajib Pagi Raya


Makanan Variasi Jawa Dan Bugis


Bismillah...
Alkisah...

#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 Hari 14 - 20 

Assalamualaikum, korang semua tengah tidur ke? Atau tengah menyantap makan lewat malam bersama si dia yang tercinta? Atau mungkin korang tengah tutup lampu sambil baca blog Along yang serba indah ini? Atau, mungkin sahaja korang secara tak sengaja terbuka blog Along lalu membacanya dengan penuh khusyuk dan terus jadi pembaca setia. Siapa tahu kan? Kekeke...


MENU WAJIB PAGI RAYA? Banyak sebenarnya, lebih elok Along senaraikan satu persatu daripada Along bebel atk menentu kan? Sudi baca? Macam mana boleh jadi tak sudi kan? Kerana akhirnya, korang terpaksa baca juga. Relakanlah jiwa sepenuh hati ya?

1) Burasak


Benda ni ada orang panggil BURAS, ada orang panggil BURASAK. Sejenis makanan Bugis yang diperbuat daripada beras dan santan. Burasak ni telah menjadi MENU PALING WAJIB di pagi raya Along dan KELUARGA BESAR JAAFAR. Boleh di katakan, ianya lebih pentinglah daripada KETUPAT. Sebab itu ia di letakkan di tempat yang pertama. :)


2) Ketupat Pulut / Ketupat Nasi


Yang ni, siapa tidak kenal, tak payah beraya lah korang tahun ni. Dan mungkin tak payah beraya terus untuk selamanya. Yang nilah dinamakan KETUPAT. Nampak tak, kenapa Along mulakan KETUPAT PULUT baru KETUPAT NASI? Sebabnya, Along lebih gemar yang pulut berbanding nasi. INI REALITI ok?


3) Lepat Loi


LEPAT LOI ni juga sama seperti BURASAK. Sejenis makanan bugis, cuma bezanya ianya diperbuat daripada beras pulut. Nak kongsi sikit, saban tahun keluarga kami tidak pernah buat benda ni, memandangkan ada sanak saudara lain yang buat dan menghantar ke rumah KELUARGA BESAR JAAFAR. Sedap memang sedap, sangat sedap.


4) Ketupat Palas


Ketupat Palas ni.. Herm... Tak pernah buat pun. Yang ni, beli sahaja KETUPAT PALAS NONA. Rebus aka Masak. Kemudian makan. Haha. Perkongsian, ianya adalah KETUPAT PULUT sebenarnya, cuma menggunakan daun palas sahaja. Memang ada sedikit rasa berbeza. Jangan lupa cuba ya?


5) Lemang


Yang ni, POK CIK saudara rajin buat bila menjelangnya raya.  LEmang ni aku kurang pasti, sama ada makanan JAWA / BUGIS sebenarnya. Bukan apa, salah tulis karang takut kena kecam. Puas Along MENELUSURI internet cari jawapan, tapi. kehampaan yang Along dapat. Jadinya, konklusinya, LEMANG SANGAT SEDAP. Eh?


6) Ayam Sambal


Ada sesetengah tempat panggil AYAM MASAK MERAH. Hakikat sebenar, amatlah berbeza dua jenis masakan ni. Ayam masak sambal ni MENU YANG SANGAT WAJIB dan PERLU ADA di PAGI RAYA sebabnya, baru sedap makan BURASAK/ KETUPAT PULUT dan LEPAT LOI berulamkan benda ni. SODAP SEHINGGA MENJILAT JARI!!!


7) Rendang Daging


Bila ada AYAM SAMBAL, semestinya perlu ada RENDANG DAGING atau ada sesetengah orang panggil RENDANG TOK, GANDINGAN HEBAT 2 jenis makanan ini tiada gantinya. Saling memerlukan antara satu sama lain, ibarat AUR DENGAN TEBING.


8) Serunding Daging / Serunding Ayam


Serunding? Herm... Tidak kurang hebatnya juga jika dibandingkan dengan AYAM SAMBAL dan RENDANG DAGING. Serunding punyai auranya tersendiri ketika pagi raya. Tidak semua pandai masak SERUNDING YANG SEDAP. Setakat ni, MOK CIK Along, ISTERI kepada POK CIK yang rajin buat LEMANG tu sahajalah yang pandai dalam bab MASAK SERUNDING. Sedap sangat dia buat. Hehe...


9) Ikan Asam Pedas


Asam pedas ni, Diletakkan pada nombor 9 dengan BERSEBAB. Kita tidak tahu kan, bila mana MOOD kita hilang untuk makan AYAM mahupun DAGING. Jadinya, buatlah persiapan AWAL dengan menyediakan JUADAH ini di pagi RAYA.


10) Dll...


Di letakkan dalam senarai DAN LAIN-LAIN. Bergantung pada KELUARGA juga sebenarnya. Siapa tahukan? SATAY menjadi pilihan utama di PAGI RAYA? Kari Ayam ke? Ayam Goreng ke? Tauhufa ke? Spagetti ke? Siapa tahu. Along sendiri tidak tahu apa yang korang lalui di pagi raya.


Banyak bukan? Along senaraikan mengikut cita rasa ALONG SENDIRI. Mengikut turutan yang ALONG SUKA. Korang pula bagaimana? Semestinya tekak kita berbeza dan mempunyai cita rasa yang berbeza bukan? JAdinya, kongsikanlah dengan Along tanpa segan silu dan ragu-ragu.


Adios...
MAASSALAMAH.....

6 comments:

  1. Ketupat nasi tu saya paling suka, tapi nak menganyam nya 1 kerja la pula. Tapi menu wajib rumah kami ialah ketupat palas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Along minat menganya ketupat.. SUKA SANGAT-SANGAT. Setiap tahun menganyam, tahun ni tak beli lagi daun ketupat, dah beli nanti, mungkin 100 atau lebih ketupat akan Along buat dengan EMAK..hehe

      Delete
  2. Replies
    1. Akak cubalah buat sendiri. Tak pun Datang je braya ke rumah Along... Ahha

      Delete
  3. lain dari yang lain..asam pedas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahha..dekat sini.... asam pedas makanan biasa di pagi raya..hehe

      Delete