RAYA SEHARI, RAYA SEBULAN

Tuesday, July 28, 2015 Rahim Aim21 0 Comments

RAYA SEHARI, RAYA SEBULAN


Lain tempat, lain caranya...


Bismillah...
Alkisah...



Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Hurm, Entry ke-18 untuk bulan JULAI ni. Nampaknya, misi dan visi untuk setiap bulan menulis bilangan ENTRY yang MENYAMAI bilangan hari dalam bulan-bulan tersebut, sedikit punah dan musnah untuk bulan ini. Tapi, bersebab tahu? Sebab masalah INTERNET yang Along Alami sebenanrnya. Untuk telefon bimbit, Along gunakan BASIC INTERNET dari MAGIC SIM. Memang boleh, UPDATE BLOG guna telefon bimbit, tapi, Herm... Along rasa tak SYOK dan tak BEST!

Raya ni sehari atau sebulan ek? Sehari ke sebulan? Kalau sehari, kenapa bulan SYAWAL adalah bulan dan bukannya hari? Kalau sebulan pula, kenapa hari pertama sahaja ada takbir raya dan solat raya?

Sebenarnya...

Raya ni adalah kedua-duanya. Sebulan dan juga sehari. Eh? Boleh pula begitu? Boleh, hehehe. Raya sehari adalah pada hari pertama SYAWAL. Hari yang di anggap sebagai hari kemenangan kepada semua umat islam setelah selesai ibadah berpuasa RAMADHAN selama sebulan. Raya sehari juga adalah raya utama bagi kita berbanding raya sebulan. Kenapa? Kerana, ketika hari pertama inilah bermulanya titik permulaan kita sebagai insan yang baru. Sama ada, segala perubahan kita ke arah kebaikan sepanjang Ramadhan yang kita lalui selama sebulan itu, sekadar untuk RAMADHAN atau perubahan yang kekal untuk selamanya. Sebab itulah, tidak hairan bagi sesetengah tempat. Hari raya sekadar di sambut 1 hari sahaja. Ada juga yang menyambut sekitar 2-3 hari. Itupun sudah memadai bagi mereka.

Bagaimana pula dengan Raya Sebulan? Macam mana boleh terbentuknya raya sebulan ni? Macam Along katakan, Bulan Syawal merupakan bulan dan bulan itu merujuk kepada SEBULAN. Maka, dari sini terbitnya RAYA SEBULAN. DAN kebiasaannya, raya sebulan ni adalah kesukaan dan kegemaran budak-budak sekolah rendah. Ada juga yang terlibat di kalangan pelajar sekolah menengah, namun, sebahagiannya sahaja. Yang dewasa juga, ada yang terlibat sama. Kebiasaannya, bagi mereka yang suka buat rumah terbuka, bawa anak-anak berjalan-jalan menziarahi rumah kawan-kawan dan sebagainya. Paling penting sebenarnya. MENAMBAH KUTIPAN DUIT RAYA. Di johor, raya kami boleh di katakan sebulan. Mana tidaknya, di penghujung SYAWAL pun masih ada lagi yang buat rumah terbuka. Unik bukan? Along tidak tahu NEGERI LAIN. Tapi, Along pasti negeri korang ada keunikan tersendiri.

Maka, terbitlah ungkapan RAYA SEHARI dan RAYA SEBULAN, berbeza mengikut negeri. Macam kami di JOHOR, walaupun raya telah mencecah raya ke 10 dan ke atas sekalipun, kebanyakan rumah masih menyediakan DUIT RAYA untuk di beri kepada para pengunjung. Kenapa Along cakap pasal DUIT RAYA? Sebab itu yang orang suka dengar kan? Lagi-lagi di kalangan pelajar sekolah rendah. Hehehe... RM1 ke, RM2 ke walhal 50 sen sekalipun, kalau di kumpul, lama-lama akan jadi banyak kan? #SYUKURSELALU


Adios...
MAASSALAMAH.......

0 orang telah tinggal komen: