#CABARAN20HARI Pengalaman Manis Di Bulan Puasa

Thursday, July 02, 2015 Rahim Aim21 12 Comments

#CABARAN20 HARI Pengalaman Manis Di Bulan Puasa


Rahsia yang tersimpan...


Bismillah...
Alkisah...


#Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015


Assalamualaikum dan selamat pagi. Untuk entry kedua ni, Along akan cuba sehabis molek untuk menaip dengan MOOD yang ceria walaupun, kondisi badan tidak seceria mana pun. Along sekadar ingin kongsikan, suatu pengalaman yang SUNGGUH MANIS. Berlaku sewaktu Along sekitar 4/5 tahun. Kenapa manis? Kerana itulah saatnya di mana, Along, dengan beberapa orang saudara mara Along beserta adik Along kalau tak silap. Tidak puasa secara berjemaah. ya! TIDAK PUASA SECARA BERJEMAAH. Cumanya, kurang pasti pula, untuk berapa hari kerana apa yang Along ingat ianya berlaku terlalu pantas...hehe..

Semuanya berlaku terlalu pantas. Hasil daripada cadangan sepupu lelaki Along yang berumur dua tahun lebih tia daripada Along. Dan ianya berlaku di rumah Atok sebelah ayah. Makanan apa yang kami makan? Along agak kurang pasti. Rasanya, gula-gula asam kot. Entahlah..huhu...

Kami makan secara bergilir-gilir. Atau erti kata lain, seorang makan, yang lain jadi pemerhati sekeliling atau penjaga bagi mengelakkan perbuatan kami KANTOI. Dan Alhamdulillah, tak kantoi langsung. Hahaha... Rahsia ini telah lama Along pendam, dan Along ceritakan secara EKSKLUSIF pada hari ini. Along yakin, korang mesti pandai simpan rahsia kan? :)


Adios....
MAASSALAMAH.........

12 comments:

  1. aiyookkkk...dah pecah rahsia...hehehe..
    selamat berpuasa Along!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azi..... Ala... smpan rahsia ni tahu...hehe

      Delete
  2. nakal, nak kena cerita dekat mak along la macam ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. JAnganlah cerita dekat dia.. masak Along kena nanti.. xmemasal xd mknn tuk brbuka nnti..ahha

      Delete
  3. hahaha along. amboi. gilir gilir pula tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Amy nak join tak? Best tahu... mcm main sorok2 gitu..

      Delete
  4. dua tahun lebih tia?... ups..hehehe.. kite pon pernah curi curi makan biskut mazola mase umo 7tahun..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh...Dahsyat... beli ke mak Kak Mas yang buat? Sempena raya punya ea?hehe

      Delete
  5. manisnyaa pengalamanmuu... macam gula pulop

    ReplyDelete
  6. Nakalnyer along ..tak puasa cara berjamaah eaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu-dulu lah Kak Lya..masa tengah hingusan beramai-ramai..ahha

      Delete