BODOH SOMBONG

Monday, August 10, 2015 Rahim Aim21 2 Comments

BODOH SOMBONG


Realiti dan Perli...


Bismillah...
Alkisah...


Ihsan Google (Sekadar Hiasan)

Assalamualaikum dan selamat petang. Baru-baru ni, digemparkan dengan isu KANAK-KANAK 11 TAHUN melahirkan anak. Namun, cerita sebenar masih belum di keathui di sebalik kejadian tersebut. Menurut sumber yang Along baca, kanak-kanak tersebut TAHU bahawa diri sendiri mengandung. Betul atau tak, WALLAHUALAM. Apa Along cuba sampaikan adalah suatu persoalan minda iaitu, Apa faktor sebenar sehingga perkara sebegini boleh berlaku? Lain orang, lain andaian jawapan. Lain orang, lain penilaian terhadap adik itu dan juga keluarga adik tersebut. CUMANYA, sebagai seorang MANUSIA yang punyai keluarga, kita bertanggungjawab memantau perkembangan kanak-kanak mahupun remaja yang ada dalam keluarga kita. Kita kata kita sayang keluarga kita, tetapi kenapa tidak hiasi keluarga kita dengan berpandukan cara hidup islam yang sebenar?

Walaupun perenggan di atas nampak seperti tiada kaitan dengan tajuk yang Along cuba ketengahkan, Namun, realiti ada juga lah kaitan sikit-sikit. Bukan nak KUTUK atau HINA sesiapa. Bukan nak nilai BURUK sesama manusia. Cuma sekadar PERLIAN ringkas cukup rasanya untuk buat SEBAHAGIAN dari kita TERASA, Along sama macam korang, bukan MANUSIA yang SEMPURNA. Kesemua hasil tulisan ALONG dalam blog Along ni, adalah lebih kepada MENGINGATKAN DIRI SENDIRI serta MUHASABAH DIRI. Jadi, kalau tiba-tiba ada yang terasa, Along minta maaf. Tu tanda Along tak BODOH SOMBONG kan? Hahahaha. Orang BODOH SOMBONG kebiasaannya sukar untuk mengungkap KATA MAAF. Itu realiti. #AlongBaik...

BODOH SOMBONG, definisi yang betul sebenarnya apa? Macam-macam definisi yang Along jumpa. Secara ringkasnya, BODOH SOMBONG adalah mereka yang tidak tahu akan sesuatu, tetapi tidak mahu untuk mengetahui sesuatu tu. Semua orang di anggap SALAH, dia sahajalah yang BETUL. Kebanyakan orang yang BODOH SOMBONG ni, tidak dapat MENERIMA KENYATAAN atau suatu KEBENARAN yang dirasainya sebagai PENGHALANG kepada FAKTANYA sendiri. Percaya atau tidak, setiap orang ada EGO dalam diri, sama ada TINGGI mahupun RENDAH, ia tetap di gelar EGO. EGO yang TINGGI itulah boleh di kategorikan sebagai BODOH SOMBONG. Tapi, bergantung juga EGO tersebut di sebabkan apa. Kalau EGO TINGGI dalam soal penerimaan seseorang dalam hidup sebagai bakal SUAMI/ISTERI, itu tidak lah di bawah kategori BODOH SOMBONG ok? #AlongTahuKorangFaham

Orang BODOH tak semestinya SOMBONG, tetapi orang SOMBONG semestinya BODOH. BODOH kerana tidak mahu mengaku diri adalah manusia BIASA yang tidak terlepas dari melakukan sebarang kesilapan dalam hidup. BODOH kerana mengganggap diri sendiri HEBAT sedangkan hakikat sebenar diri sendiri bukan hamba yang TAAT( Mengikut perintah Allah juga Syariat yang ditetapkan). Memang realiti, mengatakan seseorang itu BODOH adalah ibarat suatu bahasa KESAT yang menghina serta mengeji insan tersebut. Tetapi, kena ingat, dari BODOH datangnya PANDAI. Dari PANDAI datangnya BIJAK. Boleh cek sini DEFINI BODOH : (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bodoh). Orang BODOH, kalau ada kemahuan untuk jadi PANDAI, dia akan PANDAI juga kan? Tapi kalau SOMBONG mengusai diri? Macam mana tu?

Jadi, biar kita jadi BODOH asalkan TAK SOMBONG ok? :)

Salam Ukhuwah...
Adios...
MAASSALAMAH....

2 comments:

  1. Ramai je yang BODOH SOMBONG di sekeliling akak ni....depan akak ni pun ada ha...

    ReplyDelete