Dilema Anak Sulung

Saturday, July 11, 2015 Rahim Aim21 5 Comments

Dilema Anak Sulung


Tanggungjawab dan Peri Kemanusiaan


Bismillah...
Alkisah...


Fakta Anak Pertama


Assalamualaikum dan salam 1 dilema. Tajuk entry Along agak dipenuhi tanda tanya bagi mereka yang tak bergelar anak sulung, namun, sebeagai anak sulung, ianya adalah suatu tajuk yang benar-benar realiti. Anak sulung atau erti kata lain anak pertama dalam kalangan anak-anak yang di lahirkan dalam aebuah keluarga rasmi, hasil daripada pernikahan yang sah, begitu juga lahir daripada ikatan yang benar-benar sah.


Tanggungjawab anak sulung sungguh besar, kadan-kadang boleh melangkaui tanggungjawab ibunya sendiri dalam hal ehwal keluarga. Anak sulung pada dasarnya, akan dijadikan contoh mahupun tauladan kepada adik-adiknya. Tetapi, kadang-kadang sikap "ingin membantu keluarga" itu di salah erti oleh adik-beradiknya yang lain.

Anak sulung, jika tiada peri kemanusiaan dalam diri, kepentingan diri menjadi pilihan utamanya. Namun, realiti itu perit untuk di telan, kebiasaan yang berlaku, anak sulung itu akan sama-sama menanggung kepayahan keluarga berbanding adik-beradik lain. Dan tidak semua adik-beradik, tahu akan realiti hidup anak sulung.

Anak sulung lebih banyak pendam rasa daripada meluah, melainkan dirinya sudah benar-benar tidak tahan akan desakan diri dan hidup. Tidak semua anak sulung lahir dari keluarga senang dan tidak semuanya tahu sepenuhnya akan kepayahan hidup keluarga. Namun, semuanya jelas dapat dirasai dalam diri, walaupun tidak ditunjuk secara realiti.

Namun, kebiasaannya, anak sulung kekal tabah. Kekal tersenyum melihat wajah keluarga yang tersayang. Kekal mengangguk dan bersetuju dengan keputusan keluarga. Kerana kami, pemimpin keluarga nombor 3 selepas ayah dan emak/ ibu.


Adios...
MAASSALAMAH....

5 comments:

  1. juga pendamai bila adik2 bergaduhhh.hehehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..lpe plak..btol3..ahha..anak sulung peranan dalam keluarga memang banyak..

      Delete
    2. oh..lpe plak..btol3..ahha..anak sulung peranan dalam keluarga memang banyak..

      Delete
  2. Byk sebenarnya peranan ank sulung ni kan hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sangat Kak Lya... walaupun peranan anak-anak lain banyak jugak..tapi peranan anak sulunglah yang paling banyak :)

      Delete