Sayang-sayang nyawa

Sunday, July 26, 2015 Rahim Aim21 8 Comments

SAYANG-SAYANG NYAWA


Hargai Nyawa


Bismillah...
Alkisah...




Assalamualaikum dan selamat malam. Agak lama juga, jari-jemari Along tidak menyentuh papak kekunci untuk menaip sebarang Entry di blog ORANG BIASA, BERKONGSI CERITA  ini.  "Writer Block" bertapak di minda dalam tempoh masa tersebut. Kalau di ikutkan, masih bersarang sehingga sekarang. Tapi, Along cuba juga gagahkan diri, mencari bahan yang sesuai untuk di tulis untuk malam ini.

Nyawa adalah suatu nikmat, nikmat yang tidak ternilai atau mungkin, tiada nilai langsung yang mampu menyamainya. Nyawa merupakan suatu pinjaman dari Allah yang sementara buat kita di dunia ini, kerana setiap yang bernyawa, pasti akan menghadapi kematian.

Di ketika ini, Along terfikir dan masih terfikir. Kenapa kebanyakan dari generasi yang sebaya dengan Along dan ke bawah, kurang menghargai nyawa sendiri. Lebih-lebih lagi, di waktu aidilfitri. Atau lebih tepat lagi, seawal ramadhan setiap tahun. MELETUP sana, MELETUP sini. Macam-macam MERCUN yang dimainkan, sama ada yang di BELI mahupun BUATAN SENDIRI. Nak kata ibu bapa tidak menegur,tidak menasihati, Along yakin, dah berbuih dah mulut mereka menegur dan menasihati anak-anak mereka lagi-lagi yang berjiwa remaja agar menjaga diri daripada perkara-perlara yang boleh mengancam nyawa.

Jiwa REMAJA jiwa yang suka MENCUBA. MENCUBA sesuatu yang baharu katanya. Namun, apa yang mereka CUBA itu kebiasaannya, sesuatu yang membawa MUDARAT kepada diri sendiri. Tak ke menganiaya nyawa sendiri tu? Sayang-sayang anak, tangan-tangan kan. Sayang-sayang isteri, tinggal-tinggal kan. Sayang-sayang nyawa? SAYANG-SAYANG NYAWA, SELAMAT-SELAMAT KAN. Selamatkan dari apa? Dari kezaliman diri sendiri terhadap nyawa yang telah di beri dan di pinjamkan oleh Allah kepada kita.

Biar kita MATI DALAM IMAN, bukan MATI DALAM KEZALIMAN. Kezaliman yang kita lakukan ke atas diri sendiri. Sesekali, cuba muhasabah diri. Muhasabah dengan semua NIKMAT yang kita terima secara percuma dari Allah yang esa. Refleks semula diri. Sejauh mana kita gunakan nikmat yang kita terima tu, ke arah kebaikan berbanding keburukan. Atau sebenarnya, ianya lebih ke arah keburukan berbanding kebaikan.


Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH....

8 comments:

  1. Boomm boom.. Main bom kt IG xpe ke?? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Main bom kat IG, hangti telefon nanti..ahha

      Delete
  2. Mmg bahaya generasi zaman skrg nie..sbb mereka lbh berani nak mencuba sesuatu yg baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semakin dunia bertambah maju... Semakin itulah dunia di isi dengan generasi yang entah pape....

      Delete
  3. bukan setakat remaja, anak-anak kecil pun dah pandai mencuba benda baru....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..itu realiti kehidupan budak-budak zaman sekarang... sebab tu, ramai budak-budak area 10 tahun, cedera atau kehilangan jari ataupun sebagainya disebabkan perasaan ingin mencuba mereka...

      Delete
  4. Makin kita besarr makin banyak benda nak cuba. heheh :D

    ReplyDelete