AKU LEBIH BANYAK MAKAN GARAM

Tuesday, August 18, 2015 Rahim Aim21 4 Comments

AKU LEBIH BANYAK MAKAN GARAM


Kerana Aku Lebih Berpengalaman...


Bismillah...
Alkisah...


Assalamualaikum dan selamat malam untuk semua. Selamat kembali dan selamat membaca tiap bait tulisan yang di taip dan di nukil oleh Along selaku pemilik rasmi blog ORANG BIASA, BERKONGSI CERITA ini. Terima kasih, buat semua. Kerana sudi berkunjung ke blog Along yang serba indah ini. Blog yang di hiasi dengan pelbagai jenis ARTIKEL pelbagai GENRE, ada yang KELAKAR, ada yang SERIUS, ada yang SARKASTIK, ada juga yang berbentuk MUHASABAH diri. Itulah kehidupan. Kan?

Dalam kita menjalami kehidupan, saban hari yang kita tinggalkan merupakan suatu SEJARAH dalam hidup kita. Ia dinamakan PENGALAMAN. Setiap peringkat usia yang berbeza, atau lebih tepat lagi, setiap hari yang berbeza, kita lalui pelbagai PENGALAMAN yang berbeza. Pengalaman yang Along lalui, dengan pengalaman korang, takkan sama. Kerana itu kata orang, pengalaman mendewasakan kita.

AKU LEBIH BANYAK MAKAN GARAM. Bukan bermakna, MAKAN GARAM secara realiti. MAKAN GARAM adalah simbolik kepada pahit manis, masam masin nya sebuah pengalaman yang pernah dilalui sepanjang kehidupan. Pengalaman yang dilalui tidak boleh di jual, mahupun dibeli di kedai runcit, pasar mahupun pusat beli belah. Kerana pengalaman itu, di lalui sendiri oleh sang pengembara di bumi ciptaan Allah ini.

KERANA AKU LEBIH BERPENGALAMAN. Mereka yang berusia 7 tahun, lebih banyak pengalaman berbanding mereka yang berusia 4 tahun. Mereka yang berusia 12 tahun, lebih banyak pengalaman hidup berbanding mereka yang berusia 7 tahun. Yang berusia 18 tahun, semestinya lebih berpengalaman dari yang berusia 12 tahun. PENGALAMAN di batasi dengan USIA. Semakin berusia seseorang, semakin banyak pengalaman yang di perolehinya berbanding mereka yang lebih muda.

TETAPI! Tidak bermakna, tiada orang muda, yang lebih berpengalaman daripada orang yang berusia. CONTOHNYA, dalam menjalani liku-liku kehidupan. budak berusia 13 tahun, hidup dalam serba kekurangan di samping keluarga lebih berpengalaman berbanding remaja yang berusia 16 tahun yang lahir dari keluarga yang kaya. PENGALAMANnya adalah, mengenal erti kepayahan dan kesusahan hidup. Bayangkanlah, secara tiba-tiba, keluarga remaja 16 tahun itu jatuh miskin. Apakah remaja ini, selesa menjalani hidup miskin, sama seperti budak berusia 13 tahun tadi yang telah lama hidup miskin berbanding dirinya?

Kadang-kadang, kita kena ambil kira pendapat serta cadangan, mereka yang lebih berpengalaman dari kita. Dalam konteks ini, Along ketengahkan, mereka yang lebih berusia. Dalam soal jodoh, pekerjaan, pembelian kereta, rumah atau sebagainya, apa salahnya, utamakan ibu bapa atau kaum keluarga kita yang lebih tua dalam membantu kita membuat keputusan berbanding rakan-rakan kita mahupun kekasih hati kita(tunang/ isteri/ suami) dalam membuat keputusan tersebut. Mendengar, tidak bermaksud WAJIB MENURUTI. NAMUN, MENDENGAR bermaksud kita dapatkan pelbagai sumber cadangan sebelum membuat kata putus bagi apa jua keputusan yang bakal kita ambil.

Pengalaman mereka, boleh menjadi panduan kita untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna. Kerana GARAM yang mereka makan, TERLALU MASIN untuk di makan oleh kita. Kita sekadar manusia biasa, yang tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan sepanjang menjalani kehidupan. Namun, dengan pengalaman mereka, kita sekurangnya dapat menambah baik kekurangan diri kita yang sedia ada.


Salam Ukhuwah..
Adios...
MAASSALAMAH....

4 comments:

  1. Pengalaman adalah sesuatu yang berharga

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerana pengalaman, di lalui, bukannya di beli..😊

      Delete
  2. jgn bnyak sangat makan garam tu... x elok utk kesihatan... hehehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abe Nize mang sengaja buat-buat tak faham kan?ahha

      Delete